Tag Archive | Mujahidin Chechnya

(Video) Abu Dujana bersolat sebelum Syahid..

Oleh: takusahrisau

 

Rakaman video di bawah bertarikh sekitar tahun 2010. Miskipun sudah lama ia dimuat naik ke dalam laman perkongsian video Youtube, namun ia tetap menjadi tarikan kepada penulis untuk berkongsi dalam blog ini.

Video rakaman berdurasi selama 6.48 minit menunjukkan seorang pejuang yang menggelarkan diri mujahidin Chechnya cedera parah akibat terkenal mortar tentera laknatullah Rusia. Dipercayai bahawa individu yang cedera parah tersebut adalah Abu Dujana. Abu Dujana adalah mujahid atau pejuang jihad muda daripada wilayah bergolak Chechnya yang berjuang habis-habisan menentang tentera penceroboh Rusia daripada merampas tanah air dan agama mereka.

Abu Dujana

 

Dalam rakaman menyayatkan hati ini, Abu Dujana sempat bersolat sunat sebelum menghembuskan nafas terakhir. Sebelum menjelang detik-detik kematian beliau, Abu Dujana berulang-kali meminta rahmat Allah supaya dimasukkan ke dalam syurga(insyaAllah) dan memohon kemaafan atas dosa-dosa beliau dan rakan sepejuangannya.

Pada minit terakhir rakaman, Abu Dujana telah pun pergi mengadap ilahi. Kematian beliau cukup mudah tanpa perlu bergelumpur sepertimana mangsa-mangsa kemalangan jalanraya terutamanya yang melibatkan mat rempit. Abu Dujana yang parah di kaki kemungkinan besar meninggal dunia akibat kehilangan darah yang cukup banyak. Jenazah Abu Dujana yang telah meninggal dunia jelas mengukir senyuman dengan lirikan mata yang syahdu. InsyaAllah Abu Dujana, anda akan berada di syurga dengan pahala syahid yang anda benar-benar impikan. SubhanaAllah.

 

 

Secara individu, penulis kagum dengan perjuangan mereka termasuk Abu Dujana menentang tentera-tentera Rusia yang serba lengkap. Perjuangan mereka tidak pernah mengenal erti takut dan gerun. Hidup dan mati mereka jelas sekali hanya kerana agama Allah iaitu Islam dan tanah tumpah darah mereka, Chechnya.

Penulis menentang keras kepada sesiapa yang mengatakan mereka ini adalah pengganas. Alasan penulis sangat kukuh iaitu mereka berjuang atas dasar untuk mempertahankan tanah air dan agama mereka daripada kafir Rusia.

Pejuang Chechnya diseret dan diseksa.

 

Budi pekerti mereka juga cukup bagus. Banyak video memaparkan mereka bersolat dan berzikir di medan perang. Mulut terkumat-kamit sambil senjata dihalakan kepada kawasan musuh.

Dalam pencarian penulis melibatkan video rakaman pejuangan mereka di pergunungan Caucasian, langsung tiada video mereka mendedahkan aurat dan melakukan perbuatan terkutuk.

Jiwa mereka jelas cukup tenang dengan wajah putih bersih. Apakah ini adalah pengganas wahai pembaca? Adakah orang yang melakukan solat, tidak mendedahkan aurat dan berzikir setiap waktu adalah seorang pengganas wahai saudara?

Pembaca nilailah dengan menggunakan budi bicara sendiri.

Sedikit tambahan melibatkan pejuangan mujahidin Chechnya:

Insiden yang dikatakan melibatkan mereka seperti Insiden Moscow Theater 2002 hanyalah tuduhan palsu Rusia terhadap mujahiddin Chechnya. Seorang bekas agen FSB, Aleksander Litvinenko telah mendedahkan bahawa insiden berdarah pada 2002 tersebut adalah angkara operasi jahat unit perisik dan sabotaj Rusia, FSB untuk memburukkan pejuang-pejuang mujahiddin Chechnya di mata dunia. Menurut Litvenko lagi, ia adalah atas arahan Vladimir Putin dan ketua FSB.

Beberapa minggu selepas pendedahan tersebut, Litvenko kemudian dibunuh di Landon dipercayai oleh rakan agen FSB beliau sendiri atas arahan Putin.

 

~ Wilayah bergolak Chechnya sangat diperlukan oleh Rusia kerana wilayah yang majoritinya adalah penduduk Islam kaya dengan sumber mineral. Setelah jatuhnya Kesatuan Soviet(USSR) sekitar tahun 1990-an, warga Chechnya mengistiyharkan kemerdekaan. Ironinya, tidak seperti wilayah-wilayah Rusia yang lain seperti Ukraine, Azerbaijan, Armenia dan banyak lagi, negara Chechnya tidak diiktiraf oleh PBB. Sehingga kini, konflik di Chechnya terus berlaku dan dipercayai ramai mujahidin pemerintah tertinggi Chechnya sekarang adalah sekutu kuat Rusia yang menjarah hasil ekonomi negara.

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 856 other followers

%d bloggers like this: