(Gambar) Nazi di Amazon..


Oleh: takusahrisau

Beberapa eviden dan bukti mengesahkan bahawa sememangnya Jerman Nazi pernah berada di sekitar Amazon dan Amerika Latin semasa permulaan dan kemuncak Perang Dunia Kedua.

Sumber daripada Jens Gluessing, penulis buku The Guayana-Projekt: A German Adventure On The Amazon menyatakan bahawa Jerman Nazi yang dipimpin oleh tokoh kontroversi, Aldolf Hitler telah cuba membina satu koloni di Amazon dan kawasan sekitar dengannya bagi merealisasikan ideologi ‘Third Reich’.

Menurut Gluessing lagi, ia boleh disamakan dengan metod penjajahan bangsa Amerika terhadap penduduk asli yang dikenali dengan American’s Wild West.

Walaubagaimanapun, penjelajahan dan penjajahan ini tidak semudah yang disangka. Ramai penjajahan yang kecundang akibat demam malaria, serangan binatang buas dan sebagainya. Buktinya dapat dilihat melalui kubur seorang penjelajah Jerman Nazi yang bernama Joseph Grenier di tengah-tengah hutan Amazon. Kubur itu hanya ditemui sekitar tahun 2008 setelah beberapa dekad dilupakan.

Sebetulnya, Jerman Nazi pernah berada di beberapa tempat yang pada masa itu tidak pernah dijejak oleh bangsa lain daripada Eropah seperti Artartika, pendalaman Siberia, pendalaman padang pasir Patagonia, Argentina dan beberapa tempat lain di dunia.

Ramai pengkaji dan pakar sejarah menyatakan antara sebab musabab utama Jerman Nazi bergitu obses dengan wilayah-wilayah terpencil adalah kerana ingin mencari bukti dan eviden berhubung dengan ‘bangsa Aryan’. Bangsa Aryan menurut Jerman Nazi adalah bangsa nenek-moyang orang Jerman. Antara ciri-cirinya adalah berambut kuning, bermata biru dan purata berketinggian 1.75 cm hingga 180 cm.

Gambar yang dirakam menunjukkan dua orang penjelajah Jerman telah sampai di Sungai Amazon sebelum Perang Dunia Kedua bermula.

 

 

Seorang penjelajah Jerman cuba berinteraksi dengan penduduk asli di Amazon

 

Kubur yang dipercayai milik seorang penjelajah Jerman Nazi, Joseph Grenier. Beliau meninggal dunia pada 2hb Januari 1936.

 

Bukti juga dapat dilihat melalui batu bata yang diukir dengan simbol swastika. Yang memegangnya adalah Aloisio Silva, kononnya seorang buruh paksa Jerman Nazi.

 

 

Batu bata yang terukir simbol swastika milik Jerman Nazi.

About these ads

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 846 other followers

%d bloggers like this: