Misteri ‘Plain of Jars’


oleh: takusahrisau

Beribu-ribu tempayang batu berada di sini.Siapa menciptanya?

Terletak di wilayah Xieng Khouang,Loas, ia bakal membuat anda tertanya-tanya kenapa  tempayang batu wujud. Ia akan terus menjadi misteri kepada anda semua apabila melihat kebanyakan tempayang batu ini mencecah ketinggian daripada 1 meter hingga 3 meter tinggi. Dipercayai tempayang batu ini sudah wujud 2000 tahun dahulu. Ia bersamaan dengan permulaan zaman batu di Asia Tenggara!

Lokasi 'Plain of Jars' (segitiga biru)

Menurut rekod arkeologi,terdapat 136 tapak telah dicatatkan,miskipun bergitu hanyat 3 tapak sahaja dibuka. Ini kerana, tapak-tapak lain tidak selamat untuk dibuka kepada para pelancong kerana di dasarnya tertanam beribu-ribu periuk api hasil daripada Perang Vietnam pada tahun 1970-an!. Sejak 1980-an, Mines Advisory Group(MAG) telah mula menjalankan kerjasama dengan kerajaan Loas untuk membersihkan tapak arkeologi tersebut daripada periuk api. Sehingga kini, projek tersebut masih terus berjalan.

Walau hanya 3 tapak dibuka, ia sudah cukup untuk mengamit hati para pelancong. Dengan 3 tapak ini juga, ia sudah memadai untuk kita semua memikirkan untuk APA tempayang batu ini dicipta dan SIAPA pula menciptanya?

Sehingga hari ini, tiada siapa dapat memberi jawapan yang bernas dan tepat.

Kelihatan para pelancong dari luar negara.

HASIL KAJIAN AHLI ARKEOLOGI

Seorang ahli geologi amatur berbangsa Perancis, Madeleine Colani menjalankan kerja-kerja arkeologi di sini pada awal 1930.

Beliau mendakwa tempayang batu gergasi ini dicipta untuk dijadikan ‘keranda’ bagi masyarakat zaman batu tersebut!.

Ini dikuatkan dengan penemuaan banyak rangka-rangka manusia dan juga barang kemas serta pasu seramik di sekitar tempayang batu tersebut.

Pada 1994, Professor Eiji Nitta dari Kagoshima University berkerjasama dengan Lao Archaeologist Thongsa Sayavongkhamdy menjalankan kerja-kerja penyeliaan dan pemetaan di Tapak 1.

Beliau juga menyokong teori yang dikemukakan oleh Madeleine Colani pada 1930-an.

Adakah tempayang ini digunakan sebagai 'keranda'?

 

LAGENDA MASYARAKAT TEMPATAN

 Menurut masyarakat tempatan, tempayang ini dicipta bagi membuat Lao Lao Wine(arak beras). Tempayang ini digunakan untuk memeram arak tersebut sehingga ‘masam’.

Pada ketika dahulu, terdapat kaum gergasi yang diketuai oleh Khun Cheung. Khun Cheung  telah mengarahkan kaumnya untuk membina tempayang ini bagi membuat Lao Lao wine bagi meraikan kemenangan mereka selepas satu siri peperangan hebat.

Terdapat juga versi lain, menurut masyarakat setempat, tempayang ini dicipta bagi menadah hujan pada musim monsun. Mereka akan menggunakan air hujan ini untuk pelbagai tujuan. Ia juga digunakan oleh para pengembara sebagai air minuman mereka.

Bandingkan saiz tempayang ini dengan manusia.

Advertisements

Tags: , , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: