Nabi Isa as adalah Islam, ujar Prof. Robert F. Shedinger dalam Buku Terbarunya..
Oleh: takusahrisau
Profesor teologi di Kolej Luther di Iowa, Robert F. Shedinger telah membuat pendedahan yang kontroversi di dalam buku baru tulisannya bahawa Jesus Christ atau Nabi Isa as adalah seorang Muslim. Buku tersebut diberi tajuk ‘Was Jesus a Muslim?’
Pada permulaan bukunya yang mana akan dilancarkan pada tahun ini(2012), Shedinger ditanya, “Adakah Jesus seorang Muslim?”
“Saya akan menjawab dengan benar, amat layak,” katanya.
Pada musim bunga tahun 2001, metodologi Shedinger tentang ajaran Islam telah dipersoalkan oleh seorang pelajar beliau yang dibesarkan dalam keluarga Islam.
Pelajar perempuan tersebut memberitahu Shedinger bahawa cara beliau menyampaikan Islam kepada pelajar-pelajarnya tidak menyerupai dengan apa yang didedahkan kepada beliau oleh ibubapanya semasa membesarkan beliau.
Shedinger berkata dalam satu temu bual bahawa peristiwa tersebut mendorong beliau untuk memikirkan semula konsep keseluruhan tentang agama dan cara beliau telah menganalisa berhubung ajaran Islam.

Buku ini mungkin menimbulkan kontroversi namun ia bukanlah kali pertama kerana sebelum ini Micheal Hart pernah menyenaraikan Nabi Muhammad saw sebagai individu paling berpengaruh daripada 100 orang sepanjang zaman.
Shedinger yang juga merupakan ketua jabatan pengajian agama di Luther College di Iowa, juga berhujah bahawa Islam adalah sesuai malah lebih baik bagi Nabi Isa kerana ia bukanlah agama tetapi “pergerakan keadilan sosial”.
“Saya terpaksa memikirkan semula apa itu Islam .. Saya membuat kesimpulan bahawa ia adalah sebuah gerakan keadilan sosial dan saya fikir itulah yang Nabi Isa lakukan pada abad pertama, jadi saya membuat kesimpulan Jesus adalah lebih seperti seorang Muslim,” katanya.
Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw dipercayai telah menerima wahyu sekitar tahun 622 Masihi yang akhirnya dihimpunkan dalam sebuah mushaf al-Quran. Umat Islam dan Kristian percaya bahawa kelahiran Islam berlaku pada tarikh turunnya wahyu yang pertama. Nabi Isa as dipercayai telah hidup lebih daripada 600 tahun sebelum daripada itu.
__________________________
Segalanya lebih menarik di
-
Siri Islam Sebelum ISLAM: Ajaran Arianisme(Siri 2)
-
Siri Terakhir: Kebijaksanaan Allah swt dalam peristiwa Ashaabul Kahfi






