(Gambar) Pemimpin Nazi Jerman yang dirakam wajahnya selepas meninggal dunia..


Oleh: takusahrisau

Hans Michael Frank (23 Mei 1900 – 16 Oktober 1946): Seorang peguam yang berkhidmat dengan Parti Nazi pada tahun 1920 sehingga 1930. Kemudian, selepas Adolf Hitler memenangi pilihanraya pada 1933, Hans Frank menjadi Ketua Juri Nazi Jerman dan kemudian dilantik menjadi Gabenor Kerajaan di Poland daripada tahun 1939 sehingga 1945. Beliau maut dihukum gantung selepas didapati bersalah sebagai penjenayah perang semasa Tribunal Jenayah Perang Nuremberg.

Wilhelm Frick (12 Mac 1877 – 16 Oktober 1946) adalah pemimpin terkemuka Jerman Nazi yang berkhidmat sebagai Menteri Dalam Negeri. Frick adalah seorang yang terpelajar dan mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang undang-undang daripada University of Heidelberg pada 1901. Beliau maut di tali gantung pada usia 69 tahun.

Dr. Paul Joseph Goebbels (29 Oktober 1897 – 1 Mei 1945) adalah orang kanan Adolf Hitler dan menjawat jawatan Menteri Propaganda Jerman Nazi. Beliau dipercayai sebagai watak utama yang mencetuskan idea ‘Final Solution’ yang kemudian berakhir dengan tragedi Holocoust. Goebbels akhirnya maut selepas membunuh diri dengan menggunakan pistol miliknya. Isterinya juga maut dengan cara yang sama. Namun terdapat sumber yang bercanggah menyatakan isterinya maut selepas meminum racun. Anak-anak Goebbels turut sama menemui ajal selepas disuruh meminum racun. Mayat Goebbels kemudian dibakar namun akibat kekurangan petrol, hanya sebahagian sahaja mayatnya rentung. Ia kemudian dapat dicam dengan mudah oleh tentera Soviet yang menawan Berlin tidak lama selepas itu.

Hermann Wilhelm Göring (12 Januari 1893 – 15 Oktober 1946) adalah ahli politik dan pemimpin angkatan tentera Nazi Jerman. Beliau adalah veteran Perang Dunia Pertama dan pernah berkhidmat sebagai juruterbang pesawat pejuang. Göring maut selepas menelan racun Cyanide malam sebelum beliau dihukum gantung. Mayat beliau kemudian dibakar dan dibuang ke Sungai Isar.

Heinrich Luitpold Himmler(7 Oktober 1900 – 23 Mei 1945) adalah orang utama Adolf Hitler yang berkhidmat sebagai Reichfuhrer serta mengetuai polis rahsia Nazi, Gestapo. Himmler adalah salah seorang yang bertanggungjawab dengan tragedi Holocoust dan idea Final Solution yang menyebabkan ramai orang Yahudi menjadi korban. Himmler maut setelah bertindak meminum racun Cyanide pada malam sebelum beliau di soal siasat.

Alfred Josef Ferdinand Jodl (10 Mei 1890 – 16 Oktober 1946) adalah komander tentera Jerman Nazi dan memegang jawatan Chief of the Operations Staff of the Armed Forces High Command. Jodl maut selepas dihukum gantung selepas Tribunal Jenayah Perang Nuremberg. Jodl sebelum itu meminta beliau dihukum tembak namun ditolak bulat-bulat.

Ernst Kaltenbrunner (4 Oktober 1903 – 16 Oktober 1946) adalah pegawai senior Parti Nazi Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Beliau juga memegang jawatan tertinggi dalam jabatan ketenteraan Nazi Jerman. Beliau maut selepas didapati bersalah dalam Tribunal Jenayah Perang Nuremberg. Beliau dihukum gantung sampai mati.

Wilhelm Bodewin Gustav Keitel (22 September 1882 – 16 Oktober 1946) adalah pegawai senior yang berkhidmat untuk Parti Nazi Jerman pada Perang Dunia Kedua. Beliau menjawat jawatan sebagai Field Marshal iaitu jawatan tertinggi bagi unit tentera darat Jerman. Beliau maut dihukum gantung selepas didapati bersalah sebagai penjenayah perang semasa Tribunal Jenayah Perang Nuremberg.

Joachim von Ribbentrop (30 April 1893 – 16 Oktober 1946) adalah Menteri Luar Jerman Nazi daripada tahun 1938 sehingga 1945. Individu yang memiliki IQ setinggi 129 ini akhirnya maut di tali gantung selepas didapati bersalah semasa Tribunal Jenayah Perang Nuremberg.

Alfred Ernst Rosenberg (12 Januari 1893 – 16 Oktober 1946) adalah salah seorang ahli akademik yang berkhidmat untuk Parti Nazi. Idea-idea radikal Rosenberg diguna-pakai oleh Adolf Hitler untuk merealisasikan impiannya membentuk Jerman sebagai Third Reich. Beliau maut selepas dihukum gantung di Tribunal Jenayah Perang Nuremberg.

Fritz Sauckel (27 Oktober 1894 – 16 Oktober 1946) adalah ahli politik Nazi Jerman yang berkhidmat sebagai Duta Besar Penempatan Buruh daripada tahun 1942 sehingga 1945. Beliau disabitkan bersalah kerana terlibat dalam rancangan untuk penghambaan terhadap rakyat di negara yang dijajah Jerman. Pada 16 Oktober 1946, Sauckel dihukum gantung sampai mati di Tribunal Jenayah Perang Nuremberg.

Arthur Seyss-Inquart (22 Julai 1892 – 16 Oktober 1946) adalah Canselor Austria. Beliau juga adalah seorang peguam dan kemudian berkhidmat sebagai ahli politik Nazi semasa Perang Dunia Kedua di Poland dan Belanda. Beliau maut selepas dihukum gantung semasa Tribunal Jenayah Perang Nuremberg.

About these ads

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

2 responses to “(Gambar) Pemimpin Nazi Jerman yang dirakam wajahnya selepas meninggal dunia..”

  1. vivie says :

    semoga kamu semua selamat ke dalam neraka, diseksa hendaknyer..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 848 other followers

%d bloggers like this: