(Gambar) Bangkai Titanic dirakam di Lautan Atlantik..


Oleh: takusahrisau

Dengan menggunakan kecanggihan teknologi sonar, bangkai Titanic yang bersemadi di Lautan Atlantik Utara dapat dipetakan dengan jelas oleh kumpulan penyelidik yang dianggotai Kirk Wolfinger, Rushmore DeNooyer dan Tony Bacon. Mereka menggunakan dua robot yang dilengkapi dengan kamera sonar untuk mengimbas di bawah Lautan Atlantik. Robot tersebut bergerak ke depan dan ke belakang dengan kelajuan 3mph dalam corak grid.

Kemudian, 130,000 foto berdefinisi tinggi dipadankan bagi menghasilkan satu pemandangan bangkai Titanic yang cukup luar biasa. Dianggarkan bahawa keluasan bangkai Titanic tersebut adalah antara 3 hingga 5 batu persegi luas. Kumpulan penyelidik daripada Amerika Syarikat tersebut berharap pemetaan yang cukup bersejarah ini mampu menyelesaikan teka-teki bagaimana Titanic ‘terbelah dua’ setelah berlaku perlanggaran dengan bongkah ais.

Insiden perlanggaran Titanic dan bongkah ais terjadi pada awal pagi 15 April 1912 semasa perjalanan merentasi Lautan Atlantik Utara daripada perlabuhan Southampton ke New York City. Perlanggaran tersebut merekodkan antara angka kematian paling ramai dalam sejarah apabila memakan korban lebih 1,500 nyawa penumpang.

Sumber: Klik SINI
About these ads

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 855 other followers

%d bloggers like this: