Tag Archive | Kisah nabi Yusha’ as

Para Nabi Allah yang tidak diceritakan dengan terperinci dalam al-Quran(Episode #2)

Oleh: takusahrisau

 

Sambungan daripada Episode #1..

 

 

Nabi Yusha’ as

 

Nabi Yusha’ bin Nun as adalah seorang nabi yang diutuskan oleh Allah swt untuk memimpin Bani Israel memasuki kota Juruselam. Nabi Yusha’ bukan sahaja seorang nabi dan Rasul tetapi juga seorang panglima perang yang berkaliber. Sepertimana Rasulullah saw, baginda sangat mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Baginda tidak mahu ada di antara pejuang jihad tertarik kepada duniawi. Baginda mahukan pejuang yang benar-benar mencari syurgawi.

 

Baginda memiliki beberapa mukjizat yang dianugerah Allah swt dan di antaranya Rasulullah saw pernah bersabda,

 

Nabi SAW bersabda, “Seorang Nabi berperang lalu ia berkata, ‘Yang tidak boleh ikut adalah orang yang baru menikah dan masih belum menggauli istrinya; orang yang telah membangun sebuah rumah tetapi belum memasang atapnya; orang yang membeli seekor kambing bunting, dan sedang menunggu kelahirannnya’”.

 

Beliau (Rasulullah) berkata, “Lalu nabi itu berhenti di sebuah kampung menjelang Asar dan berkata kepada matahari, ‘Engkau diperintah dan aku juga diperintah. Ya Allah tahanlah dia (matahari) sebentar untukku.’ Maka matahari itu pun ditahan.”

 (HR. Bukhari dan Muslim)

 

 

Melalui hadis ini dapat diketahui bahawa Nabi yang dimaksudkan adalah Yusha’ bin Nun as. Ia berdasarkan satu hadis lain yang berbunyi,

 

Daripada Abu Hurairah ra., Rasulullah SAW bersabda, “Matahari tidak pernah ditahan untuk seseorang kecuali untuk Yusha’ pada waktu senja di mana dia pergi ke Baitul Maqdis.”

(HR Imam Ahmad)

 

Menurut Ibnu Ishq dalam riwayatnya bahawa Nabi Yusya’ as memimpin tentera-tentera untuk memasuki Baitul Maqdis pada hari Jumaat. Akan tetapi, waktu telah meningkat senja. Waktu senja merupakan titik perubahan hari menurut calendar masyarakat Bani Israel. Syariat nabi Musa as diharamkan berperang pada Hari Sabtu kerana pada hari tersebut disediakan untuk beribadat kepada Allah swt.

 

Oleh yang demikian, Nabi Yusha’ as berdoa kepada Allah swt untuk memberhenti matahari buat beberapa ketika bagi memberi ruang waktu padanya untuk berperang menentang musuh Allah swt. Nabi Yusha’ as bimbang jika mereka memberi ruang satu hari kepada musuh, pihak musuh bakal menyusun kembali kekuatan mereka. Dan ini merugikan Nabi Yusha’ as dan tentera-tentera baginda.

 

Berkenaan Nabi Yusha’ as, kitab Taurat juga menyatakan hal yang sama sepertimana sabda Rasulullah saw,

 

12 Then, on the day ADONAI* handed over the Emori* to the people of Isra’el, Y’hoshua spoke to ADONAI; in the sight of Isra’el he said, “Sun, stand motionless over Giv’on! Moon, you too, over Ayalon Valley!” 13 So the sun stood still and the moon stayed put, till Isra’el took vengeance on their enemies. 14 This is written in the book of Yashar. The sun stood still in the sky and was in no rush to set for nearly a whole day. There has never been a day like that before or since, when ADONAI listened to the voice of a man; it happened because ADONAI was fighting on Isra’el’s behalf.

Joshoa 10:12-14

*Adonai adalah panggilan Tuhan bagi bani Israel. Emori pula adalah kaum Amorites yang mendiami Juruselam dan Baitul Maqdis.

 

Dengan yang demikian, dapat kita lihat bahawa Rasulullah saw telah menunjukkan mukjizatnya apabila memberitahu perkara yang sama dengan apa yang disampaikan di dalam Taurat.

 

Tiga orang Rasul dalam surah Yassin

 

Dalam surah Yassin daripada ayat 13 sehingga 29, terdapat sebuah kisah yang diceritakan Allah swt tentang  tiga orang Rasul yang diutuskan untuk memberi peringatan di sebuah negeri. Kisah tersebut dimulai dengan dua orang Rasul sebelum ditambah kepada tiga orang selepas mendapati masyarakat di negeri tersebut masih engkar.

13. Dan buatlah bagi mereka suatu perumpamaan, iaitu penduduk suatu negeri ketika utusan-utusan datang kepada mereka.

14. (iaitu) ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang utusan, lalu mereka mendustakan keduanya; kemudian Kami kuatkan dengan (utusan) yang ketiga, maka ketiga utusan itu berkata: “Sesungguhnya kami adalah orang-orang di utus kepadamu.”

 

Walaubagaimanapun, masyarakat tersebut masih lagi engkar, mereka mendakwa kehadiran mereka bertiga menyebabkan nasih mereka berubah malang. Ternyata dakwaan mereka tiada asasnya dan hanya untuk menutup kesalahan mereka. Masyarakat tersebut seterusnya mengugut untuk membunuh ketiga-tiga orang Rasul tersebut.

 

15. Mereka menjawab: “Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami dan Allah Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun, kamu tidak lain hanyalah pendusta belaka.”

16. Mereka berkata: “Tuhan kami mengetahui bahawa sesungguhnya kami adalah orang yang diutus kepada kamu.”

17. Dan kewajiban kami tidak lain hanyalah menyampaikan (perintah Allah) dengan jelas.”

18. Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami bernasib malang kerana kamu, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti (menyeru kami), nescaya kami akan merejam kamu dan kamu pasti akan mendapat seksa yang pedih dari kami.”

19. Utusan-utusan itu berkata: “Kemalangan kamu adalah kerana kamu sendiri. Apakah jika kamu diberi peringatan (kamu bernasib malang)? Sebenarnya kamu adalah kaum yang melampui batas.”

 

Kemudian, datang seorang pemuda ke arah kaum beliau untuk menyatakan keyakinan beliau terhadap tiga orang Rasul tersebut. Dipercayai bahawa pemuda beriman tersebut terbunuh dan mati syahid,

 

20. Dan datanglah dari hujung kota, seorang lelaki dengan bergegas-gegas ia berkata: “Hai kaumku, ikutilah utusan-utusan itu.”

21. Ikutilah orang yang tiada minta balasan kepadamu; dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.

 

Ayat-ayat seterusnya memperihalkan hal-hal di alam ghaib yang mana lelaki tersebut diceritakan oleh Allah swt telah diampunkan dosa dan dimasukkan ke dalam syurga akibat imannya terhadap ketiga-tiga Rasul tersebut.

 

22. Mengapa aku tidak menyembah (Tuhan) yang telah menciptakanku dan yang hanya kepada-Nya-lah kamu (semua) akan dikembalikan?

23. Mengapa aku akan menyembah tuhan-tuhan selain Nya jika (Allah) Yang Maha Pemurah menghendaki kemudharatan terhadapku, niscaya syafaat mereka tidak memberi manfaat sedikitpun bagi diriku dan mereka tidak (pula) dapat menyelamatkanku?

24. Sesungguhnya aku kalau begitu pasti berada dalam kesesatan yang nyata.

25. Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhanmu; maka dengarkanlah (pengakuan keimanan) ku.

26. Dikatakan (kepadanya): “Masuklah ke syurga”. Ia berkata: “Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui.”

27. Apa yang menyebabkan Tuhanku memberi ampun kepadaku dan menjadikan aku termasuk orang-orang yang dimuliakan

28. Dan kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah dia (meninggal) suatu pasukanpun dari langit dan tidak layak Kami menurunkannya.

29. Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan suara saja; maka tiba-tiba mereka semuanya mati.

 

Kisah tiga orang Rasul tersebut berakhir pada ayat 29 dengan firman Allah swt yang menyatakan seluruh kaum tersebut dimusnahkan dengan satu teriakan suara yang dasyhat.

Ahli Tafsir menyatakan bahawa ketiga-tiga orang Rasul tersebut adalah hawari nabi Isa as yang diutuskan ke sebuah negeri yang dipercayai sebagai Antioch(kini berada di Turki). Mereka adalah Shadiq, Mashduq dan Syam’un. Pada masa itu, masyarakat Antioch menyembah berhala dan langsung tidak mengenal Allah swt.

Walaubagaimanapun, dakwaan yang menyatakan tiga Rasul tersebut adalah hawari-hawari Nabi Isa as ditolak sepenuhnya oleh Ibnu Kathir kerana bersandarkan kepada hadis Rasulullah saw yang pernah menyatakan bahawa tiada Rasul diutuskan di antara kerasulan Isa as dan baginda Rasulullah saw.

 

 

Artikel ini berkenaan dengan para nabi Allah swt yang tidak disebutkan dengan jelas dalam al-Quran namun ada sesetengah mereka diceritakan oleh Rasulullah saw dalam hadis dan sabdanya seperti Kisah Samson as. Nabi dan Rasul diutuskan Allah swt kepada setiap tamadun. Tidak terkecuali tamadun Yunani, Parsi, Mesir, China, Mesopotamia mahupun Indus. Namun, kisah mereka mungkin terhapus atau tidak direkodkan sepertimana kisah mereka direkodkan secara terperinci dalam al-Quran, Taurat mahupun Injil. Kepada umat Islam, tidak salah untuk kita mencari dan mengkaji dengan lebih lanjut para nabi yang tidak disebutkan dalam al-Quran namun berhati-hati kerana bimbang terpalit racun Israilliyyat.!

 

 

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 848 other followers

%d bloggers like this: