Tag Archive | gambar terakhir Abraham Lincoln

Misteri Gambar Terakhir Yang Merakamkan Abraham Lincoln..

Oleh: takusahrisau

 

Abraham Lincoln meninggal dunia selepas satu insiden pembunuhan yang dilakukan oleh John Wilkes Booth di Ford’s Theatre jam 10.15 malam di Washington DC. Walaubagaimanapun, Lincoln masih bernafas sepanjang malam 14 April 1865 sebelum menghembuskan nafas terakhir pada pagi 15 April 1865 jam 7.22 pagi.

Abraham Lincoln dianggap sebagai ikon rakyat Amerika Syarikat. Bagi rakyat Amerika Syarikat, Lincoln bukan sahaja seorang ikon kerana beliau adalah Presiden mereka namun beliau adalah lambang kecekalan dan ketabahan seseorang individu untuk terus berjaya dalam hidup.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Lincoln dilahirkan daripada keluarga yang sangat daif di sebuah pekan kecil di Kentucky dan hidup dalam serba kekurangan. Lincoln berusaha keras untuk memajukan diri. Kekuatan motivasi Lincoln yang berasal daripada keluarga yang tidak berada dan akhirnya berjaya mengubah taraf hidupnya membuatkan rakyat Amerika Syarikat mudah mengangkatnya sebagai ikon mereka.

Misteri Gambar terakhir Lincoln

Setakat yang diketahui, gambar terakhir Abraham Lincoln dirakam pada 6 March 1865 semasa sebuah perasmian yang diadakan di White House. Jurugambar, Henry F. Warren merakam tiga keping gambar Presiden Amerika Syarikat yang ke-16 tersebut di South Balcony di White House.

Majlis Perasmian di South Balcony yang merakamkan Abraham Lincoln di kelilingi rakyatnya.

Gambar yang dirakamkan pada 6 March 1865 semasa perasmian yang dihadiri ribuan rakyat Amerika Syarikat.

Beberapa ketika kemudian, ramai mendakwa terdapat beberapa keping gambar yang didakwa adalah gambar terakhir yang merakamkan Lincoln. Gambar tersebut dirakam oleh Alexander Gardner sebanyak lima keping. Namun, terdapat sedikit percanggahan berhubung dengan tarikh sebenar gambar tersebut dirakam.

Gambar yang dirakamkan oleh Alexander Gardner

Pada mulanya, ramai berpendapat ia dirakam pada 10 April 1865 iaitu empat hari sebelum Abraham Lincoln terbunuh. Selama bertahun-tahun, mereka mempercayai ia adalah gambar terakhir yang merakamkan Lincoln sehingga gambar yang dirakamkan oleh Henry F. Warren pada 6 March 1865 ‘jatuh di tempat kedua’. Beberapa buku yang diterbitkan pada 1960-an turut mengiakan tarikh tersebut.

Beberapa tahun lalu, bukti baru telah ditemui oleh Harold Holzer. Holzer adalah penyelidik biografi Abraham Lincoln yang terkenal daripada Metropolitan Museum of Art di New York. Holzer mendakwa bahawa tarikh 10 April adalah tidak benar dan beliau seterusnya mendakwa tarikh sebenarnya adalah 5 Februari 1865. Bukti yang dikemukakan agak menyakinkan kerana menurut Holzer gambar tersebut merakamkan latar belakang kanvas mirip kepada kanvas yang terdapat dalam gambar Abraham Lincoln dan anak lelaki beliau, Tad.

Gambar Abraham Lincoln dan anaknya Tad pada 5 Februari 1865.

Apabila Holzer mencetuskan dakwaan beliau ini, serta-merta kredibiliti gambar yang dirakam oleh Henry F. Warren pada 6 March 1865 kembali ‘pulih’.

Misteri siapakah di gambar bertarikh 6 March 1865 di hadapan White House

Baru-baru ini, seorang pengumpul foto Abraham Lincoln, Keya Morgan telah mendakwa bahawa sekeping gambar yang dimiliki oleh bekas Jeneral Perang Saudara Amerika, Ulysses S. Grant adalah gambar terakhir yang merakamkan Abraham Lincoln.

Keya Morgan dan gambar yang mencetuskan misteri terbaru.

Gambar tersebut merakamkan Abraham Lincoln berjalan di hadapan White House pada 6 March 1865 oleh jurugambar yang sama merakamkan gambar Lincoln semasa perasmian 6 March 1865 iaitu Henry F. Warren.

Gambar yang dirakamkan oleh Warren. Perhatikan struktur tegak yang berdiri di hadapan White House di sebelah kiri.

Walaubagaimanapun, gambar tersebut perlu diselidiki secara teliti dengan menggunakan kanta pembesar.

Menurut Keya Morgan, gambar tersebut jelas merakamkan Abraham Lincoln sedang melalui sebuah lorong di hadapan White House. Ketinggian Lincoln yang mencapai 193cm atau 6 kaki 4 inci itu dengan mudah menjadi bukti bahawa lelaki berjambang tersebut adalah Lincoln.

Tambahan pula, di belakang gambar tersebut turut tertulis ‘Lincoln in front of the White House’. Cicit kepada Ulysses S. Grant, Ulysses S. Grant VI percaya ia ditulis oleh anak lelaki bongsu Ulysses S. Grant, Jesse Grant.

“Sekali kamu perhati dan lihat gambar tersebut, kamu akan lihat keseluruhan scenario – di situ berdirinya ‘gergasi’(merujuk kepada Abraham Lincoln) berhampiran White House.” ujar Keya Morgan.

Jika benar dakwaan Morgan Keya bahawa lelaki yang terdapat dalam gambar tersebut adalah Abraham Lincoln, maka secara automotik gambar milik keluarga Ulysses S. Grant ini adalah gambar terakhir yang merakamkan Abraham Lincoln sebelum meninggal dunia beberapa bulan kemudian.

 

___________________________
[1]        http://www.toledoblade.com/Nation/2009/03/11/Grant-s-photo-believed-sole-image-of-Lincoln-outside-White-House.html

[2]        http://awesometalks.wordpress.com/2008/10/27/what-is-the-last-known-picture-of-abraham-lincoln-alive

 

___________________________

Segalanya lebih menarik di

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 860 other followers

%d bloggers like this: