Dosa Bani Israil..membunuh dan menyeksa para Rasul..


Oleh: takusahrisau

 

Apabila bani Israil diselamatkan Allah swt oleh penghambaan Firaun pada zaman Nabi Musa as dan Allah swt mengazab Firaun serta tentera-tenteranya dengan menenggelamkan mereka ke dalam Laut Merah, Bani Israil kemudiannya merayau-rayau di Lembah Sinai buat beberapa lama tanpa arah tujuan. Ia adalah hukuman Allah swt terhadap kedegilan Bani Israil yang enggan meneruskan perjalanan ke tanah Kanaan dek takut untuk berhadapan dengan kaum-kaum yang gagah di sana. Menurut riwayat, Bani Israil tetap merayau-rayau di gurun dan lembah Sinai sehingga kesemuanya generasi yang keluar daripada Mesir bersama-sama Nabi Musa as meninggal dunia.

Walaubagaimanapun, Allah swt tetap memberi rezeki kepada mereka. Gurun dan lembah Sinai itu menjadi bukti turunnya rezeki Allah swt daripada syurga yang dikenali Manna dan Salwa. Manna adalah makanan manis seumpama madu dan ia berwarna putih, manakala Salwa adalah sejenis burung putih yang seakan-akan burung puyuh. Menurut lbnu Mundzir dan Ibnu Abi Hatim bersumberkan Ibnu Abbas, beliau berkata bahwa Manna adalah suatu makanan manis, berwarna putih yang mereka akan dapati tiap-tiap pagi telah melekat pada batu-batu dan daun-daun kayu. Rasanya manis dan enak; semanis madu. Apabila makanan itu mereka makan, mereka kenyang. Mereka boleh membawa keranjang setiap pagi untuk memungutinya.

Adapun Salwa ialah burung putih sebesar burung puyuh. Terbang berbondong-bondong dan mudah mereka tangkap. Dagingnya gurih dan empuk. Nikmat Allah swt melalui Salwa ini menyebabkan mereka tidak pernah kekurangan daging.

Manna adalah nikmat Allah swt kepada Bani Israil namun mereka tetap tidak berpuas hati.

 

Bukan itu sahaja, selain nikmat Manna dan Salwa, Allah swt  turut menaungi mereka dengan awan supaya mereka tidak berasa bergitu panas di tengah-tengah gurun. Nikmat-nikmat yang bukan tandingan ini diceritakan Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 57

Dan Kami naungi kamu dengan awan, dan Kami turunkan kepadamu ‘manna’ dan ‘salwa’. Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu; dan tidaklah mereka menganiaya Kami; akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.

 

Nikmat yang diberikan kepada mereka rupa-rupanya mereka ingkari dan dustakan. Bahkan mereka tidak pernah merasa bersyukur. Allah menceritakan bagaimana Bani Israil mula mengeluh dengan nikmat Manna dan Salwa sehingga sanggup meminta yang bukan-bukan kepada Nabi Allah Musa as. Ia diterangkan oleh Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 61,

Dan (ingatlah), ketika kamu berkata: “Hai Musa, kami tidak boleh sabar (tahan) dengan satu macam makanan saja. Sebab itu mohonkanlah untuk kami kepada Tuhanmu, agar Dia mengeluarkan bagi kami dari apa yang ditumbuhkan bumi, iaitu sayur-mayurnya, mentimunnya, bawang putihnya, kacang adasnya, dan bawang merahnya”. Musa berkata: “Mahukah kamu mengambil yang rendah sebagai pengganti yang lebih baik? Pergilah kamu ke suatu kota, pasti kamu memperoleh apa yang kamu minta”. Lalu ditimpahkanlah kepada mereka nista dan kehinaan, serta mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Hal itu (terjadi) karena mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para Nabi yang memang tidak dibenarkan. Demikian itu (terjadi) karena mereka selalu berbuat durhaka dan melampaui batas.

 

Degil Bani Israil

Seakan mengikut sikap buruk nenek-moyang mereka yang sering dustakan nikmat Allah swt, generasi-generasi Bani Israil sesudah zaman Nabi Allah Musa as turut berperangai sedemikian. Sejarah Bani Israil sering diwarnai dengan kisah penganiayaan mereka terhadap Rasul dan Nabi yang diturunkan terhadap mereka. Ramai yang dibunuh malahan ada yang diseksa dengan kejam. Sikap jelik mereka sebenarnya tidak asing kerana pada zaman kini pun kita dapat lihat bagaimana mereka melayan warga Palestin sehingga ramai yang terbunuh. Perangai mereka yang suka berbohong, khianat dan kejam sebenarnya adalah warisan nenek-moyang mereka sejak zaman-berzaman.

Berhala Baal yang dipercayai berusia sekitar abad ke-12 dan ke-13 masihi.

 

Kisah penganiayaan Bani Israil terhadap para Rasul dan Nabi

  • Selepas Nabi Sulaiman wafat, kerajaan Bani Israil terbahagi kepada dua iaitu Kerajaan Judah dan Kerajaan Israil. Kedua-dua kerajaan ini biarpun serumpun, namun tetap berperang dan sering mengkhianati antara satu sama lain. Raja kerajaan Judah, Raja Asa merasakan mereka perlu meminta bantuan daripada Raja Syria bagi membantunya menghapuskan kerajaan Israil. Seorang Rasul yang diutuskan Allah swt di tengah-tengah kekalutan dua kerajaan Bani Israil iaitu Nabi Hanani as telah menasihat Raja Asa supaya tidak bersubahat dengan Raja Syria yang kafir dan tidak mempercayai keesaan Allah swt. Perbuatan Nabi Hanani as rupa-rupa mengundang kemarahan sang raja toghut ini. Nabi Hanani as telah dihumban ke penjara dan menderita kerananya.

 

  • Apabila Nabi Ilyas as menegur Bani Israil supaya tidak menyembah berhala Baal, dan menyeru mereka supaya hanya memperhambakan diri kepada Allah swt dan menyembah-Nya semata-mata, Bani Israil mula menjadi musuh ketatnya. Raja Ahab dari Samaria mula mengugut untuk membunuh Nabi Ilyas as kerana terpengaruh dengan isterinya, Jezebel yang menyembah berhala Baal. Kerana takut, baginda melarikan diri ke kawasan pergunungan di Semenanjung Sinai. Semasa dalam kesusahan dan ketakutan itu, Nabi Ilyas as berdoa,

“Aku sangat mencintai tuhan malaikat Jehovah, kerana Bani Israil telah meninggalkan wadah-Mu, meruntuhkan tempat pemujaan-Mu, meruntuhkan tempat pemujaan-Mu,  dan membunuh para Nabi-Mu, dan aku, walaupun tinggal aku seorang sahaja yang tinggal, mereka tetap memburuku untuk mengakhiri hayatku.”(1 Kings 19:1-10)

  

  • Raja Ahab memenjarakan seorang lagi Rasul iaitu Nabi Makayah as kerana mengatakan sesuatu yang benar. Baginda memberitahu Raja Ahab bahawa baginda akan dijamin kemenangan dalam satu peperangan namun akan meninggal dunia dunia dalam peperangan tersebut. Namun, Nabi Makayah as terpaksa menelan pahit apabila raja zalim daripada Kerajaan Israil ini memenjara baginda dan membiarkannya terseksa dalam penjara. Kezaliman Raja Ahab akhirnya dibalas Allah swt apabila beliau terbunuh dalam peperangan sepertimana yang diramal oleh Nabi Makayah as. Menurut riwayat, mayat Raja Ahab dihina Allah swt apabila darahnya dijilat oleh anjing. Namun ada riwayat menyatakan darahnya dijilat oleh seekor babi.

 

  • Pada zaman Raja Uziah sekitar pertengahan abad ke-8 sebelum masihi, Kerajaan Judah berada dalam keadaan aman damai. Ini bertitik tolak akibat lemahnya musuh ketat Kerajaan Judah iaitu Kerajaan Aram dan Assyria. Akan tetapi, situasi seperti itu tidak bermakna Bani Israil tidak memerlukan seorang Rasul. Maka, dibangkitkan seorang Rasul bernama Nabi Isaiah as. Nabi Isaiah as memperingatkan tentang peri-pentingnya mengingati Allah swt dan mengelakkan daripada bersubahat dengan musuh yang kafir. Sekitar 687 sebelum masihi, Kerajaan Judah diperintah oleh seorang raja yang zalim dan kafir. Raja tersebut adalah Manasseh. Ketika itu, Nabi Isaiah as masih lagi hidup. Baginda telah menasihat dan menyeru Raja Manasseh supaya kembali kepada ajaran tauhid sepertimana yang telah dilakukan oleh bapanya, Hezekiah. Walaubagaimanapun, seruan tersebut telah menyebabkan Nabi Isaiah as terbunuh. Jasad Nabi Isaiah as dipercayai telah digergaji dua.

 

  • Apabila negeri Samaria dihancurkan oleh bangsa Assyria, bani Israil masih bergelumang dengan dosa syirik mereka. Pada ketika itu, Bani Israil menjadikan berhala Baal sebagai tuhan mereka sehingga mereka lupa setiap ajaran Nabi Musa as. Maka, Allah swt utuskan seorang Rasul yang bernama Nabi Jeremiyyah as untuk memandu mereka ke jalan yang lurus. Nabi Jeremiyyah as turut membawa ramalan tentang kebinasaan Bani Israil yang dijajah oleh bangsa luar dan ditimpa kebuluran yang dasyhat. Kesemua bala ini ditimpa Allah swt dek kerana mereka telah lupa akan perintah Allah swt. Walaubagaimanapun, peranan Nabi Jeremiyyah as sebagai Rasul dan Nabi Allah swt telah menyebabkan baginda dipukul, disumpah dan dipenjarakan. Baginda telah meringkuk dalam penjara bawah tanah. Kemudian baginda dipenjarakan pula ke dalam tangki bawah tanah(cistern) dimana baginda dibiarkan tenggelam di dalam lumpur. Namun, baginda diselamatkan oleh seseorang berbangsa Cushite daripada terus tenggelam ke dalam lumpur. Baginda tetap dipenjarakan sehingga Nabuchadnezzar membebaskannya dan dilayan dengan baik. Akibat sering diseksa, dihina dan dipenjara, Nabi Jeremiyyah as dikenali ‘Nabi yang merantap’. Ramalan Nabi Jeremiyyah as yang didustakan Bani Israil telah menjadi kenyataan apabila Kerajaan Judah musnah dibinasa oleh Kerajaan Babylon yang ketika itu berada di bawah kekuasaan Nabuchadnezzar.

 

  • Apabila penduduk Judah mula menyembah berhala secara terang-terangan, bangkit seorang nabi di kalangan mereka. Beliau adalah Nabi Zakaria as. Nabi Zakaria as terpaksa meninggikan suara bagi menentang perbuatan mungkar mereka dan menyeru mereka kembali kepada ajaran Musa as. Diriwayatkan, Nabi Zakaria as telah melaungkan kata-kata amaran,

“Tuhanmu berfirman, mengapa kamu melanggar perintah Tuhammu yang menyebabkan kamu tidak beruntung? Oleh sebab kamu telah meninggalkan Tuhanmu maka Dia juga telah meninggalkan kamu.”

 Kata-kata dan amaran keras Nabi Zakaria as langsung tidak didengar oleh bani Israil bahkan mereka merancang untuk membunuh Nabi Zakaria as. Nabi Zakaria as akhirnya meninggal dunia selepas badannya digergaji sehingga terpisah tubuh dan kakinya.

 

  • Nasib Nabi Zakaria as turut berlaku kepada anak kandungnya, Nabi Yahya as. Nabi Yahya as menentang keras perbuatan Raja Herod yang mahu mengahwini anak tirinya sendiri, Herodias. Ada riwayat menyatakan Herodias adalah adik kepada Raja Herod. Atas permintaan Herodias, kepala Nabi Yahya as telah dipenggal dalam penjara dan dibawa dengan menggunakan pinggan untuk mempersembahkan kepada Herodias. Dipercayai kepala Nabi Yahya dimakamkan di sebuah kawasan di dalam Masjid Damsyik, Syria.

 

Selain daripada Rasul-Rasul yang disebutkan di atas, terdapat beberapa lagi nama Rasul yang diseksa dan dibunuh oleh Bani Israil laknatullah. Antaranya adalah Nabi Micah as yang dibunuh oleh Raja Jehoram. Raja Jehoram adalah anak kepada Raja Ahab yang telah menyeksa Nabi Ilyas as dan Nabi Makayah as. Selain daripada itu, Nabi Amos as turut diseksa oleh seorang seorang paderi pagan berpengaruh, Amaziah.

 

Bergitulah cara Bani Israil melayan Rasul-Rasul yang telah diutuskan di kalangan mereka. Ada yang diseksa dan ada pula yang terbunuh. Nabi Isa as turut hampir terbunuh di tiang salib, namun Allah swt menukarkan wajah seseorang yang mirip wajah baginda.

Disebabkan keangkuhan dan kesalahan mereka membunuh dan menyeksa para Rasul, Allah swt telah menghukum mereka. Ia telah dikhabar oleh Allah swt dalam surah Ali Imran ayat 112.

Mereka turut dilaknat Allah swt dalam al-Quran. Ia menunjukkan Bani Israil telah dimurkai Allah swt yang mana pada mulanya dimuliakan Allah swt. Bani Israil sebenarnya menerima penghinaan yang paling dashyat apabila tanggungjawab kekhalifahan jatuh kepada bangsa saudara mereka, Bani Ismail. Rasul terakhir yang dianggap paling agung daripada kesemua Rasul telah bangkit daripada bangsa ini. Rasul yang dikenali sebagai Nabi Muhammad saw adalah Rasul yang kerap diramalkan oleh Nabi dan Rasul daripada keturunan Bani Israil sendiri. Waallahualam.

About these ads

Tags: , , , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

One response to “Dosa Bani Israil..membunuh dan menyeksa para Rasul..”

  1. norlilam says :

    huhuhu..aku org first…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 856 other followers

%d bloggers like this: