Archive | Sejarah RSS for this section

(Video) Magik terbaik dalam rancangan X-Factor!

Oleh: takusahrisau

(Gambar) Nolstagia Terengganu zaman dahulu..

Oleh: takusahrisau

 

Terengganu adalah salah sebuah daripada tiga negeri di pantai timur. Ia terletak di bahagian timur semenanjung Malaysia, betul-betul menghadap Laut China Selatan. Negerinya sungguh makmur dan tenteram. Daripada ketiga-tiga negeri di pantai timur, Terengganu boleh dikatakan negeri yang paling kaya dengan hasil lautan dan sumber mineral yang melimpah ruah.

 

Sejarah yang panjang

Sejarah Terengganu adalah amat panjang. Kuala Terengganu dipercayai telah dihuni dan didiami sekurang-kurang pada abad ke-10 masihi. Catatan cendekiawan daripada China seperti ’Ling-wai-Tai-ta’ karangan Cao Cu Fei tahun 1178, menyebut ’Teng-ya-nu’. Buku ’Cu-fan-Cih’ karangan Cao Ju Kua tahun 1226 ada menyebut pula ‘Teng-ya-nung’. Ramai ahli sejarah tempatan berpendapat sama ada Coa Cu Fei atau Coa Ju Kua, kedua dua mereka tersebut merujuk kepada kedua-dua kepada nama Tengganu atau sekarang dikenali Terengganu.

 

Pengaruh Islam

Terengganu dicatatkan sebagai negeri yang menerima pengaruh Islam paling awal di Tanah Melayu. Penemuan batu bersurat oleh seorang pendagang dan pendakwah Islam, Syed Hussein Ghulam al-Bukhari pada 1902 di Kuala Berang telah membuktikan bahawa Islam telah sampai di Terengganu sekurang-kurangnya pada abad ke-12 masihi. Menurut Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas, tarikh sebenar batu ini adalah pada Jumaat, 4 Rejab 702 H, bersamaan dengan 22 Februari 1303 masihi.

 

Negeri alim-ulama

Terengganu memiliki tradisi melahirkan ramai para alim ulama yang bertaraf wali. Antaranya adalah Tokku Pulau Manis(Sheikh Abdul Malik), Sheikh Abdul Qadir Bukit Bayas(Sheikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani), Tokku Tuan Besar (Saiyid Muhammad bin Saiyid Zainal Abidin), Tok Sheikh Duyung(Sheikh Wan Abdullah bin Muhammad Amin al-Fathani), Tuan Guru Cik Umar Besut(Haji Umar bin Cik Ahmad) Tokku Paloh(Saiyid Abdur Rahman bin Saiyid Muhammad al-Aidrus), Tok Ku Melaka(Saiyid Ahmad bin Saiyid Muhammad al-Aidrus) dan Haji Abdul Rahman Limbong.

Di kalangan ulama yang dicatatkan ada yang mempunyai jalur keturunan yang sama seperti Tokku Tuan Besar adalah bapa kepada Tokku Paloh dan datuk saudara kepada Tokku Melaka. Ada pula di kalangan mereka adalah guru kepada ulama-ulama lain. Misalnya, Sheikh Abdul Qadir Bukit Bayas adalah guru kepada Tokku Tuan Besar dan Tokku Paloh adalah guru kepada Haji Abdul Rahman Limbong. Kesinambungan alim ulama di Terengganu masih lagi berjalan sehingga ke hari ini dengan lahirnya beberapa ulama yang digelar ‘Tuan Guru’ seperti Tuan Guru Haji Hadi Abdul Awang, Tuan Guru Haji Mamat Merbau Patah,Tuan Guru Haji Abas Kuala Besut dan ramai lagi.

China Town di Kuala Terengganu.

 

Pemandangan Bukit Puteri daripada seberang laut.

 

Pemandangan kesibukan kapal keluar masuk dari atas Bukit Puteri.

 

Pasar Tanjung

 

Kesibukan menjual beli di tapak pasar kedai payang sekarang.

 

Pemandangan daripada seberang laut kampung Pulau Duyung.

 

Kampung Pulau Duyung

 

Perarakan bunga emas dan perak untuk dihantar ke Bangkok.

 

Kampung Seberang Takir tahun 1947.

 

Feri yang membawa muatan daripada Kuala Terengganu ke Seberang Takir. Sekarang sudah dimodenkan dengan pembinaan Jambatan Sultan Mahmud.

 

Sewaktu banjir besar di Pulau Kambing.

 

Berjual beli di tapak Pasar Kedai Payang.

 

Satu pemandangan di kampung nelayan.

 

Suasana nelayan menarik perahu ke persisir pantai.

 

Kesibukan nelayan yang mencari rezeki di Laut China Selatan.

 

Bandar Kuala Terengganu awal 1950-an.

 

Istana Badariah 1940-an.

 

Istana Maziah tahun 1895.

 

Masjid Abidin atau lebih dikenali Masjid Putih.

 

Istiadat diraja Terengganu tahun 1920-an.

 

Terengganu tahun 1980-an.

 

Tapak Pasar Marang tahun 1980-an.

 

Marang awal 1990-an.

 

Kuala Berang tahun 1950-an.

 

Perlabuhan Chukai dan bandar Kemaman tahun 1940-an.

 

 

Istana Kolam, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Kuala Terengganu

 

Pasar Kedai Payang sewaktu baru dibuka.

 

Kelihatan dengan jelas Bukit Besar di sebelah kanan gambar.

 

 

Kemeriahan pasar Kedai Payang.

 

 

Sekolah Melayu Pulau Duyong.

 

 

Sekolah agama Sultan Zainal Abidin.

 

 

Pemandangan di persisir pantai di Kuala Terengganu.

 

 

Perahu besar di muara Sungai Terengganu.

 

 

Terengganu tahun 1960-an.

 

Garricha, bintang yang dilupakan..

Oleh: takusahrisau

 

Antara bintang bolasepak terbesar satu ketika dahulu yang sering dilupakan oleh peminat adalah tidak lain dan tidak bukan, Garricha. Garricha atau nama sebenarnya, Manuel Francisco dos Santos pernah membawa Brazil menjulang Piala Dunia dua edisi berturut-turut iaitu pada tahun 1958 di Sweden dan 1962 di Chile. Piala Dunia 1962 menaikkan nama Garricha apabila menyumbang empat gol miskipun bertindak sebagai pemain sayap.

 

Garricha

 

 

Profil Garricha

Garricha dilahirkan pada 38 Oktober 1933 di Pau Grade. Beliau digelar Garricha sejak zaman kanak-kanak yang membawa maksud ‘burung kecil’ yang mana merujuk kepada fizikalnya.

Beliau dilahirkan daripada keluarga yang agak bermasalah. Bapanya adalah peminum arak jenis Cachaca yang tegar. Sikap bermasalah bapanya kemudiannya dituruti beliau kemudian harinya.

Disebalik keluarganya yang bermasalah, ia tidak menghalang Garricha daripada menceburi sukan yang menjadi hobinya daripada kecil iaitu Bola Sepak. Apa yang menarik mengenai Garricha adalah beliau sebenar cacat daripada segi fizikal iaitu kaki kirinya lebih pendek enam sentimeter berbanding kaki kanan dan sedikit bengkok ke dalam. Kaki kirinya pula sedikit bengkok ke luar. Kecacatan ini membuatkan ramai yang sangsi dengan kebolehan Garricha.

Walaubagaimanapun, Garricha bukanlah calang-calang ahli sukan. Miskipun beliau boleh dikategorikan cacat, namun dengan kekuatan stamina dan kekentalan menahan asakan lawan membolehkan beliau mencapai satu tahap di mana bukan semua dapat mengecapinya.

 

Karier bersama Botafogo

Kemahiran individu dan tahap stamina yang tinggi membuatkan ramai kagum dengan kehebatan Garricha. Semasa bermain dengan kelab di Pau Grade iaitu kelab di kampung halamannya, beliau sering menggunakan kebolehannya mengelecek lawan sebelum meledak dengan menggunakan samaada kaki kiri atau kaki kanan ke gol lawan.

Namun, ia masih dipandang sepi oleh pencari bakat di Brazil. Sebenarnya, ramai tidak yakin dengan Garricha memandangkan fizikalnya kecil. Sehingga usianya mencecah 20 tahun, beliau telah didekati oleh sebuah kelab di Rio de Janeiro, Botafogo. Tanpa berfikir panjang, Garricha setuju untuk beraksi secara professional dengan kelab tersebut. Miskipun buta huruf, Garricha telah menandatangani kontrak bersama kelab yang berjersi hitam putih tersebut.

 

Memukau mata

Semasa sesi pertama latihan bersama skuad Botafogo, Garricha dengan sekelip mata memukau mata pemain dan jurulatih kelab tersebut. Garricha dengan mudah melepasi sejumlah pemain kelab tersebut termasuk pemain pertahanan kental Brazil yang beraksi dengan Botafogo ketika itu, Nilton Santos.

Nilton Santos yang diperdayakan Garricha dengan membawa bola melepasi celah kakinya telah terpukau dengan aksi Garricha dan tidak membuang masa untuk mencadangkan nama Garricha bagi skuad utama Brazil selepas daripada detik itu.

Aksi pertama Garricha berlanjutan semasa perlawanan sebenar apabila membantu skuad simpanan Botafogo memenangi perlawanan sebanyak 5-0 dengan beliau sendiri menjaringkan hat-trick.

Garricha bermain untuk Botafogo selama 12 tahun iaitu daripada tahun 1953 sehingga 1965 dengan 236 penampilan dan 85 jaringan secara keseluruhannya.

Kemahiran Garricha dalam memperdayakan pemain pertahanan lawan sangat mengagumkan.

 

 

Setaraf Pele

Ramai di Brazil beranggapan Pele adalah raja bolasepak. Namun, segelintir peminat bolasepak Brazil sering menamakan Garricha adalah raja bolasepak di sana. Ia adalah penarafan yang agung bagi seorang yang bernama Garricha.

Tidak dinafikan bahawa Pele adalah pemain Brazil paling berkaliber semasa kejohanan Piala Dunia namun kehadiran Garricha tidak boleh dinafikan. Bersama-sama Garricha, Pele menjadi lebih efektif kerana corak permainan mereka yang sama dan saling menyerang untuk memberi kemenangan kepada Brazil.

Sebenarnya, apa yang lebih penting adalah kehadiran kedua-dua individu hebat ini telah berjaya mengubah corak permainan Brazil secara total. Samaada Pele dan Garricha, mereka telah mengubah corak seakan-akan permainan gaya Eropah kepada gaya permainan yang kini dikenali Samba. Gaya permainan Samba adalah gaya permainan yang mementingkan kelebihan individu untuk memecah benteng lawan. Permainan ini sinonim dengan skuad Brazil sehingga ke hari ini.

Pada Piala Dunia edisi 1962 di Chile, Garricha telah membantu Brazil untuk terus mara ke perlawanan akhir tanpa kehadiran Pele yang terpaksa memanaskan bangku simpanan akibat kecederaan teruk selepas dirempuh secara agresif oleh pemain Czechoslavakia.

Menurut statistik, semasa Garricha dan Pele beraksi bersama-sama, mereka tidak pernah kalah dalam mana-mana perlawanan di peringkat antarabangsa.

Garricha bermain sebanyak 50 perlawanan antarabangsa bersama Brazil sejak mencapai caps pertama pada 1955 semasa perlawanan persahabatan Brazil menentang Chile di Rio de Janeiro. Garricha menyumbang 12 gol secara keseluruhannya untuk Brazil.

Bersama-sama Pele meraikan gol.

 

 

 

 

Diintai kelab utama Eropah

Pada 1954, Juventus telah cuba untuk mendapatkan khidmatnya susulan penampilan hebatnya dalam beberapa siri perlawanan yang disaksikan oleh ejen pencari bakat daripada Turin.

Pada 1959, Real Madrid pula cuba untuk menandatangani Garricha untuk menguatkan bahagian sayapnya yang mana mungkin akan membantu Ferenc Puskas dan Alfredo de Stafeno di bahagian hadapan. Garricha sebenarnya telah berjaya menarik minat ejen pencari bakat setelah bermain dalam beberapa perlawanan persahabatan di Eropah bersama Brazil.

Tidak terhenti di situ, sekitar tahun 1962 dan 1964, kelab daripada Itali, Inter Milan, AC Milan dan Juventus telah cuba memikat Garricha untuk bermain dengan kelab mereka susulan penampilan hebatnya di dua edisi Piala Dunia iaitu pada 1958 dan 1962.

Namun, di sebalik tawaran-tawaran hebat daripada kelab-kelab kaya tersebut, Garricha tidak pernah menyatakan hasratnya untuk meninggalkan bumi Brazil. Sehingga tahun 1966, beliau masih bermain untuk Botafogo.

 

Kejatuhan karier

Garricha boleh dikatakan tidak bernasib baik berbanding Pele yang lebih berdisplin dalam kehidupan luar. Miskipun di dalam padang Garricha menunjukkan komitmen dan disiplin yang hebat, namun di luar padang beliau tidak sebergitu. Beliau dilingkari dengan kehidupan yang penuh cacar-marba.

Beliau adalah seorang peminum arak yang tegar, kaki perempuan dan sering mengunjungi kelab malam di sekitar Rio de Janeiro.

Garricha pernah dilaporkan mempunyai 14 orang anak hasil daripada hubungannya dengan beberapa orang wanita sama ada melalui pernikahan dan skandal. Garricha berkahwin sebanyak dua kali iaitu dengan pekerja kilang pada usia 17 tahun dan penari Samba, Elza Soares pada usia 33 tahun.

Garricha menceraikan isterinya yang pertama setelah berkenalan dengan Elza Soares buat kali pertama semasa Garricha dan rakan pasukannya menyambut kemenangan Piala Dunia 1958 di bilik persalinan. Daripada detik itu, bermula keretakan rumah tangga Garricha sehingga membawa kepada penceraian dan pelbagai hubungan skandal kemudian harinya.

Populariti Garricha yang kian mencanak naik selepas membawa kemenangan Brazil semasa Piala Dunia 1958 dan 1962 membawa kepada kehidupan beliau yang sangat liar. Kehidupan beliau yang berfoya-foya akhirnya membawa gelaran ‘people of joys’. Seorang rakannya, Milvina telah merakamkan ingatannya mengenai Garricha,

“He played for the joy, he played for love,”

“Garrincha could drink the night before and go and play the next day in the Maracana Stadium.  After the match, back here for a drink. Can you see David Beckham going back to his hometown on Saturday night to play with his mates?”

 

Akibat kehidupan beliau yang dipenuhi dengan alkohol, beliau pernah terlibat dalam beberapa kemalangan dan salah satunya hampir meragut nyawanya. Dalam satu kemalangan, ia telah meragut nyawa ibu mertuanya. Kemalangan itu berlaku sekitar tahun 1969.

Elza Soares

 

 

 

Dijual Botafogo

Sepertimana pemain bolasepak yang bermasalah sepertinya, George Best, karier mereka merudum dek kerana leka dengan kehidupan malam. Karier Garricha merudum pada usia 33 tahun iaitu pada tahun 1966. Prestasinya terjejas bukan sahaja disebabkan usianya yang mencecah veteran tetapi juga disebabkan pengambilan alkohol secara berlebihan yang menjejaskan stamina yang telah menjadi nadi kekuatannya 10 tahun yang lalu.

Garricha akhirnya dijual kepada kelab Corinthians pada 1967 tetapi gagal mencapai impak sepertimana bersama kelab Botafogo. Beliau hanya beraksi 4 perlawanan tanpa menyumbang sebarang gol sebelum dijual ke kelab Portuguesa Carioca pada musim berikutnya. Selepas itu, Garricha bertukar beberapa kelab sebelum menamatkan karier bolasepaknya pada tahun 1972 di kelab kecil, Olaria.

 

11 tahun terakhir

Sejak menggantung but pada 1972, Garricha terlibat secara pasif termasuklah perlawanan testimonial untuk dirinya pada 19 Disember 1973 di antara pasukan FIFA yang terdiri daripada pemain daripada Argentina dan Uruguay melawan pasukan yang diketuai Garricha, Pele dan Carlos Alberto. Perlawanan tersebut dihadiri lebih 131,000 penonton di Stadium Maracana.

Selepas itu, Garricha hanya terlibat dalam bidang kejurulatihan secara tidak aktif. 5 tahun terakhir kehidupannya diselubungi dengan kesedihan. Garricha yang pada satu masa dahulu adalah bintang yang sering dilimpah wang dan populariti telah jatuh miskin. Lebih memeritkan apabila beliau ditinggalkan isterinya sendiri, Elza Soares pada 1977 yang pernah dinikahinya secara kontroversi satu ketika dahulu.

Sekitar tahun 1980-an, beliau telah dikesan menghidap penyakit Liver Cirrhosis. Penyakit ini disebabkan oleh pengambilan alkohol secara berlebihan pada usia mudanya. Beliau dilaporkan ditahan sebanyak 4 kali di hospital akibat penyakit ini. Pada tahun 1983, Garricha telah koma akibat pengambilan alkohol. Ia adalah kemuncak kepada penyakitnya.

Pada 19 Januari 1983, bintang bolasepak yang paling berjaya pada Piala Dunia 1962 ini telah menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan yang cukup naif dan daif.

Garricha hampir tidak meninggalkan apa-apa kecuali video rakaman aksi menarik beliau semasa beraksi untuk Botafogo dan skuad Brazil. Untuk mengingati jasa Garricha yang bukan sedikit itu, Persatuan Bolasepak Brazil(CBF) dengan kerjasaman kerajaan Brazil telah menamakan bilik persalinan untuk pasukan Brazil di Stadium Maracana dengan nama Garricha manakala bilik persalinan untuk pasukan pelawat dengan nama lagenda hidup bolasepak dunia, Pele.

 

Garricha menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 49 tahun.

 

 

Patung Caligula dijumpai di Lake Nemi..

Oleh: takusahrisau

 

Sebuah patung gergasi yang dipercayai adalah maharaja Rom paling kontroversi, Caligula telah ditemui di Lake Nemi. Ia telah dijumpai oleh pencarigali haram yang bertujuan untuk meraih keuntungan di pasaran gelap.

Caligula pernah memerintah Rom selama 4 tahun namun dicemari dengan sikap aneh dan kezalimannya.

 

Patung tersebut menunjukkan Caligula dalam keadaan duduk di atas singahsana seakan-akan menyerupai dewa Zeus yang sering dipuja oleh Caligula. Walaubagaimanapun, patung Caligula tersebut telah mengalami kerosakan di bahagian kepala dan beberapa bahagian lain.

Penemuan patung Caligula yang memiliki nama sebenarr, Gaius Julius Caesar Augustus Germanicus di Lake Nemi tidak mengejutkan para ahli sejarah Rom dan pakar-pakar arkeologi. Ini adalah kerana dipercayai bahawa di Lake Nemi pada satu ketika dahulu telah berdiri sebuah rumah agam milik maharaja zalim ini bagi tujuan istirehat.

Caligula mendapat nama gelaran daripada sepatu yang sering dipakainya iaitu Caliga yang juga adalah sepatu rasmi askar Legionairre Rom. Caligula memerintah Rom dengan masa yang cukup singkat iaitu sekitar 37AD sehingga 41AD namun dicemari dengan pelbagai kontroversi sehingga menjejaskan reputasi Rom sebagai pusat tamadun Eropah satu ketika dahulu. Caligula akhirnya ditumbangkan selepas beliau dibunuh dengan kejam oleh pegawai peribadinya sendiri. Miskipun telah lebih 2000 tahun, namun nama Caligula sering tersenarai sebagai salah seorang pemimpin paling zalim yang pernah hidup.

 

Sumber: www.telegraph.co.uk

(Gambar) Episod #4: Gambar-gambar Perang Dunia ke-2 yang tidak pernah tersiar di Akhbar dan Majalah!

Oleh: takusahrisau

 

Tentera Jerman semasa kempen di Rom pada 1944.

Tentera Jerman mati di tepi jalan ketika Lapland War pada 1944.

Tentera Jerman mati di Moscow ketika Operasi Barbarossa.

Kelihatan tentera Rusia terbaring di bawah kereta kebal.

Tiga tentera Paracut Jerman mati selepas tersasar ke kawasan musuh.

Tentera Jerman menangkap seorang 'pemberontak'.

Sebuah kereta penduduk tempatan ditembak. Kelihatan pemandunya sudah tidak bernyawa.

Kelihatan tentera Jepun mati dipercayai selepas melakukan serang berani mati terhadap tentera Amerika Syarikat.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

 

Seorang tentera Rusia ditemui mati.

 
 

Tentera Jerman ditemui mati di Lapland pada 1944.

Tentera British mati bergelimpangan selepas kegagalan serangan mereka pada waktu malam.

Tentera Jerman direjam dengan batu sehingga meninggal dunia.

Hayat tentera Jerman ini berakhir di medan perang. Dirakam pada 1944 di Perancis.

Seorang tentera Soviet maut selepas pertempuran dengan tentera Finland pada 13 Ogos 1941.

Tentera Soviet maut selepas pertempuran pada 1941.

Inilah hero nasional Slovenia.

(Gambar) Mata Wang Kolonis Jepun semasa WW2!

Sumpahan terhadap filem Hollywood!

Yahudi juga berkhatan sepertimana ISLAM

(Gambar) Iklan dan Poster era sebelum merdeka!

Oleh: takusahrisau

 

Adakah pembaca sering terfikir bagaimana agaknya iklan mahupun poster sebelum Malaysia merdeka? Ok, di bawah penulis sediakan beberapa iklan dan poster yang pernah menghiasi dada khabar satu masa dahulu.

 

Iklan serbuk Pat Po Sun. Ia diterbitkan pada 1930-an.

 

 

 

Ubat menghilangkan kesakitan perut, Maclean. Ia diterbitkan dalam akhbar Straits Times pada 1955.

 

 

Iklan minyak wangi "Forget-me-not" yang diterbitkan pada 1954.

 

Iklan ubat minyak ikan kod yang diterbitkan di dada akhbar Straits Times pada 1955.

 

 

Iklan arak di Straits Times tahun 1955.

 

 

Poster mengajak anak muda di Malaya memasuki tentera.

 

 

Poster mengajak anak tempatan menyertai tentera. Dilukis oleh Hossein Enas pada 1951.

Iklan teh Gold Bird Ceylon yang dikeluarkan di Majalah Filmalaya pada 1954.

Iklan Minyak Wangi Picot yang dikeluarkan pada 1954 di Majalah Filmalaya.

Poster untuk menarik minat pemuda menyertai tentera.

 

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Iklan Arak jenama Carlsberg sempena perayaan Tahun Baru Cina pada 1955.

 

Iklan Minyak Ikan Kod pada tahun 1955.

 
 

Iklan Basikal jenama Hercules di dada akhbar Straits Times pada tahun 1955.

 

Poster propaganda Jepun di Tanah Melayu.

 

Poster promosi Malayan Railway.

 

Poster promosi Malayan Railway yang dikeluarkan oleh Persekutuan Tanah Melayu.

 

Iklan Krim Stillman's Freckle yang diterbitkan di dada akhbar Straits Times tahun 1955.

 

Poster mengajak anak melayu menceburi karier tentera.

(Gambar) Fergie’s Fledging- skuad emas Manchester United!

Oleh: takusahrisau

 

Kelab Manchester United adalah kelab yang penuh dengan kemasyhuran. Namun, kemasyhuran paling besar kesannya tercipta sewaktu kelab yang digelar Red Devil ini dilatih dan diurus oleh Sir Alex Ferguson. Ferguson adalah warga Scotland yang mencipta impak yang cukup besar kepada kelab kesayangan ramai ini apabila mengutamakan pemain daripada akademi Manchester United untuk membuat kemunculan bersama skuad utama.

Karier pengurus yang mesra digelar Fergie ini bermula pada tahun 1986 di Manchester United. Pada masa itu, trend pengambilan pemain daripada skuad akademi masih belum merebak ke kelab lain melainkan hanya di Manchester United sahaja. Di Manchester United, trend pengambilan skuad akademi telah bermula semasa di bawah pengurusan Sir Matt Busby lagi iaitu pada era 1945 sehingga 1969. Skuad Matt Busby digelar Busby Babes. Antara pemain termasyur yang pernah mengganggotai skuad Busby Babes adalah lagenda Manchester United dan England, Sir Bobby Charlton.

Skuad muda Manchester United.

 

Sikap Ferguson yang memberi laluan kepada pemain-pemain akademi yang berbakat, berdisplin dan mempunyai semangat sayangkan kelab yang tinggi amat disanjung oleh peminat-peminat dan wartawan-wartawan sukan tempatan. Lantaran itu, skuad yang dianggotai oleh David Beckham, Nicky Butt, Ryan Giggs, Paul Scholes, Phillip Neville dan juga Gary Neville telah digelar Fergie’s Fledging. Pemain-pemain berbakat ini adalah era kedua Fergie’s Fledging setelah era pertama Fergie’s Fledging tidak memberi impak yang besar kepada skuad bimbingannya. Era kedua Fergie’s Fledging tercetus pada tahun 1990-an.

Bulatan kanan( Terry Cooke) dan bulatan kiri(David Beckham). Skuad ini telah menjuarai Piala FA Youth pada 1995. Bersama-sama skuad ini adalah Gary Neville.

 

Era keemasan Manchester United yang tidak mungkin lagi mampu diulangi adalah semasa kemuncak karier anggota-anggota Fergie’s Fledging iaitu semasa mereka merangkul kejuaraan Treble pada musim 1998-1999. Kelab Manchester United telah menjuarai Piala FA, Kejuaraan Liga Domestik dan Piala Liga Juara-Juara Eropah(setelah mengalahkan Bayern Munich pada perlawanan akhir). Bergitulah hebatnya pengaruh Fergie’s Fledging terhadap era kemuncak kelab yang berpengkalan di bandar Manchester ini.

Busby Babes pada 1955.

 

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Pada hari ini, banyak kelab membuat pendekatan serupa seperti Sir Alex Fergusan lakukan terhadap skuadnya. Namun, ia tidak mampu menyamai kehebatan Sir Alex. Arsenal contohnya, pada era lewat 1990-an, mereka telah menggunakan pendekatan pengambilan skuad akademi namun gagal meraih sokongan media tempatan kerana sikap Arsene Wenger yang kerap memberi laluan kepada pemain daripada luar England dan Great Britain untuk mengganggotai skuad akademi Arsenal. Sehingga ke hari ini, panggilan ‘the second France’ masih lagi menjadi ejekan media kepada skuad Arsenal kerana ramainya pemain kelahiran Perancis dalam skuad The Gunner.

Antara anggota-anggota Fergie’s Fledging semasa era 1990-an adalah:

  • David Beckham
  • Nicky Butt
  • Chris Casper

    Chris Casper

 

  • Terry Cooke

    Terry Cooke

 

  • Simon Davies

    Simon Davies

 

  • Ryan Giggs

 

  • Keith Gillespie

    Keith Gillespie

 

  • Gary Neville
  • Phil Neville
  • Pat McGibbon

    Pat Mcgibbon

 

  • John O’Kane

    John O'Kane

 

  • Kevin Pilkington

    Kevin Pilkington

 

  • Robbie Savage

 

  • Paul Scholes
  • Ben Thornley

    Ben Thornley

 

  • Graeme Tomlinson

    Graeme Tomlinson

 

Fergie’s Fledging semasa perlawanan Testimonial Gary Neville:

(Gambar) Kekejaman si jahanam Ratko Mladic!

Oleh: takusahrisau

 

Bagi warga Serb, beliau adalah juara rakyat. Namun, bagi umat Islam khususnya warga Bosniak, beliau adalah musuh nombor satu. Mana tidaknya, lelaki yang bernama Ratko Mladic ini bertanggungjawab terhadap kematian 200,000 umat Islam Bosniak dan beribu-ribu wanita warga Bosniak lagi dirogol.

Poster tiga pembunuh warga Islam Bosnia.

 

Bergelar komander tentera Bosnian Serb, beliau telah mengepalai kempen penghapusan etnik bagi merealisasikan sebuah negara satu etnik bersama-sama Presiden Persekutuan Republik Yugoslavia, Slobodan Milosevic dan Radovan Karadzic. Kempen ini bermula pada tahun 1992 sehingga 1995. Pada hari ini, ia digelar Perang Bosnia.

Sebenarnya, dosa paling besar lelaki yang bergelar ‘Penyembelih Bosnia’ adalah ketika pencerobohan Srebrenica. Kekejaman Ratko Mladic dengan membunuh lebih 8,000 penduduk Islam tempatan serta memusnahkan hampir 80 peratus rumah penduduk Srebrenica menyebabkan pencerobohan ini digelar “Penyembelihan Srebrenica”. Penyembelihan Srebrenica adalah pembunuhan besar-besaran di Eropah setelah Perang Dunia Kedua.!

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Pada 25 Mei 2011 yang lalu, tamatlah pencarian selama 16 tahun terhadap lelaki jahanam ini. Si jahanam ini bersembunyi sebagai bekas tentera di sebuah perkampungan kecil di Lazarevo yang hanya 50 km daripada Belgrade. Beliau dikatakan dalam keadaan uzur memandangkan usianya sekarang adalah 69 tahun. Sekarang, beliau telah pun diekstradisi ke Hague, Belanda untuk pembicaraan jenayah perangnya. Adakah dosa beliau terhadap umat Islam Bosnia akan terbalas selepas keputusan pembicaraan ini? Tepuk dada, tanya selera.

Di bawah adalah gambar-gambar kekejaman si jahanam ini:

 

 

(Gambar) Drama semasa Perang Dunia Kedua!

Oleh: takusahrisau

 

Gambar dan keterangan di bawah dipetik daripada majalah LIFE terbitan 12 Mac 1945. Setiap gambar-gambar ini dirakam oleh wartawan medan perang, George Silk.

 

Tentera Infantri ke-6 Amerika Syarikat menerombos ke sempadan tentera Jerman dengan melintasi sebuah sungai Roer. Sebuah jambatan buatan sendiri telah dibina oleh sepasukan jurutera. Semasa melintasi sungai Roer pada waktu subuh itu, tentera Jerman telah menghujani peluru mortar dan mesingun. Suasana seperti ini cukup menakutkan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam operasi ini.

 

 

Di sudut berlainan di atas jambatan, seorang tentera Amerika Syarikat daripada unit yang sama mengalami kecederaan teruk akibat terkena serpihan peluru mortar musuh. Beliau hanya 40 meter untuk ke seberang sungai Roer. Daripada sini, sebuah drama telah tercipta daripada beberapa keping-keping gambar.

 

Sekurang-kurang 6 orang tentera Amerika Syarikat telah maju terus ke tebing di sebelah timur untuk mencari penembak hendap yang dipercayai bersembunyi disebalik pokok-pokok. Kelihatan dua orang tentera(sebelah kanan) kelihatan cukup berhati-hati. Manakala empat yang lain(Lihat anak panah kuning) sudah bersiap sedia mengempur.

 

 

Akhirnya, penembak hendap tersebut berjaya ditangkap. Terdapat beberapa orang penembak hendap ditugaskan di tebing timur sungai Roer. Namun, hanya dua orang(Lihat anak panah merah) sahaja yang menyerah diri dengan mengangkat sapu tangan putih. Manakala yang lain telah ditembak mati oleh tentera Amerika Syarikat selepas adegan berbalas tembakan.

 

 

Gambar ini adalah gambar terakhir untuk keempat-empat individu yang sempat dirakam oleh George Silk. Ini adalah kerana, beberapa detik selepas Silk mengambil gambar mereka, tentera Jerman yang berada paling hadapan(Lihat anak panah merah) telah menarik picu grenad miliknya dan seterusnya mengegarkan kawasan di sungai Roer buat beberapa ketika.

 

Tentera Jerman yang bertanggungjawab menarik picu grenad  mati serta-merta di tempat kejadian. Manakala, tentera Amerika Syarikat yang berada di belakang mengalami kecederaan yang serius. Silk sendiri telah mengalami kecederaan di kaki(Tidak dirakam dalam gambar).

 

Seorang tentera Amerika Syarikat dan tentera Jerman yang berjaya ditangkapnya(Lihat anak panah merah) telah melalui jambatan yang dihujungnya terdampar mayat tentera Amerika Syarikat(Lihat anak panah kuning) yang telah dipaparkan pada permulaan tadi.

 

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Dua orang tentera Amerika Syarikat yang membawa rakannya yang cedera parah(Lihat anak panah kuning) semasa kejadian letupan grenad telah melintasi mayat rakan mereka yang terbunuh.

 

Tiba-tiba, jambatan tersebut telah terputus dua akibat serangan mortar daripada tentera musuh. Nyawa mereka sekarang berada di hujung tanduk.

 

Buih-buih yang terpercik(Lihat anak panah hijau) menunjukkan seorang tentera Amerika Syarikat telah membantu menyelamatkan tiga orang rakan beliau termasuk seorang yang cedera parah.

 

Kemudian, seorang lagi datang membantu. Bagaimanapun, jambatan pelampung buatan musnah selepas beliau bertindak memanjatnya. Kelihatan ramai yang melihat kejadian ini di seberang sungai Roer.(Lihat anak panah kuning)

 

Walaubagaimanapun, jambatan tersebut elok dengan sendirinya. Seorang tentera Amerika Syarikat menarik keluar rakannya yang cedera daripada tenggelam ke dalam sungai Roer. Mayat yang dipaparkan pada permulaan tadi masih lagi kelihatan. Kelihatan sebuah motorbot datang membantu.(Lihat anak panah kuning)

 

Sebuah motorbot datang untuk menyelamatkan mereka. Seorang tentera berusaha memanjat motorbot dalam keadaan basah kuyup.(Lihat anak panah kuning sebelah kanan)

 

 

Kesemuanya diselamatkan ke dalam motorbot kecuali seorang lelaki yang telah mati. Apakah nasib mayat yang terdampar di jambatan tersebut? Penulis tidak dapat memberi jawapannya.

(Gambar) foto-foto ketika penjajahan Belanda di Indonesia(Hindia Timur Belanda)

Oleh: takusahrisau

 

Sebuah buku telah diterbitkan pada 8 Disember 2009 yang menghimpunkan 200 keping foto penjajahan Belanda terhadap Indonesia yang tidak pernah dipaparkan pada umum. Kesemua 200 keping gambar yang diambil semasa Perang Dunia Kedua tercetus itu menggambarkan keperibadian sebenar penjajah Belanda terhadap penduduk peribumi Indonesia. Kesemua gambar-gambar tidak pernah diterbitkan oleh media arus perdana Belanda sebelum ini.

Buku yang sarat dengan gambar-gambar menyayatkan hati ini ditulis oleh tiga penulis daripada Belanda iaitu Erik Somers, René Kok and Louis Zweers.

Di bawah empat keping gambar yang dibenarkan untuk ditayangkan oleh sebuah laman web. Miskipun sedikit namun ia memberi kesan yang besar kepada persepsi masyarakat Indonesia dan rantau Asia Tenggara terhadap sikap kolonisme Eropah terutama Belanda, British, Perancis serta Amerika Syarikat.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 855 other followers

%d bloggers like this: