(Gambar) Isteri PM Turki Menangis Semasa Melawat Rohingya..
Oleh: takusahrisau
Isteri PM Turki, Emine Erdogan menitis air mata semasa melawat mangsa keganasan etnik di Rohingya. Lawatan mengejut wanita pertama Turki ini ditemani oleh menteri luar Turki, Ahmet Davutoglu dan staf-staf kerajaan yang lain.
Sesi lawatan ini adalah tidak lain untuk menyampaikan sumbangan kerajaan Turki kepada mangsa-mangsa pembunuhan kejam rejim junta Myanmar. Sumber rasmi menyatakan bahawa lebih kurang 80 orang etnik Rohingya terbunuh sejak insiden tersebut berlaku pada awal Jun tahun ini.
Etnik muslim Rohingya dianggarkan mempunyai populariti hampir 800,000 orang namun ia dianggap etnik paling tersisih di dunia. Etnik muslim Rohingya mengalami deskriminasi yang tegar daripada kerajaan Myanmar yang majoriti rakyatnya beragama Buddha. Mereka tidak boleh mengamalkan ajaran Islam secara terang-terangkan, hak sebagai rakyat Myamnar ditolak dan masjid tempat mereka beribadat dibakar dan dirobohkan.
Lawatan Emine Erdogan membuka lembaran baru kepada masyarakat Islam di seluruh dunia terutama kepada masyarakat Islam di negara Asia Tenggara yang majoritinya diam membisu. Pemimpin-pemimpin Islam di negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei tidak mampu memberi komitmen yang berkesan terhadap isu Rohingya. Tidak tahu apa sebabnya, mereka gagal untuk bertindak sebagai saudara Islam ketikamana saudara Islam mereka tersempit di wilayah Arakan.
___________________________
Segalanya lebih menarik di
SubhanaAllah..Allah Turunkan Hujan Setelah Rejim Basyar al-Assad Potong Punca Air Utama..
Syahid Tanpa Pernah Solat Walau Satu Rakaat..







assalam..
pada pandangan aku lawatan isteri PM turki ni langsung tak memberi apa apa dimensi / lembaran baru kepada dunia islam amnya dan negara islam asia tenggara khususnya. malaysia dan negara negara lain juga hadir membantu memberi sumbangan sama seperti turki. berdiam diri? mereka juga telah memberi pendapat, cadangan dan kecaman kepada burma. dipersidangan oic juga telah bersuara. tetapi dasar campur tangan ada batasan bagi setiap negara. diplomasi didahulukan. so kesimpulannya tindakan turki sama je ngn tindakan negara negara islam lain. malahan negara asia islam asia tenggara lebih lagi dalam memberi bantuan berbnding turki. di malaysia sendiri telah lama dan ramai etnik rohingya menetap. turki ada?
-sekadar pandangan dari mata saya
sungguh tragis pemimpin2 kita , hanya berurusan dengan myanmar pun kita seperti nya enggan untuk menekan junta myanmar, bagaimana kita bisa negara islam berdiam diri sementara saudar seiman di aniaya, dosa besar bagi pemimpin yang seperti ini, sadarlah