Tag Archive | nama-nama surah al-quran

Part 2: Di sebalik nama surah-surah al-Quran

Oleh: takusahrisau

 

Surah Al A’raaf 

Surah Al A’raaf yang berjumlah 206 ayat dan ia tergolong dalam kategori surah Makkiyah. Ia diturunkan sebelum turunnya surat al-An’aam dan termasuk golongan surah Assab ‘uththiwaal (tujuh surat yang panjang). Dinamakan Al A’raaf kerana mengambil perkataan Al A’raaf yang terdapat dalam ayat 46 yang mengemukakan tentang keadaan orang-orang yang berada di atas Al A’raaf yaitu: tempat yang tertinggi di batasan syurga dan neraka.

Dan di antara keduanya (penghuni surga dan neraka) ada batas; dan di atas A’raaf itu ada orang-orang yang mengenal masing-masing dari dua golongan itu dengan tanda-tanda mereka. Dan mereka menyeru penduduk surga: “Salaamun ‘alaikum.” Mereka belum lagi memasukinya, sedang mereka ingin segera (memasukinya). 

Di dalam surah ini terkandung kisah Nabi Adam as dengan iblis; kisah Nabi Nuh as dan kaumnya; kisah Nabi Saleh as dengan kaumnya; kisah Nabi Syu’aib as dengan kaumnya; dan kisah Nabi Musa as dengan Fir’aun.

 

Surah Al Anfaal

Surah Al Anfaal mengandungi 75 ayat dan tergolong dalam kategori surah Madiniyyah kerana seluruh ayat-ayatnya diturunkan di Madinah. Surat ini dinamakan al-Anfaal yang bererti harta rampasan perang berhubung kata al-Anfaal yang terdapat pada permulaan surat ini dan juga persoalan yang menonjol dalam surah ini yang kebanyakannya membincangkan tentang harta rampasan perang, hukum perang dan hal-hal yang berhubungan dengan peperangan pada umumnya.

Menurut riwayat Ibnu Abbas ra, surah ini diturunkan berkenaan dengan perang Badar Kubra yang terjadi pada tahun kedua hijrah. Peperangan ini sangat penting ertinya, kerana perang inilah yang menentukan perkembangan Islam seterusnya. Pada waktu itu umat Islam dengan berkekuatan kecil untuk pertama kali dapat mengalahkan kaum musyrikin yang berjumlah besar serta berkelengkapan yang cukup.

Kaum Muslimin dalam peperangan ini memperoleh harta rampasan perang yang sangat banyak. Oleh sebab itu, maka timbul masalah bagaimana membahagi harta-harta rampasan perang itu. Jesteru,  Allah menurunkan ayat pertama dari surat ini.

“Mereka menanyakan kepadamu tentang (pembahagian) harta rampasan perang. Katakanlah: “Harta rampasan perang kepunyaan Allah dan Rasul, oleh sebab itu bertakwalah kepada Allah dan perbaikilah perhubungan di antara sesamamu; dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya jika kamu adalah orang-orang yang beriman.” 

 

Surah at-Taubah 

Surah at-Taubah mengandungi 129 ayat dan tergolong dalam surah-surah Madiniyyah. Surah ini dinamakan at-Taubah yang bererti pengampunan berhubung kata at-Taubah yang disebut berulang kali dalam surat ini. Dinamakan juga dengan Baraah yang berarti berlepas diri yang di sini memberi makna pernyataan pemutusan sesuatu perhubungan. Ia berikutan disebabkan kebanyakan pokok pembicaraannya tentang pernyataan pemutusan perjanjian damai dengan kaum musyrikin. Di samping kedua nama yang masyhur itu ada lagi beberapa nama yang lain yang merupakan sifat dari surat ini. 

 Amat penting untuk semua umat Islam ketahui berkenaan dengan surah ini yang sedikit berlainan apabila seseorang mukmin ingin memulakan bacaan. Berlainan dengan surah-surah yang lain, permulaan surah ini TIDAK perlu melafazkan bismillah. Ini adalah kerana surah ini adalah pernyataan perang terhadap kaum musyrikin. Sedangkan lafaz bismillah berlandaskan perdamaian dan mengharapkan rahmat Allah swt.  

   Surah ini diturunkan selepas Rasulullah saw pulang daripada peperangan Tabuk yang berlaku pada tahun 9H. Pengumuman ini disampaikan oleh Saidina Ali ra pada musim haji tahun itu juga.

 

Surah Yunus

Surah Yunus mengandungi 109 ayat dan tergolong dalam surah-surah Makkiyyah kerana kebanyakkan ayat turun di Mekah kecuali ayat 40, 94 dan 95 yang diturunkan pada masa Nabi Muhmmad s.a.w. sudah berada di Madinah. Surah ini dinamakan surah Yunus kerana dalam surah ini banyak menampilkan kisah Nabi Yunus as dan pengikut-pengikutnya yang teguh imannya.

 

Surah Huud

Surah Huud tergolong dalam surah-surah Makkiyyah. Ia terdiri dari 123 ayat dan ia diturunkan sesudah turunnya surah Yunus. Surah ini dinamai surah Huud kerana ada hubungan dengan terdapatnya kisah Nabi Huud as dan kaumnya. Dalam surah ini terdapat juga kisah-kisah Nabi yang lain, seperti kisah Nuh as, Saleh as, Ibrahim as, Luth as, Syu’aib as dan Musa as.

 

Surah Yusuf

Surah Yusuf mengandungi 111 ayat. Ia tergolong dalam surah-surah Makkiyyah kerana diturunkan di Mekah sebelum hijrah. Surat ini dinamakan surat Yusuf adalah kerana kebanyakkan daripada isinya mengenai riwayat Nabi Yusuf as. Riwayat tersebut salah satu di antara cerita-cerita ghaib yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw sebagai mukjizat bagi beliau.

Menurut riwayat Al Baihaqi dalam kitab Ad Dalail, sekelompok orang Yahudi memeluk agama Islam selepas mereka mendengar cerita Yusuf as ini. Ia berikutakan cerita yang dikisahkan oleh ayat al-Quran selari dengan cerita-cerita yang mereka ketahui. Daripada kisah nabi Yusuf as ini, Nabi Muhammad saw mengambil pelajaran-pelajaran yang banyak dan merupakan penghibur terhadap beliau dalam menjalankan misi tauhidnya.

 

Bersambung di Part 3..

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 855 other followers

%d bloggers like this: