(Gambar) Cara-cara penyeksaan Rejim Khmer Rouge..


Oleh: takusahrisau

Ketika rejim Khmer Rouge(Khmer Merah) yang diterajui oleh Pol Pot(Saloth Sar) memerintah Kemboja sekitar tahun 1975 sehingga 1979, dianggarkan lebih daripada 1.7 juta rakyat Kemboja terkorban akibat kekejaman rejim tersebut. Jika dihitung, ia bersamaan dengan suku juta daripada keseluruhan populasi Kemboja pada masa itu.

Ia terbukti selepas analisis yang terperinci dilakukan oleh University of Yale daripada Amerika Syarikat. Di kalangan mereka yang terkorban terdiri daripada masyarakat Islam Kemboja yang dikenali Melayu Champa, Etnik Vietnam, Etnik Thai, sami-sami Buddha, mubaliqh-mubaliqh Kristian dan sebilangan etnik China.

Disebabkan kekejaman tersebut, ramai mengaitkan Pol Pot iaitu pemimpin Khmer Rouge dengan gelaran ‘Hitler of Kampuchea’. Ironinya, Pol Pot yang mempunyai darah China ini adalah seorang yang terpelajar dan pernah melanjutkan pelajaran di Paris dalam bidang Radio Elektronik. Miskipun begitu, Pol Pot gagal menggenggam segulung Ijazah kerana begitu aktif dalam berpolitik sepanjang berada di Eropah.

Idealogi Pol Pot dan Khmer Rouge yang ekstrem sangat memberhaya dan mampu memusnahkan negara. Beliau begitu menggagumi idealogi sosialis yang dipandangnya sebagai mendokong golongan kelas pertengahan dan bawahan. Ideanya yang ingin membasmi etnik lain di Kemboja akhirnya menyebabkan Pol Pot disenarai sebagai salah seorang insan paling kejam pernah hidup di muka bumi. Dan ia menghantuinya sehingga menghembuskan nafas terakhir pada 15 April 1998.

Di bawah adalah beberapa cara rejim Khmer Rouge menyeksa para tahanan. Dan kebanyakan mereka maut disebabkan oleh penyeksaan tersebut.

About these ads

Tags: , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 860 other followers

%d bloggers like this: