Snouck Hurgronje, Dajjal Kecil yang Membinasa Islam di Nusantara..
Oleh: takusahrisau
Christian Snouck Hurgronje atau lebih dikenali dengan nama Snouck Hurgronje adalah orientalis terkemuka daripada Belanda. Beliau dilahirkan pada 8 Februari 1857 di Oosterhout, Belanda. Bapanya, J.J Snouck Hurgronje adalah seorang paderi dan pendeta Kristian Prostetan.
(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Snouck Hurgronje memiliki reputasi sebagai orientalis ulung yang memecah belahkan umat Islam di nusantara khususnya di Acheh.
Snouck Hurgronje melanjutkan pelajaran di Universiti Leiden pada tahun 1875 ketika berusia 18 tahun. Pada mulanya beliau melanjutkan pelajaran dalam jurusan teologi namun beliau menukar jurusan pengajiannya kepada jurusan Sastera Bahasa Arab. Beliau meraih gelaran doktor falsafah sastera Arab pada tahun 1880.
Kelayakan sebagai doktor falsafah melayakkan beliau menjadi seorang pensyarah bagi calon-calon pegawai Belanda yang ingin dihantar berkhidmat untuk VOC(Syarikat Hindia Timur Belanda) di Hindia Timur(kini dikenali Indonesia).
Misi Snouck Hurgronje di Mekah
Pada tahun 1884, beliau pergi ke Mekah untuk mendalami pengetahuan dalam bahasa Arab. Apabila tiba di sana beliau menyatakan dirinya adalah penganut Islam dengan nama Islamnya, Abdul Ghaffar. Terdapat sesetengah sejarahwan menyatakan bahawa Snouck Hurgronje hanya berpura-pura memeluk Islam bagi mengaburi beberapa pihak terutama pihak berkuasa Mekah.

Snouck Hurgronje ketika di Mekah sebagai individu bernama Abdul Ghaffar. Snouck mengikuti jejak orietalis Ludorico Bartena yang berjaya menyusup masuk ke Mekah pada tahun 1503.
Tujuan sebenar beliau ke Mekah adalah ingin merisik sifat fanatik umat Islam Acheh di Mekah yang mana pada pengamatannya umat Islam Acheh menjadikan Mekah sebagai pengkalan mereka untuk meraih kemerdekaan daripada penjajah Belanda. Maka tidak hairan apabila terdapat sumber-sumber sejarah mengatakan Snouck Hurgronje telah ditaja oleh kerajaan Belanda semasa berada di Mekah atas tujuan perisikan maklumat.
Di Mekah, ramai ulama bersyarah dan menaikkan api semangat jihad di kalangan masyarakat nusantara bagi menentang penjajah kafir yang menganiayai masyarakat Islam tempatan. Snouck berjaya berkenalan dengan beberapa ulama dan individu seperti Sheikh Waliyul Hijaz, Raden Abu Bakar Jayadiningrat dan Haji Hasan Musthafa. Beliau menarik simpati ramai lagi individu atas dasar persaudaraan sesama ‘muslimin’.
Berbekalkan perkongsian ilmu daripada mereka bertiga dan ramai masyarakat Islam di Mekah, Snouck berjaya memahami selok belok kehidupan masyarakat Islam Acheh termasuk kelemahan dan kekuatan mereka. Di Mekah, Snouck sempat merakam gambar masyarakat Islam. Malahan, terdapat sebuah petikan alunan al-Quran yang dirakam oleh Snouck Hurgroje yang dipercayai antara yang tertua pernah direkodkan.
Kembali ke Belanda dan berkhidmat di Acheh
Pada tahun 1885, beliau kembali mengajar di Universiti Leiden dengan pengetahuan dan pengalaman yang baru. Namun, beliau merasakan adalah tidak adil jika beliau mengajar tetapi beliau sendiri tidak pernah berada Hindia Timur khususnya Acheh.
Tidak lama selepas itu iaitu pada tahun 1889, beliau menawarkan diri untuk berkhidmat di Hindia Timur iaitu di wilayah Acheh. Beliau diberi tugas sebagai penasihat bahasa oriental dan hukum Islam. Pada 9 Julai 1891, beliau menetap di Peukan Acheh.
Pada 4 Februari 1892, beliau kembali ke Jakarta(dulu dikenali Betawi) namun beliau sering berulang-alik ke Acheh bagi memberi nasihat kepada Jeneral Belanda di Acheh, van Heutsz berkenaan selok-belok kekuatan masyarakat Islam Acheh.
Idea licik Snouck
Snouck Hurgronje dianggap sebagai perintis dasar wawasan kolonial Belanda berkenaan Islam di Indonesia. Hasil daripada idea beliau maka lahirlah Kantoor voor Inlandsche Zaken iaitu sebuah badan penasihat kepada pihak Belanda tentang masalah peribumi Acheh.
Badan ini dibawah seliaan Snouck Hurgronje. Snouck berprinsip bahawa pihak Belanda tidak perlu mengusik tradisi nenek-moyang dan agama kaum Acheh. Namun, pihak penjajah Belanda perlu berusaha untuk menjadikan Islam sebagai agama masjid. Dalam erti kata yang lain, Snouck bimbang bahawa Islam mampu menjadi wadah untuk bangsa Acheh bangkit menentang kelangsungan penjajahan Belanda di Hindia Timur.
Snouck juga melontarkan beberapa idea licik beliau iaitu beliau meminta pihak kolonis Belanda menyelia dan melaksanakan pengawasan terhadap tabung masjid-masjid di Acheh kerana dibimbangi akan digunakan untuk aktiviti jihad menentang kekuasaan Belanda.
Beliau menyarankan pihak penjajah Belanda membendung semangat Pan-Islamisme yang melanda di kebanyakan negara Islam yang terjajah dengan melaksanakan program yang ketat kepada jemaah haji Indonesia.
Snouck berusaha menyakinkan pihak penjajah Belanda bahawa ulama dan kiai tidak semuanya adalah fanatik. Snouck memberi pandangan bahawa penghulu kampung mesti dilantik daripada kalangan pro-Belanda dan jangan sesekali jawatan ini terlepas kepada mereka yang anti-Belanda kerana dibimbangi akan mengundang kesusahan di kemudian hari.
Snouck Hurgronje berwawasan politik neutral agama. Ia dapat dilihat daripada pandangan Snouck yang mahu pihak kolonis Belanda tidak terlampau terdesak untuk memurtadkan masyarakat Acheh. Sepanjang pergaulan Snouck dan penduduk setempat, Snouck melihat semakin hari semakin banyak pesantren dan sekolah agama wujud di segenap tempat di Acheh. Maka, program kristianisasi di Acheh tidak mungkin berjaya sepertimana yang mereka berjaya lakukan di beberapa tempat di Indonesia.
Jarum halus Snouck Hurgronje memiliki kesan jangka panjang yang besar yang mana kita boleh melihat kesannya pada hari ini di Indonesia mahupun Malaysia. Snouck memperkenalkan konsep Splitsingstheori. Konsep ini memberi bahana yang besar kepada umat Islam.
Snouck dengan liciknya cuba memisahkan tiga bahagian utama daripada Islam iaitu Agama, Sosial dan Politik. Ketiga-tiga bahagian ini dalam Islam tidak boleh dipisahkan kerana Islam adalah agama Politik dan agama Sosial. Dengan usaha jahat Snouck, umat Islam beransur-ansur menganggap Islam adalah terpisah daripada politik dan sosial dan hanya menganggap Islam itu agama di dalam masjid.
Selepas itu, Snouck cuba memasukkan elemen pembelajaran sekular dan kebudayaan barat ke dalam masyarakat Islam. Baginya, melalui cara ini masyarakat Islam lebih mudah meninggalkan ajaran Islam mereka di mana pada satu ketika kelak akan bangkit penentang Islam daripada masyarakat mereka sendiri.
Konsep Politik Asosiasi akhirnya memberi impak yang besar apabila Acheh akhirnya tersungkur pada tahun 1913. Rakyat Acheh miskipun terkenal sebagai orang alim ulama dan Acheh sendiri terkenal dengan jolokan negeri Serambi Mekah namun kejahilan terhadap agama bangkit tidak lama selepas itu.
Snouck Hurgroje adalah perisik paling berjaya di Indonesia
Tidak dinafikan Snouck Hurgroje adalah perisik dan orientalis paling berjaya di Indonesia. Beliau sanggup melakukan apa sahaja asalkan misi beliau di Indonesia berjaya. Snouck pernah berkahwin dua kali dengan gadis Melayu-Islam sepanjang berada di Indonesia. Kedua-dua anak gadis tersebut adalah anak kepada individu berpengaruh di kalangan masyarakat tempatan.
Perkahwinan pertama berlangsung pada 1890 dengan seorang puteri daripada Jawa Barat, Sangkana. Perkahwinan pertama melahirkan empat orang anak iaitu Salamah, ‘Umar, Aminah dan Ibrahim. Perkahwinan kedua pula dengan seorang anak seorang ulama iaitu Siti Sadijah. Perkahwinan ini melahirkan seorang anak iaitu Raden Yusuf.
Perkahwinan ini adalah untuk mengaburi mata-mata masyarakat tempatan daripada menghidu kelicikan beliau. Sepanjang misi beliau di Indonesia, beliau secara tidak langsung telah dibantu oleh beberapa pemimpin tempatan yang mana tidak menyedari mereka telah ditipu. Antaranya adalah Haji Hasan Musthafa yang pernah beliau temui dan berkawan akrab ketika di Mekah.
Snouck dilaporkan pernah berutus surat dengan mantan gurunya, Theodor Noldekhe. Noldekhe adalah seorang orientalis berbangsa Jerman terkenal. Dalam suratnya, Snouck menegaskan bahawa keIslaman dan semua tindakannya termasuk berkahwin adalah permainan helah untuk menipu warga tempatan khususnya di Acheh demi mendapatkan informasi.
Dalam tulisannya beliau menulis,
“Saya masuk Islam hanya pura-pura. Inilah satu-satulnya jalan agar saya boleh diterima masyarakat Indonesia yang fanatik“.
Akhir hayat
Snouck Hurgronje pulang ke Belanda pada tahun 1906 dan meneruskan kariernya sebagai pensyarah di Universiti Leiden dan jurusan Bahasa Arab dan Melayu. Snouck yang mahir berkomunikasi dalam bahasa Arab, Melayu, Acheh dan Jawa menjadi rujukan utama orientalis-orientalis Barat.
Snouck dilaporkan berkahwin dengan seorang wanita Kristian berbangsa Belanda, Ida Maria Oort pada 1910. Sepanjang di Belanda, beliau masih lagi aktif berkarya dengan mengkritik Islam dan politik Islam.
Pada tahun 26 Jun 1936, Snouck Hurgronje menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 79 tahun.
_________________________
Segalanya lebih menarik di
Tags: Abdul Ghaffar dan Snouck Hurgronje, Snouck Hurgronje dan Islam, Snouck Hurgronje musnahkan Islam secara halus, Snouck Hurgronje orientalis Barat di Indonesia, Snouck Hurgronje orietalis Barat
About takusahrisau
Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.ANNIVERSARY
AUTHOR

CAHAYA MATA

Nama diberi Syed Uzair Nawfal..lahir pada 25 Jun 2012 jam 2.59 pagi..Saya mahu menjadi ulama, hafiz dan cendikiawan Islam..amin..
TUTUPLAH AURAT ANDA

SELAMATKAN ROHINGYA!

HAK CIPTA ARTIKEL
Ditegaskan artikel yang ditulis di blog takusahrisau adalah karangan dan garapan daripada penulis sendiri tanpa adanya unsur ciplak atau plagiat. Penulis tidak melarang mana-mana blogger atau forumer untuk mengambil artikel di sini bagi menghiasi blog dan forum kalian. Akan tetapi alangkah lebih baik jika disertakan sumber asal artikel bagi menjamin keaslian artikel tersebut.
Walaubagaimanapun, penulis tetap berterimakasih kepada para blogger dan forumer yang sudi mengambil artikel penulis untuk tatapan pembaca dan peminat. Semoga Allah swt memberkati kita semua. InsyaAllah..
SEARCH
ARCHIVES
- June 2013 (2)
- May 2013 (3)
- April 2013 (3)
- March 2013 (11)
- February 2013 (8)
- January 2013 (3)
- December 2012 (8)
- November 2012 (11)
- October 2012 (3)
- September 2012 (14)
- August 2012 (12)
- July 2012 (12)
- June 2012 (10)
- May 2012 (25)
- April 2012 (31)
- March 2012 (24)
- February 2012 (20)
- January 2012 (13)
- December 2011 (8)
- November 2011 (20)
- October 2011 (28)
- September 2011 (17)
- August 2011 (28)
- July 2011 (20)
- June 2011 (21)
- May 2011 (43)
- April 2011 (41)
- March 2011 (36)
- February 2011 (19)
- January 2011 (16)
- October 2010 (35)
- September 2010 (36)
- August 2010 (29)
- July 2010 (33)
- June 2010 (5)
TAGS!
CATEGORIES
TOP POST
- Adakah ini balasan Allah swt kepada Imam Khomeini?Waallahualam..
- Kes Jenayah-Jenayah KEJAM di Malaysia sebelum Kes Pembunuhan Sosilawati!
- Kisah Falling Man, Jumpers, dan Waving Woman ketika Tragedi 9/11!
- Senarai Haiwan Pupus yang Popular!
- Adam as bukanlah Makhluk pertama..
- (Gambar) Nolstagia Terengganu zaman dahulu..
- (Gambar) Kartun Disney dan Mesej Tersembunyi Illuminati!
- Jenazah Ulama Syiah Rafidah, Sheikh Mirza Jawad Tabrizi Hangus..Semoga dijadikan Pengajaran!
- Samiri yang Misteri. Siapakah Samiri?
- Pompeii dan Misteri-misteri disebaliknya!
DEDIKASI!
::Al-fatihah kepada nenek Penulis, Mek Nong Binti Muda yang kembali ke Rahmatullah pada jam 2.30 pagi bersamaan 20 Safar 1432H atau 25 Januari 2011. Moga roh beliau dicucuri rahmat Ilahi::
::Al-fatihah kepada adikku tersayang, Sharifah Nurul Izzati Binti Syed Adnan al-Kaff yang selamat kembali ke Rahmatullah pada jam 4.00 petang bersamaan 5 Rejab 1432H atau 6 Januari 2011. Moga roh beliau sentiasa di lingkungan rahmatMU ya Allah.
::Blog takusahrisau! didedikasikan sepenuhnya kepada nenek dan adik kesayangan penulis::
CALENDAR
WAJIB BACA!
Assalammualaikum wbt..
Berikutan masalah bandwidth di blog takusahrisau(dot)com, segala update terbaru akan disiarkan di dalam blog ini. Kepada para pembaca, penulis berharap anda semua terus menyokong blog takusahrisau.
Tanda sokongan anda adalah melalui komen-komen membina yang diberikan pada setiap artikel yang disiarkan. Kepada pembaca yang sedia memberi komen, penulis mengucapkan ribuan terima kasih.
Manakala kepada 'silent reader', anda masih boleh menunjukkan sokongan melalui kunjungan pada setiap hari. Jika ada kelapangan, anda jangan malu-malu untuk memberi sebarang pandangan dan cadangan pada ruangan komen yang disediakan.
Akhir kata, teruskan bersama takusahrisau! untuk artikel sebuah realiti..
slm perpaduan..
Twitter!
- Apa yang dapat diperhatikan di China, hampir separuh daripada mereka tidak percaya akan agama dan mengaku sebagai... fb.me/E3kGx2yJ 1 day ago
- Mufti Arab Saudi menangis selepas ditanya seorang pendengar adakah sah puasa jikamana dia tidak bersahur dan... fb.me/MChFEcE1 1 day ago
- Makang bubur je dengan roti keping..ni semua sebab kes cirit-birit..5 orang cedera parah manakala yang lain... fb.me/SuUauBId 1 day ago
- China vs Siam..China telur..Siam empat..Friendly Match. Baik layan game team negara lain daripada layan game... fb.me/6jvIb6ODt 3 days ago
- Hargai nyawa anda, dan ingati orang tersayang..dan yang lebih penting, GUNA JEJANTAS yang disediakan. DO NOTACT... fb.me/2IrASlyk4 4 days ago
Klik Untuk Menjadi Fan
MUTAKHIR@DAILYMAIL
- I've cracked it! Designer creates fool-proof egg separator that sucks the yolk from the white without any mess June 19, 2013
- Water dating back 3 BILLION years may be interesting - but it tastes 'terrible' and 'salty', says leading scientist June 19, 2013
- American cave and rock art that lay hidden for SIX THOUSAND YEARS offers unique and remarkable insight into how Native American societies lived their lives June 18, 2013
- Is this the end of sticky labels on fruit? New laser 'tattoos' that mark the skin are approved by the EU June 18, 2013
- It's the end of the world, as we view it: The furthest extremes of the Earth visible on Google Maps June 18, 2013
- The most dangerous places to live in America: Spectacular maps show the devastating effects of mother nature June 18, 2013
- The idiot-proof wrapping paper for men that doesn't need scissors or Sellotape June 18, 2013
MUTAKHIR@BERITA HARIAN
- 120 terkorban banjir kilat melanda utara India June 19, 2013
- Mesyuarat perundingan bajet tumpu pada kewangan Islam June 19, 2013
- Budak 13 tahun didakwa sebabkan kematian adik meniru aksi gusti June 19, 2013
- GM buka kilang pengeluaran Cadillac di China June 19, 2013
- Matangkah cara kita berpolitik? June 19, 2013
MUTAKHIR@HMETRO
- Pilu panggilan 'abang' June 18, 2013
- 'Saya bukan wanita psiko' June 18, 2013
- Muzik rock cabar diri June 18, 2013
- Kennedy julang Socceroos June 18, 2013
- 5 penyamun ditahan June 18, 2013
MUTAKHIR@SOCCERNET!
- An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.







Trackbacks / Pingbacks