Kisah Dua Belia Yang Membunuh Abu Jahal Semasa Perang Badar..


Oleh: takusahrisau

Ketika di medan Perang Badar, Abdurrahman bin Auf didatangi dua orang remaja dari kaum Anshar, iaitu Muaz bin Amr Al-Jamuh dan Muawwiz bin Afra. Masing-masing berumur 14 tahun dan 13 tahun. Kedua duanya datang memikul sebilah pedang. Kedua-dua remaja tersebut datang menemui sahabat besar Rasulullah ini semata-mata untuk memberitahu niat mereka untuk membunuh Abu Jahal.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Dalam keadaan hiruk-pikuk pertempuran, Abdurrahman bin Auf berteriak, “Wahai anak, kamu masih terlalu muda untuk terlibat di peperangan ini, sebaiknya engkau menjauhkan diri dari tempat ini”.

Namun, kedua-dua belia tersebut tidak berganjak malah membalas kata-kata Abdurrahman bin Auf,

“Kami mendapat izin daripada ibu dan ayah kami bagi menyertai pasukan Muhammad,” teriak Muaz.

“Saya datang ke sini hanya untuk membunuh Abu Jahal. Tunjukkan dimana dia?” Kata Muawwiz dengan penuh semangat.

Pada mulanya Abdurrahman bin Auf tidak menghiraukan kata-kata dua remaja tersebut, tetapi Muaz dan Muawwiz terus mendesaknya supaya menunjukkan di mana Abu Jahal dan bagaimana wajahnya. Melihat kesungguhan mereka, Abdurrahman bin Auf terpaksa akur.

“Saya akan tunjukkan kepada kamu di mana Abu Jahal, tetapi boleh tahu apa yang akan kamu lakukan apabila berjumpa dengannya? tanya Abdurrahman bin Auf.

“Ibu saya berpesan jangan pulang ke rumah selagi kepala Abu Jahal tidak diceraikan dari badannya,” jawab Muaz bersungguh sungguh.

“Abu Jahal menghina serta menyakiti Rasulullah, saya ingin membunuhnya,” sambung Muawwiz pula.

Abdurrahman bin Auf tersenyum mendengar kata-kata dari dua orang remaja yang berani itu. Dia berjanji akan menunjukkan Abu Jahal apabila berjumpa.

Abdurrahman bin Auf diserang

Tiba tiba seorang tentara Quraisy menyerang Abdurrahman bin Auf dari belakang. Muaz dan Muawwiz yang melihat kejadian itu segera bertindak melindunginya. Muaz dengan cepat menebas kaki tentara Quraisy tersebut sehingga menyebabkan dia tersungkur. Muawwaiz pula bertindak menikamnya hingga mati. Melihat insident tersebut, timbul rasa kagum di hati Abdurrahman bin Auf terhadap dua remaja tersebut.

“Tunjukkan kepada kami di mana Abu Jahal,” kata Muaz seolah-olah tidak sabar lagi hendak bertemu dengan ketua pasukan Quraisy itu.

Abu Jahal berjaya ditemui

Tiba tiba Abdurrahman bin Auf melihat Abu Jahal sedang berada di bawah sepohon kayu yang agak rendang. Musuh Allah dan Rasul itu menunggang kuda sambil berteriak memberi kata kata semangat kepada pasukannya agar terus berjuang.

“Itulah lelaki yang kamu cari. Tetapi kamu haruslah berhati-hati kerana dia juga seorang pahlawan Quraisy”, kata Abdurrahman bin Auf.

“Terima kasih pakcik. Saya akan dapatkan dia sekarang,” ujar Muaz sambil berlari ke arah Abu Jahal.

“Saya akan membantunya membunuh lelaki yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya itu,” kata Muawwiz juga.

“Berhati-hati kerana dia dilindungi oleh pasukan Quraisy,” pesan Abdurrahman bin Auf. Dia sendiri tidak dapat membantu kerana sedang berhadapan dengan pulushan tentara Quraisy yang menyerangnya.

Dua Belia Yang Berani

Muaz dan Muawwiz terus berlari ke arah Abu Jahal yang masih berada di atas kudanya, mereka berlari tanpa menghiraukan keselamatan mereka. Ketika itu, Abu Jahal tidak menyedari akan kedatangan dua remaja tersebut. Muaz tiba terlebih dahulu namun dia tidak dapat menebas kaki Abu Jahal. Maka, Muaz bertindak menebas kaki kanan kuda yang dinaiki Abu Jahal sehingga menyebabkan kuda tunggangan Abu Jahal jatuh tersungkur.

Abu Jahal turut sama tersungkur ke tanah. Dalam keadaan penuh amarah, Abu Jahal mencuba untuk bingkas bangun tetapi sepantas kilat Muaz menebas kaki kanan Abu Jahal sehingga putus. Muawwiz menyusul lalu memukul kepala Abu Jahal sehingga lemah longlai.

Muawwiz Syahid

Ikramah iaitu anak Abu Jahal(ketika itu masih belum Islam) kebetulan berada di situ segera menolong dan melindungi bapanya. Ikramah bertindak menyerang balik Muaz dan menebas tangan kiri remaja itu hingga hampir putus, Muaz terjerembab ke tanah. Muaz berusaha lari namun dibiarkan oleh Ikrimah kerana dia melihat Muawwiz menghampiri bapanya untuk membunuhnya.

Maka terjadi pertarungan di antara seorang dewasa dengan seorang remaja belasan tahun. Apalah yang mampu dilakukan oleh Muawwiz selain daripada terus diasak secara agresif oleh Ikrimah tanpa mempunyai peluang untuk menyerang balas. Muawwiz akhirnya syahid di tangan Ikrimah.

Muaz Menemui Rasulullah saw

Muaz yang berhasil meloloskan diri terus berlari menemui Rasulullah saw. Tetapi, Muaz terasa terganggu dengan tangan kiri beliau yang terkulai ditebas Ikrimah sebentar tadi. Muaz tanpa berfikir panjang terus memutuskan tangan kirinya yang terkulai. Muaz lalu berkata

“Wahai tangan, kamu mengganggu perjalananku untuk menemui Rasulullah”.

Selepas itu, Muaz terus berlari mencari Rasulullah dalam keadaan kesakitan yang amat sangat. Akhirnya beliau berjaya menemui Rasulullah yang pada ketika itu sedang segit bertempur. Tanpa menghiraukan kesakitannya Muaz terus berlari hingga berjaya memeluk Rasulullah saw.

“Wahai Rasulullah, saya dan Muawwiz berhasil membuatkan Abu Jahal cedera parah, tetapi dia masih hidup kerana kami telah dihalang oleh anaknya bernama Ikrimah dan beberapa tentera pasukan Quraisy.” Beritahu Muaz lalu menunjukkan posisi mana Abu Jahal sedang berada.

Abdullah Ibnu Mas’ud membunuh Abu Jahal

Nabi Muhammad memanggil Abdullah Ibnu Mas’ud ra yang berada di situ kerana gilirannya mengawal Rasulullah saw. Beliau lalu menyuruh Ibnu Masud mencari Abu Jahal untuk mengakhiri riwayatnya.

“Wahai Ibnu Masud, anak ini memberitahu dia telah membuat Abu Jahal terluka, pergilah dan lihatlah dia disana,” sabda Rasulullah.

Abdullah ibnu Mas’ud segera mencari Abu Jahal. Didapatinya pimpinan Quraisy itu mengalami luka yang cukup parah namun masih bernyawa. Tanpa rasa belas kasihan Abdullah bin Mas’ud menekan leher Abu Jahal sambil berkata,” Wahai musuh Allah dan musuh Rasul-Nya, pada hari ini Allah swt menghinamu.”

“Dengan apa Allah menghina aku? Apakah kerana aku mati ditangan engkau? Tanya Abu Jahal yang masih menunjukkan kesombongannya.

Abdullah ibnu Mas’ud mengangkat pedang hendak memenggal kepala Abu Jahal, tetapi Abu Jahal berujar,”Sebelum engkau membunuh aku, beritahu dahulu pihak mana yang memenangi pertempuran ini, milik siapakah kemenangan hari ini?”

“Pasukan Quraisy kalah, kemenangan itu milik Allah dan Rasul-Nya,” Jawab Abdullah bin Mas’ud.

“Anda dusta wahai pengembala kambing!” kata Abu Jahal yang menunjukkan sikap angkuhnya walaupun situasi sedang genting.

Tanpa ada melengahkan waktu, pedang Abdullah ibnu Mas’ud terus menebas kepala Abu Jahal.

Berita Abu Jahal terbunuh tersebar

Berita terbunuhnya Abu Jahal dengan cepat disampaikan kepada pasukan Islam. Mendengar berita tersebut, semangat juang mereka semakin membara. Manakala, bagi pihak Musyrikin, berita tersebut menghancur-luluhkan semangat mereka.

Rasulullah saw mendengar berita kematian Abu Jahal daripada Abdullah bin Mas’ud ra, baginda bersabda,

”Wallahi, Laa ilaha illaLLah , Laa ilaha illaLLah, Laa ilaha illaLLah, Allahu Akbar, AlhamduliLLah, Dia yang memenuhi janjiNya dengan menolong hambaNya dan mengalahkan musuhNya.”

Begitulah kematian musuh Allah dan Rasul. Abu Jahal mati dalam keadaan yang cukup hina walaupun pada ketika itu beliau termasuk manusia yang dihormati kaumnya. Beluau mempunyai kekayaan yang melimpah ruah tetapi Allah swt tetap mengotakan janjinya untuk menghinakan dirinya.

Segalanya bermula dengan serangan dua orang remaja dibawah umur. Segala kekuatannya hilang atas izin Allah swt.

Ia adalah bukti nyata bahawa dengan kekuatan iman dan jihad, siapa sahaja mampu untuk mengalahkan kekuatan musuh miskipun musuh adalah individu paling hebat dan kejam pada zamannya. Kisah dua pemuda ini wajar dijadikan tauladan kepada generasi muda pada masa kini.

Ya Allah kuatkanlah Islam dengan generasi yang Engkau redhai, dan munculkanlah kekuatan Islam dari munculnya pemuda-pemuda muslim seperti Muaz bin Amr Al-jamuh, dan Muawwiz bin Afra.

_________________________

Rujukan

  • Sirah Nabawiyah Ibnu Hisham Jilid 1

_________________________

Segalanya lebih menarik di

About these ads

Tags: , , , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 858 other followers

%d bloggers like this: