Keadaan Daif Mumia Firaun..


Oleh: takusahrisau

Sebagai pemerintah paling berkuasa di Mesir Purba, firaun sering digambarkan memiliki tubuh yang bidang, wajah yang bengis dan suara yang garau. Ia ada benarnya. Firaun Seti I misalnya, digambar memiliki wajah yang bengis dan suara yang keras. Manakala, permaisuri Firaun Akhaneten, Nefertiti disebutkan mempunyai wajah yang cantik dan kulit yang mulus. Keanggunan Nefertiti boleh dilihat pada ukiran patung wajahnya pada sehingga hari ini.

Walaubagaimanapun, beberapa Firaun memiliki kecacatan dan kecederaan yang teruk sehingga hampir merosakkan wajah mereka. Sedarlah bahawa Firaun hanya manusia biasa. Sesungguhnya Allah swt paling berkuasa dan Maha Sempurna.

Tutankhamun

Tutankhamun(1332SM-1323SM) adalah anak kepada Firaun Akhenaten. Beliau menaiki takhta selepas kematian bapanya. Menurut laporan perubatan, Firaun Tutankhamun yang dikenali dengan gelaran King Tut menghidap pelbagai ‘kecacatan’ fizikal.  Tutankhamun dilaporkan menghidap bibir sumbing dan scoliosis. Scoliosis adalah kecacatan kepada tulang belakang yang disebabkan oleh kebengkokan tulang . Ini menyebabkan Firaun Tutankhamun mengalami kebongkokan.

Menurut kajian yang lebih terperinci, firaun yang memiliki ketinggian 180cm ini menghidap sejenis kecacatan yang dikenali sebagai Dolichocephalic. Dolichocephalic adalah penyakit genetik yang turut dibawa oleh bapanya yang mana ia menyebabkan tulang tengkorak sedikit memanjang ke atas.

images

Akhenaten

Tiada Firaun yang berwajah pelik selain daripada Firaun Akhenaten(meninggal pada 1334SM). Firaun Akhenaten terkenal sebagai seorang firaun yang bertanggungjawab melakukan revolusi keagamaan di Mesir Purba apabila cuba menghapuskan penyembahan kepada Tuhan Amon dan lain-lain Tuhan. Akhenaten memaksa seluruh rakyatnya menyembah kepada satu Tuhan iaitu Aten manakala pusat pentadbiran dipindah ke Amarna.

Bapa kandung Firaun Tutankhamun ini memiliki susuk tubuh yang janggal. Mukanya runcing, kepala memanjang, perut sedikit membuncit, paha melebar seakan-akan peha perempuan dan buah dada sedikit timbul. Mudah untuk dibicara, Akhenaten lebih mirip seorang wanita berbanding seorang lelaki. Selepas pelbagai kajian dan analisis, pelbagai teori timbul antaranya adalah Akhenaten dikatakan menghidap Sindrom Marfan. Sindrom ini menyebabkan penghidapnya memiliki ketinggian yang luar biasa serta ciri-ciri tulang rusuk melebar dan tangan menjadi kecil.

akhenaten2facesmall

akhenaten3small

Ramses

Ramses(1303SM-1213SM) dilahirkan sebagai putera yang sihat. Sebaik meningkat dewasa, Ramses menunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin yang berkaliber dan berpadangan jauh. Ramses banyak memimpin bala tenteranya menewaskan musuh-musuh seterusnya meluaskan wilayahnya. Walaubagaimanapun, kesihatan Ramses beransur-ansur merudum menjelang usianya genap 60 tahun. 20 tahun terakhir usianya, Ramses menghidap pelbagai penyakit yang membelenggu dirinya. Ramses menghidap penyakit Arthritis yang teruk. Kaki dan tangannya membengkak. Sesekali Ramses akan dibawa oleh hamba-hamba istananya untuk mandi suana di sebuah gua di Mesir. Ramses turut mengalami masalah gigi dan rahang yang teruk. Ramses meninggal dunia di usia 90 tahun dan diganti oleh anaknya yang ke-13, Merneptah.

ikra-01f-ramses-ii-l

Seqenenre Toa

Seqenenre Toa adalah Firaun yang memerintah kerajaan terakhir bagi Dinasti ke-17 di Theban, Mesir. Ahli sejarah tidak bersependapat dengan tahun pemerintahan Seqenenre Toa namun sumber paling dipercayai adalah 1560 SM sehingga 1558 SM.

Mumia Seqenenre Toa ditemui pada 1886 oleh Gaston Maspero. Ketika ditemui, Maspero terkejut dengan keadaan mumia Seqenenre Toa yang sangat teruk. Menurut laporan yang ditulis oleh Maspero, beliau secara terperinci meneliti keadaan mumia yang disifatkan ‘kemungkinan mati semasa berperang atau dibunuh dengan kejam’.

Berdasarkan keadaan mayat, Seqenenre Toa telah meninggal dunia di usia 40 tahun. Kepala Seqenenre Toa telah ditikam dengan kapak. Giginya patah, patah di bahagian rahang, dan pukulan itu menyebabkan Seqenenre Toa terhempas kuat ke lantai. Seterusnya menyebabkan trauma pada kepalanya.

Menurut laporan Maspero, jasadnya kekal di tempat beliau mati untuk beberapa waktu sebelum ditemui. Akibatnya, proses mumia terpaksa dilakukan secara tergesa-gesa.

250px-Sequenre_tao

Firaun Djeher

Firaun Djeher diperkirakan memerintahkan sekitar tahun 360SM sehingga 362SM. Pemerintahannya begitu singkat akibat rampasan kuasa oleh Nectanebo II dengan bantuan Agesilaus II daripada Sparta. Artaxerxes daripada Parsi memberi suaka politik kepadanya dan tinggal di Parsi sehingga meninggal dunia.

Melalui beberapa penelitian CT scan terhadap mumia Firaun Djeher, terdapat tanda-tanda Firaun Djeher menghidap penyakit jantung yang serius. Dilaporkan bahawa besar kemungkinan kematiannya adalah disebabkan oleh serangan jantung.

mummy-scan-110517

Putera Pentewere

Mumia Putera Pentewere sememangnya misteri. Sejak ditemui pada 1881 oleh Gaston Maspero, ia menjadi persoalan kepada banyak ahli sejarah. Keadaan mumia yang menakutkan dengan mulut yang ternganga seakan-akan mengalami kesakitan yang dashyat.

Ketika ditemui mumia ini diletakkan bersebelahan dengan tiga Firaun terkenal, Rameses the Great, Seti I and Tuthmosis III. Namun, berbeza sekali dengan ketiga-tiga Firaun tersebut, mumia Putera Pentewere tiada dekorasi dan proses mumifikasi cacar marba.

Selepas beberapa kajian, ahli arkeologi berpendapat bahawa Putera Pentewere adalah individu yang bertanggungjawab melancarkan pemberontakan kepada bapanya, Ramses III dengan bantuan ibunya, Tiy. Besar kemungkinan, kedashyatan kematian Putera Pentewere adalah disebabkan oleh proses seksaan yang dilakukan pegawai Ramses III.

photo1

head of unknown mane-1

About these ads

Tags: , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

3 responses to “Keadaan Daif Mumia Firaun..”

  1. viee says :

    Suka gila baca tak usah risau..tpi skrg mcm kurg sgt update..knp ye admin..

    • takusahrisau says :

      Terimakasih..
      skrg penulis terlampau sibuk sehingga hampir tiada masa untuk berkarya di blog. Tambahan pula, penulis berkira-kira ingin menyiapkan sebuah buku. Semua ini membuatkan penulis kurang meng’update’ di blog. Namun, jgn risau, sentiasa follow penulis di blog. Penulisan di blog masih tidak dilupakan.

      • viee says :

        Hari2 check tak usah risau ada update ke tidak..harap akan suksess selamanya ye..terima kasih kna memberi info yg sgt bagus!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 855 other followers

%d bloggers like this: