Tag Archive | Fakta Jackie Chan

Fakta-fakta kecederaan Aktor Jackie Chan!

Oleh: takusahrisau

 

Jackie Chan dikenali sebagai pelakon aksi terkenal. Beliau memiliki reputasi sebagai pelakon yang sering melakukan sendiri aksi lagak ngeri dalam hampir setiap lakonannya. Oleh yang demikian, setiap filemnya sering menampilkan ketulenan dan tersangat tinggi nilai kualitinya. Ia jarang sekali dapat dilakukan oleh mana-mana pelakon lain termasuk daripada Hollywood.

Namun bergitu, aksi lagak ngeri yang dihasilkan sendiri oleh pelakon yang pernah diuruskan oleh seorang warga Malaysia, Willie Chan ini sangat tinggi risikonya. Hasilnya, beliau hampir maut dalam satu aksi lagak ngeri yang dilakukan beliau. Bukan itu sahaja, beliau sehingga kini memiliki masalah perdengaran akibat kecederaan serius ketika melakukan aksi tersebut. Ia berlaku semasa membintangi filem Armour of God di Yugoslavia.  Sehingga kini, Jackie Chan dinobatkan sebagai ‘pelakon yang masih hidup yang paling banyak melakukan aksi lagak ngeri’ oleh Guiness Book of Record.

Kali ini, ikuti beberapa fakta menarik berkisar tentang seorang yang bernama Jackie Chan..!

 

Lengan
Lengan Jackie Chan tercedera setelah terhiris dalam satu adegan dalam ‘Snake In The Eagles Shadow’. Darah memercik keluar daripada luka tersebut dan ia dapat dilihat dengan jelas dalam filem tersebut.

Belakang
Dalam filem pecah panggung, “Police Story”, Jackie Chan hampir mengalami kelumpuhan setelah patah pada tulang vertebrate ke-7 dan ke-8.

Pipi
Pipi Jackie Chan pernah terkehel semasa pembikinan filem ‘Supercop’.

Dagu
Kecederaan di dagu dialami oleh Jackie Chan semasa pembikinan filem ‘Dragon Lord’. Kecederaan tersebut masih lagi membelenggu dirinya sehingga seringkali menyukarkan dirinya bercakap..

Dada
Jackie Chan pernah terkehel tulang dada sewaktu terhempas dalam satu adegan dalam filem “Armour of God II: Operation Condor”.

Telinga

Jackie Chan mengalami masalah perdengaran di telingga kirinya setelah terjatuh daripada pokok juga dalam filem “Armour of God II: Operation Condor”.

Mata
Jackie Chan hampir buta pada mata kirinya setelah tertusuk kayu dalam filem “Miracles”. Kecederaan pada matanya juga dialami semasa membintangi filem “Drunken Master”.

Kaki
Buku lali Jackie Chan patah semasa aksi lompatan ke atas hoverkraf dalam filem “Rumble in the Bronx”. Walaubagaimanapun, beliau berkeras untuk menyambung adegan tersebut  dengan menggunakan stokin yang dibuat seakan-akan kasut.

Tangan
Jackie Chan tercedera pada tangan dan jarinya dalam filem “The Protector”.

Kepala
Beliau mengalami pelbagai kecederaan di kepala sepanjang perlibatannya dalam bidang perfileman. Namun, yang paling teruk adalah ketika membintangi filem “Armour of God” sehingga mencederakan otaknya. Beliau turut tidak sedarkan diri semasa melakukan adegan aksi dalam filem “Hand of Death”.

Lutut
Kecederaan di lututnya membuatkan beliau sukar untuk berlari dan melompat. Kecederaan paling teruk dialamainya pada bahagian lutut adalah dalam filem “City Hunter”.

Kaki
Semasa pembikinan filem “Crime Story”. Jackie Chan dilanggar oleh dua buah kereta dan mengalami patah kaki..

Leher

Jika pembaca adalah pengemar filem Jackie Chan, pembaca pasti akan mengingati satu adegan dalam filem Project A di mana Jackie Chan terjatuh daripada menara jam setinggi 60 kaki. Dalam adegan itu, beliau telah mendarat dengan cara yang agak memberhaya sehingga hamper mematahkan lehernya. Leher beliau juga pernah cedera semasa membintangi filem Mr. Nice Guy.

Hidung
Sekurang-kurangnya, tiga kali Jackie Chan telah patah tulang hidung iaitu dalam filem Mr. Nice Guy, Project A,Young Master.

Tulang Pelvis
Dalam filem Police Story, adegan menurun tiang telah mencederakan tulang pelvisnya sehingga ia terkehel daripada tempatnya.

Bahu
Dalam filem City Hunter dan Police Story II, Jackie Chan telah terkehel bahunya.

Gigi
Jackie Chan beberapa kali patah gigi. Namun yang paling teruk semasa membintangi filem Snake in the Eagles Shadow.

Kerongkong
Jackie Chan hampir tidak dapat bernafas semasa tercedera dalam adegan lagak ngeri Jackie ‘The Young Master’.

 

FILEM

Accidental Spy

Semasa adegan Turkish Bath dalam filem Accidental Spy, Jackie Chan tergelincir dan terhantuk kepala pada lantai. Beliau turut tercedera di bahagian belakang. Menurut doktor yang merawatnya, jika beliau tercedera sekali lagi di bahagian belakang, keberangkalian untuk lumpuh adalah tinggi.

Police Story II

Jackie Chan telah mengalami pendarahan di belakang kepala setelah kerusi yang dilemparkan ke arahnya singgah tepat ke kepala beliau. Jackie Chan terus diberi rawatan segera oleh krew-krew produksi.

Armour of God: Operation Condor II
Jackie Chan menderita kehilangan perdengaran di telinga kirinya dan mengalami konkusi setelah terjatuh daripada pokok dalam satu adegan lompatan. Tulang dada beliau turut patah selepas terlepas pautan rantai dan terhempas dengan kuat pada lantai.

 

City Hunter

Dalam filem ini, Jackie Chan telah tercedera lutut dan kaki dalam satu adegan papan selaju. Kecederaan ini masih lagi menghantui dirinya sehingga ke hari ini di mana beliau sering mengadu sakit untuk melompat dan berlari. Cara larian Jackie juga kelihatan janggal kerana disebabkan kecederaan dalam filem ini.

Crime Story
Kaki Jackie Chan patah setelah dilanggar oleh dua buah kereta dalam satu adegan lagak ngeri.

Dragon Fist
Jackie Chan mengalami patah hidung semasa membintangi filem ini.

Dragon Lord
Jackie Chan tercedera dan mengalami konkusi setelah terjatuh daripada menara manusia.

 

Dragons Forever
Jackie Chan tercedera buku lali dalam satu adegan lagak ngeri.

Drunken Master
Jackie Chan hampir buta setelah tertusuk kayu pada matanya.

Drunken Master II

Jackie Chan terbakar pada punggung, muka dan tangan setelah ditolak ke dalam bara api dalam satu adegan pergaduhan. Beliau juga patah hidung apabila beliau dan Ken Lo berlaga kepada antara satu sama lain.

 

Left Handed Strike
Jackie Chan tercedera siku dalam filem ini.

Magnificent Bodyguards
Jackie Chan patah tulang rusuk.

Medallion

Jackie Chan terbakar rambut dan tangannya. Beliau juga luka di mata kiri dan hidung setelah wayar lagak ngeri(stunt wire) tiba-tiba putus.

Snake in the Eagle’s Shadow
Hwang Jang Lee telah tersalah menendang Jackie Chan dan terus mengenai giginya. Beliau turut cedera dalam satu adegan apabila pedang tiba-tiba menghiris kulitnya. Ia boleh dilihat dalam filem ini apabila kamera masih lagi berputar.

Mr. Nice Guy
Jackie Chan sekali lagi patah hidung dalam filem ini.

Police Story II

Dalam filem ini, Jackie Chan telah tersalah lompat kepada tingkap yang sebenar miskipun telah disediakan cermin prop. Adegan itu bermula apabila beliau cuba melompat daripada bas yang sedang bergerak. Akibatnya, serpihan kaca melekat di serata tubuh beliau dan hampir mengenai matanya. Miskipun ia tidak mengikut skrip, ia tetap diambil kerana mengambil kira ketulenan aksi yang ditampilkan oleh Jackie Chan. Adegan itu masih lagi boleh dilihat dalam filem Police Story II.

Police Story III: Supercop
Jackie Chan terkehel tulang pipi dan tulang bahunya. Beliau turut patah tulang dada.

 

Police Story IV (Jackie Chan’s First Strike)
Jackie Chan hampir maut setelah mengalami Hyphothermia akibat terdedah kepada kesejukan melampau.

Project A

Dalam filem Project A, Jackie Chan telah dua kali melakukan adegan terjun daripada menara jam setinggi 60 kaki. Kedua-dua adegan itu telah mencederakan leher dan belakangnya, Lebih memeritkan gigi beliau turut patah.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 855 other followers

%d bloggers like this: