Tag Archive | pemain mati di padang bola

Pemain Bolasepak yang Meninggal Dunia di Padang..!

Oleh: takusahrisau

 

Insiden yang berlaku kepada Fabrice Muamba semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Tottenham Hotspur dan kelab yang diwakilinya, Bolton Wanderers mengingatkan peminat bolasepak kepada beberapa insiden yang hampir serupa pernah berlaku satu ketika dahulu. FIFA sebagai badan yang menyelenggara sukan bolasepak telah mengambil pendekatan drastik dengan memperkenalkan ujian kardial kepada semua pemain. Banyak negara telah menggunakan ujian tersebut kepada setiap pemain di liga mereka.

Kematian di padang di kalangan pemain bolasepak bukan sesuatu yang baru. Pada 13 Januari 1889, seorang pemain yang mewakili kelab Steveley FC, William Cropper meninggal dunia apabila bertembung dengan pemain lawan sehingga memecah ususnya. Cropper yang berusia 26 tahun ketika itu maut di dalam bilik persalinan.

Dengan gaya bolasepak moden yang laju dan pantas, tidak pelik untuk melihat pemain yang fit boleh kecundang di tengah padang. Pemain liga-liga teratas di Eropah menggunakan jantung mereka ke tahap paling ektrem apabila semasa perlawanan berada di kemuncak jantung mengepam darah beribu-ribu liter darah dan kadangkala denyutan akan melampau. Ia amat berisiko kepada mereka.

Maka tidak hairanlah setakat tahun 2011, berpuluh-puluh pemain telah dilaporkan meninggal dunia akibat serang jantung di tengah padang!.

Renato Curi – Meninggal dunia pada Oktober 1977

Renato Curi rebah dan meninggal dunia semasa perlawanan antara kelabnya, Perugia menentang gergasi Itali, Juventus. Doktor mengaitkan kematiannya dengan serangan jantung. Renato Curi ketika itu baru sahaja berusia 24 tahun. Kelab Perugia mengabadikan nama beliau untuk stadiumnya, Stadio Renato Curi bagi mengenang jasa beliau sepanjang mewakili kelab yang berpangkalan di Perugia ini.

Renato Curi

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Marc Vivien Foe – Meninggal dunia pada Jun 2003

Marc Vivien Foe rebah tidak sedarkan diri di tengah padang semasa perlawanan antarabangsa antara Cameroon dan Colombia di Lyon, Perancis. Foe yang ketika itu berusia 28 tahun meninggal dunia tidak lama selepas itu akibat kegagalan jantungnya berfungsi.

Marc Vivien Foe

Miklos Feher – Meninggal dunia pada Januari 2004

Pemain yang berasal daripada Hungary ini rebah di padang semasa perlawanan antara kelab yang diwakilinya, Benfica menentang Vitoria. Pemain yang berperanan sebagai penyerang ini meninggal dunia pada tengah malam kejadian. Bagi mengenang jasanya, kelab Benfica mengabadikan jersi bernombor 29 untuk beliau. Feher berusia 24 tahun ketika itu.

Miklos Feher

Phil O’Donnell – Meninggal dunia pada Disember 2007

Kapten kelab daripada Scotland, Motherwell ini rebah selepas jantungnya terhenti semasa perlawanan antara Motherwell menentang Dundee United. O’ Donnell sempat diberi rawatan oleh paramedik sebelum dibawa ke hospital. Beliau kemudian diumumkan meninggal dunia tidak lama selepas itu. O’ Donnell berusia 35 tahun ketika meninggal dunia.

Phil O'Donnell

Antonio Puerta – Meninggal dunia pada Ogos 2007

Pemain pertahanan kanan Sevilla ini rebah semasa perlawanan antara kelabnya menentang kelab Getafe semasa musim 2007/2008. Ketika itu, beliau baru sahaja menginjak usia 22 tahun dan antara pemain muda Sepanyol yang paling menyerlah. Beliau meninggal dunia tiga hari kemudian di hospital. Doktor mendiagnosiskan kematiannya dengan serangan jantung.

Antonio Puerta

Daniel Jarque- Meninggal dunia pada Ogos 2009

Kapten Espanyol ini rebah semasa latihan pramusim di Coverciano, Itali. Pemain tengah berusia 26 tahun ini diberi rawatan segera oleh doktor dan paramedik tempatan namun gagal menyelematkannya. Daniel Jarque diumumkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Daniel Jarque

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 858 other followers

%d bloggers like this: