Jenis Perkahwinan-Perkahwinan Zaman Arab Jahiliyyah..


Oleh: takusahrisau

Moral masyarakat Jahiliyyah sebelum kedatangan Rasulullah saw berada di tahap paling rendah dan hina. Daripada soal undang-undang, ibadah sehingga kepada soal perkahwinan, masyarakat jahiliyyah melakukannya dengan cara paling hina. Mereka ternyata telah menyimpang jauh daripada amalan Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as.

Pergaulan masyarakat setempat dengan masyarakat Arab sekitarnya menyebabkan mereka semakin lama semakin lupa akan pesan dan ajaran Nabi Ibrahim as. Permulaan berhala disembah di Mekah bermula daripada luar Mekah di mana seorang lelaki yang bernama Amru bin Luhai. Amru bin Luhai membawa masuk berhala tersebut ke Mekah daripada sebuah tempat di sekitar Syam(Syria) untuk disembah oleh masyarakaat Arab.

Sehingga tempoh kerasulan Nabi Muhammad saw di Mekah, masyarakat Arab di Mekah telah meletakkan sebanyak 360 buah patung di sekeliling Kaabah. Di Kaabah, mereka tawaf dengan cara paling buruk iaitu dengan bertelanjang, menyanyi dan bertepuk tangan.

Mekah dan Kaabah yang satu ketika dahulunya pernah menjadi titik pusat kemajuan agama Hanif kini telah bergelumang dengan dosa-dosa kaum Musyrikin yang jahil.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Perkahwinan cara Jahiliyyah

Tiada yang paling hina apabila menyebut soal perkahwinan melainkan cara perkahwinan masyarakat Arab Jahiliyyah sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw. Aisyah pernah menerangkan keadaan masyarakat jahiliah dan disahihkan oleh Imam Bukhari ra.

Jenis yang pertama

Pernikahan pada zaman jahiliyyah ada empat jenis. Satu daripadanya adalah seperti yang kita amalkan sekarang iaitu seorang lelaki meminang seseorang wanita menerusi bapa atau penjaganya untuk dikahwininya. Si lelaki akan membayar mas kahwin lalu mengahwininya.

Jenis yang kedua

Cara kedua adalah apabila seseorang suami yang memberitahu isterinya yang suci daripada haid supaya bersetuju bersetubuh dengan lelaki yang dipilih suaminya. Selepas peristiwa ini, si suami tidak akan menyetubuhi isterinya sehingga si isteri tersebut sah telah menghamilkan benih lelaki yang pernah mendatangi isterinya. Si suami menggunakan cara ini bagi mendapatkan anak daripada keturunan yang mulia.

Jenis yang ketiga

Cara ketiga dikenali sebagai poliandri. Cara ini melibatkan sekumpulan lelaki yang tidak lebih daripada sepuluh orang akan bergilir-gilir menyetubuhi seorang wanita. Setelah wanita tersebut mengandung dan melahirkan anak, beliau akan memanggil kesemua lelaki yang pernah datang menyetubuhinya dahulu. Tidak seorang pun boleh menolak. Apabila mereka sudah berkumpul, wanita tersebut akan berkata, “Kalian semua tahu bahawa akibat perbuatan kalian, saya telah pun melahirkan anak.”

Kemudian perempuan tersebut akan menunjukkan kepada salah seorang daripada mereka dan berkata, “Ini adalah anakmu.” Oleh itu, anak yang baru lahir tadi akan di’bin’ atau di’binti’kan dengan nama lelaki tersebut. Lelaki tersebut tidak boleh menolak.

Jenis yang keempat

Cara keempat dan terakhir adalah sekumpulan lelaki yang tidak terkira jumlahnya akan mendatangi seorang wanita dan wanita tersebut merelakan dirinya disetubuhi dengan cara demikian. Selayaknya, wanita ini adalah pelacur zaman Jahiliyyah. Wanita ini yang mempunyai nilai moral yang rendah akan  menggantungkan sehelai kain di muka pintu rumah sebagai tanda ‘mengajak’.

Sesiapa sahaja lelaki boleh mendatangi wanita tersebut. Apabila wanita tersebut hamil dan melahirkan anak, ramailah datang melawatnya. Mereka akan memanggil seorang ‘pakar’ untuk mengenali persamaan antara anak itu dengan lelaki yang telah menyetubuhinya. Sesiapa sahaja yang dipilih menjadi bapa kepada anak malang tersebut tidak boleh menolak keputusan tersebut dan anak tadi dianggap sebagai anaknya.

Islam menyelamatkan maruah bangsa

Sesungguhnya, dengan kedatangan Nabi Muhammad saw yang menegak syiar Islam, ketiga-tiga perkahwinan yang tidak berlandaskan syariat Islam telah terhapus. Rasulullah saw telah meningkatkan moral dan maruah kaum Arab dengan kedatangan Islam dan kalamullah, Al-Quranul karim.

__________________________

Segalanya lebih menarik di

About these ads

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 848 other followers

%d bloggers like this: