Mukjizat Al-Quran Yang Membezakan Zaman Nabi Yusuf as dan Nabi Musa as


Oleh: takusahrisau

 

Al-Quran mukjizat terbesar

Tidak seorang Rasul pun yang diutus oleh Allah Taala melainkan mereka akan pasti diperkuatkan dengan mukjizat-mukjizat. Selain ia adalah alamat kenabian dan kemulian khusus kepada seseorang Rasul, ia juga adalah daya penarik kepada golongan kafir supaya yakin dengan seruan tauhid.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Setiap Nabi dan Rasul diberikan mukjizat, akan tetapi semua mukjizat tersebut telah hilang seiring dengan kewafatan para nabi dan rasul. Hanya satu saja mukjizat yang masih wujud yang dapat kita lihat, sentuh, baca dan dengar. Itulah mukjizat nabi kita, junjungan besar Nabi Muhammad saw iaitu kitab Al-Quran Al-Karim.

Allah swt telah janjikan untuk memelihara dan melindunginya sehingga hari Kiamat kelak. Ini dijamin oleh Allah swt di dalam firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Hijir, ayat 9:

“Sesungguhnya telah Kami turunkan peringatan ini (Al-Qur’an) dan sesungguhnya Kami lah penjaga baginya.” 

Tuduhan para orientalis barat yang mengatakan Nabi Muhammad saw tidak mempunyai mukjizat besar sepertimana Nabi Musa as dan Nabi Isa as adalah tuduhan karut yang semata-mata berniat untuk menfitnah Islam dan Rasulullah saw.

Kisah Nabi Musa dan Nabi Yusuf as

Umum mengetahui bahawa Nabi Musa as sinonim dengan Mesir. Di dalam al-Quran banyak kisah baginda diceritakan Allah swt semasa kehidupan baginda di Mesir. Allah swt menceritakan kepada kita perit-getir baginda berdakwah, berjuang menentang golongan toghut dan menerima syariat daripada Allah swt di sana.

Sebelum kenabian Nabi Musa as di Mesir, Allah swt telah mengutuskan Nabi Yusuf as di bumi bertuah ini beratus-ratus tahun sebelum itu. Para cendikiawan Islam bersependapat bahawa Nabi Yusuf as menjadi perintis kepada penempatan besar-besaran Bani Israil di bumi Mesir. Manakala Nabi Musa as pula menjadi perintis kepada penghijrahan besar-besaran Bani Israil.

Semasa zaman Nabi Yusuf as, bani Israil muncul sebagai bangsa elit yang mentadbir hal ehwal negara Mesir. Ini diperkuatkan dengan riwayat yang menyatakan Nabi Yusuf as berkhidmat sebagai seorang menteri di Mesir. Ini jelas dalam firman Allah swt dalam surah Yusuf ayat 56,

Dan demikianlah Kami memberi kedudukan kepada Yusuf di negeri Mesir; (dia berkuasa penuh) pergi menuju kemana saja ia kehendaki di bumi Mesir itu. Kami melimpahkan rahmat Kami kepada siapa yang Kami kehendaki dan Kami tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik.

Sebaliknya di zaman Nabi Musa as, bani Israil mengalami penindasan yang sangat teruk. Mereka dipaksa bekerja sebagai buruh paksa dan tidak sedikit yang menjadi hamba-abdi. Nabi Musa as yang dibangkitkan oleh Allah swt di Mesir menjadi pendokong utama kepada bangsa Israil. Kisah Bani Israil ditindas diceritakan Allah swt di dalam Al-Quran, surah Al-A’raaf ayat 129,

Kaum Musa berkata: “Kami telah ditindas (oleh Fir’aun) sebelum kamu datang kepada kami dan sesudah kamu datang. Musa menjawab: “Mudah-mudahan Allah membinasakan musuhmu dan menjadikan kamu khalifah di bumi(Nya), maka Allah akan melihat bagaimana perbuatanmu

Samaada Nabi Musa dan Nabi Yusuf, kedua-dua Rasul ini diceritakan secara panjang lebar oleh Allah swt di dalam Al-Quran. Al-Quran sebagai mukjizat terbesar meletakkan sempadan yang besar bagi membezakan zaman Nabi Musa as dan zaman Nabi Yusuf as. Menariknya, Al-Quran meletakkan sempadan zaman Nabi Musa as dan Nabi Yusuf as hanya dengan satu perkataan dan ia hanya dibuktikan pada zaman moden kini. Allahuakbar!

Makam Nabi Yusuf as

Perbezaan gelaran

Dalam penceritaan ini, satu perkara yang dapat kita perhatikan dengan jelas adalah bagaimana Allah swt membezakan gelaran pemimpin yang ketika itu menguasai bumi Mesir. Di dalam kisah Nabi Yusuf as, Allah swt menggunakan gelaran Malik yang membawa maksud raja kepada pemimpin Mesir di zaman baginda. Manakala di dalam kisah Nabi Musa as, Allah swt menggunakan gelaran Firaun sebagai gelaran khusus kepada pemimpin Mesir era tersebut.

Dan raja berkata: “Bawalah Yusuf kepadaku, agar aku memilih dia sebagai orang yang rapat kepadaku.” Maka tatkala raja telah bercakap-cakap dengan dia, dia berkata: “Sesungguhnya kamu (mulai) hari ini menjadi seorang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai pada sisi kami.”(Surah Yusuf ayat 54)

Kemudian Kami utus Musa sesudah rasul-rasul itu dengan membawa ayat-ayat Kami kepada Firaun dan pemuka-pemuka kaumnya, lalu mereka mengingkari ayat-ayat itu. Maka perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang membuat kerosakan.(Surah Al-A’raaf ayat 103)

Mungkin bagi sesetengah individu menganggap perkara ini adalah perkara remeh. Namun, ia adalah satu keajaiban yang sangat luar biasa. Satu perkataan yang dianggap remeh sebenarnya adalah salah satu keajaiban Al-Quran yang akhirnya dibuktikan dengan penemuan-penemuan moden. Ini adalah salah-satu tanda keajaiban al-Quran yang diturunkan Allah swt kepada Nabi Muhammad saw.

Dinasti-dinasti Tamadun Mesir

1,400 tahun yang lampau ketikamana Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad saw, tiada siapa yang mengetahui bahawa tamadun Mesir terbahagi kepada beberapa dinasti dalam era yang berbeza-beza. Bahasa purba Mesir purba dan tulisan Higroglif telah lama pupus. Oleh yang demikian, sejarah lampau tamadun Mesir purba turut sama pupus. Menginjak pada zaman Rasulullah saw, pengetahuan tersebut tidak pernah diketahui tambahan pula tanah Arab mengalami zaman kemerosotan budaya dan ilmu pengetahuan.

Penemuan batu Rosetta

Pada tahun 1799, seorang tentera Perancis, Pierre-Francois Bouchard secara tidak sengaja menemui sebuah batu bersurat yang kemudiannya dikenali Batu Bersurat Rosetta. Batu Bersurat Rosetta adalah inskripsi tiga jenis bahasa yang ditulis serentak pada zaman King Ptolemy V(sekitar 196SM). Pierre-Francois Bouchard menemuinya di Bandar Rashid di Delta Sungai Nil. Pada awalnya batu bersurat tersebut digunakan untuk membina Fort Julien di Delta Sungai Nil.

Sekitar abad ke-19, seorang warga Perancis yang bernama Jean-François Champollion berjaya memahami bahasa Mesir purba. Daripada detik tersebut, semakin banyak tulisan-tulisan higroglif yang selama ini tidak difahami akhirnya berjaya ditafsirkan. Budaya dan sejarah tamadun Mesir purba difahami dengan sedalam-dalamnya. Nama-nama Firaun, isteri, anak-anak serta menteri-menteri berjaya diterjemahkan ke dalam bahasa Greek dan bahasa moden. Kajian dan penyelidikan yang berlaku dengan rancak akhirnya melahirkan sebuah disiplin kajian khusus yang dikenali Egyptology.

Batu Rosetta

Egyptologist

Kajian yang berterusan akhirnya berjaya merungkai sejarah awal Tamadun Mesir Purba. Kajian demi kajian akhirnya membuat para cendikiawan berpendapat bahawa Mesir terdiri daripada puluhan Dinasti yang mana ia terbahagi pula kepada beberapa Kerajaan. Secara ringkasnya, tamadun Mesir purba terbahagi kepada beberapa zaman iaitu:

  • Predynastic; muncul 4500SM sehingga berakhir pada 3150SM
  • Thinite Period; muncul 3150SM sehingga berakhir pada 2700SM
  • Old Kingdom; muncul 2700SM sehingga berakhir pada 2200SM
  • First Intermediate; muncul 2200SM sehingga berakhir pada 2040SM
  • Middle Kingdom; muncul 2040SM sehingga berakhir pada 1674SM
  • Second Intermediate; muncul 1674SM sehingga berakhir pada 1553SM
  • New Kingdom; muncul 1553SM sehingga berakhir pada 1069SM
  • Third Intermediate; muncul 1069SM sehingga berakhir pada 747SM
  • Late Period; muncul 747SM sehingga berakhir pada 525SM
  • First Persian Period; muncul 525SM sehingga berakhir pada 404SM
  • Dynasties 28-30; muncul 404SM sehingga berakhir pada 343SM
  • Second Persian Period; muncul 343SM sehingga berakhir pada 332SM
  • Greco-Roman; muncul 332SM sehingga berakhir pada 395SM

Kajian daripada Barat ini selari dengan apa yang telah termaktub di dalam Al-Quran.

Taurat 100% menggunakan gelaran ‘Firaun’ dalam kisah Nabi Ibrahim, Yusuf serta Musa as.

Pada 1,400 tahun yang lampau, satu-satunya sumber yang paling ‘dekat’ dengan Rasulullah saw adalah kitab Taurat milik bangsa Yahudi. Walaubagaimanapun, kitab Taurat yang menceritakan kisah Yusuf dan Musa dengan menggunakan gelaran Firaun kepada pemimpin Mesir. Begitu juga dengan kisah Nabi Ibrahim as yang berhadapan dengan pemimpin Mesir. Pemimpin Mesir tersebut turut sama digelar Firaun.

Firaun zaman Ibrahim as

So Pharaoh summoned Abram. “What have you done to me?” he said. “Why didn’t you tell me she was your wife?” [12:18]

Firaun zaman Yusuf as

Then Joseph said to Pharaoh, “The dreams of Pharaoh are one and the same. God has revealed to Pharaoh what he is about to do.” [41:25]

Firaun zaman Musa as

Then the Lord said to Moses, “See, I have made you like God to Pharaoh, and your brother Aaron will be your prophet.” [7:1]

Ia nyata berbeza dengan apa yang terkandung di dalam Al-Quran. Allah swt menggambarkan pemimpin zalim yang menentang seruan Nabi Musa as digelar Firaun manakala pemimpin yang mengangkat Nabi Yusuf as digelar Raja.

Di sini kita sebagai umat Islam, kita boleh menyedari bahawa Al-Quran bukanlah kitab yang diciplak daripada Kitab Taurat mahupun Injil sepertimana yang dituduh oleh para orientalis Barat. Ternyata, tuduhan jahat para orientalis Barat tersebut adalah tidak berasas.

Era Nabi Yusuf as

Seperti yang diberitahu sebelum ini, tamadun Mesir purba terbahagi kepada puluhan dinasti dengan Kerajaan yang berbeza-beza. Pakar arkeologi Barat dan Islam bersependapat bahawa Nabi Yusuf as diutuskan oleh Allah swt di bumi Mesir semasa Dinasti 11 dan 12 semasa era Middle Kingdom pada 1800 SM.

Beberapa bukti menunjukkan bahawa ia adalah bertepatan dengan apa yang diberitakan oleh Allah swt dalam Al-Quran.

Semasa Era Middle Kingdom, bangsa Hyksos berjaya menawan Mesir dan menjadi pemerintah utama di Delta Sungai Nil. Bangsa Hyksos adalah bangsa Asia-Semitik yang berasal daripada benua Asia. Semasa era tersebut, ramai bangsa luar Mesir berbondong-bondong datang ke Mesir dan bangsa Hyksos mempelawa serta tidak pula menentangnya.

Ini diperakui oleh dalam Nelson’s Illustrated Bible Dictionary bahawa Nabi Yusuf as berjaya mendapat tempat istimewa di istana.

… Kestabilan Mesir merudum dan kemerosotan era Second Intermediete Period (1750-1570 B.C.) baru bermula.

Semasa era kemerosotan, banyak bangsa bukan Mesir masuk ke sini(Mesir). Bangsa pemerintah yang dikenali Hyksos mentadbir wilayah-wilayah jajahan Mesir. Joseph bangkit dengan posisi penting di Rumah Potiphar(Genesis 39) dan tugasnya untuk mengumpul hasil tuaian semasa  Years of Plenty(Genesis 41) adalah bertepatan(dengan sejarah Mesir Purba). Ini kerana lain-lain bangsa asing turut sama mempunyai posisi penting dalam kerajaan Hyksos.

Turut sama menyokong teori ini adalah The Lion Handbook To The Bible,

The pharaohs of… Joseph’s time probably belonged to the 13th/15th dynasties… (Middle Kingdom and after), when many foreigners found employment in Egypt at various levels, from slaves to high stewards (like Joseph under Potiphar, Genesis 39:1-4)

Gelaran Firaun atau Raja

Menurut penyelidikan linguistik, perkataan Firaun berasal daripada perkataan Mesir purba, per-aa yang membawa maksud ‘Istana Besar’. Pada awalnya, ia merujuk kepada istana raja berbanding dengan gelaran khusus kepada pemerintah. Bangsa Mesir purba tidak memanggil raja mereka dengan gelaran Firaun sehingga muncul Dinasti ke-18(1552-1295SM) di era New Kingdom.

Pemerintah Mesir pertama yang menggunakan gelaran Firaun sebagai gelaran khusus kepada pemerintah adalah Amenhophis V(memerintah daripada tahun 1352 sehingga 1338SM). Gelaran Firaun ini kemudiannya menjadi ikutan sehingga kerajaan Mesir tumbang kepada bangsa Persia dan Yunani.

Ini diperakui sendiri oleh pengkajian secara terperinci para penyelidik Barat. Nelson’s Illustrated Bible Dictionary menulis sebagaimana berikut,

The title of the kings of Egypt until 323BC. In the Egyptian language the word Pharaoh means “great house.” This word was originally used to describe the palace of the king. Around 1500 BC this term was applied to the king.

Barat memang licik. Ketikamana Ptolemy I Soter berkuasa sekitar 305SM, Ptolemy I Soter tidak digelar Firaun tetapi digelar dengan gelaran Raja. Ini terkandung di dalam Batu Bersurat Rosetta yang mana ia menggelarkan dirinya sendiri dengan gelaran Raja dan bukannya Firaun.

Akan tetapi apabila Dinasti Hyksos berkuasa, pemimpin daripada dinasti tersebut digelar dengan gelaran Firaun sedangkan Firaun sebenar-benarnya adalah gelaran yang digunapakai oleh bangsa tempatan Mesir dan bukannya bangsa Hyksos yang berdarah Asia-Semitik.

Ptolemy I Soter adalah pemerintah Mesir yang menyemai budaya Hellenistik Barat di Mesir

Penutup

Sememangnya Al-Quran adalah mukjizat paling besar Rasulullah saw. Banyak ilmu-ilmu yang sulit untuk difahami pada zaman kenabian Rasulullah saw akhirnya dapat difahami dengan mendalam pada zaman kini. Allah swt tidak menurunkan Al-Quran semata-mata untuk memberi peringatan kepada manusia tetapi juga menurunkan ilmu-ilmu yang bukan sedikit jumlahnya.

Allah Taala berfirman : “Andai kata Al-Quran datangnya bukan dari sisi Allah pasti mereka akan mendapatkan pertentangan yang banyak sekali dalam isinya.” (Q.S. An-Nisa:82)

Sebenarnya tidak pernah ada sebuah kitab pun yang dapat menandingi kitab suci Alquran, baik mengenai ketinggian isinya, kejelasan keterangannya dan amat dalam mengesan di dalam jiwa.

“Dan andaikata semua pohon yang ada di bumi ini dijadikan pena dan lautan dijadikan tinta dan ditambah lagi dengan tujuh lautan sesudah itu, maka tidak akan habis kalimat Tuhan (yang hendak dituliskan itu).” (Q.S. Luqman:27)

____________________________

Segalanya lebih menarik di

About these ads

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

One response to “Mukjizat Al-Quran Yang Membezakan Zaman Nabi Yusuf as dan Nabi Musa as”

  1. my qalam says :

    Generally I don’t learn article on blogs, but I would like to say that this write-up very compelled me to check out and do so! Your writing taste has been amazed me. Thanks, very great article.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 856 other followers

%d bloggers like this: