Pertolongan Malaikat semasa Perang Badar


Oleh: takusahrisau

 

9.(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): “Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut. 10.Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. Dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Surah al-Anfaal ayat 9-10

 

Perang Badar tercetus pada 17 Ramadhan 2H bersamaan 17 March 624M. Perang ini terjadi di satu kawasan yang berada di antara Mekah dan Madinah. Nama Perang Badar dinisbatkan kepada sumur yang dikenali Sumur Badar. Adapun, Sumur Badar dinisbatkan kepada seorang penggali sumur tersebut, Badar bin an-Narin.

Badar terletak 60 km ke arah kota Mekah daripada Madinah.

 

Kerisauan Rasulullah saw

Perang pertama dalam sejarah Islam ini meletus di mana Rasulullah saw baru sahaja berada di Madinah selama dua tahun. Iman para sahabat Ansar juga masih lagi mentah. Pada saat peperangan ini meletus, Rasullulah saw cukup risau dengan keadaan ini.

Maka terjadi satu peristiwa di mana seorang sahabat Rasulullah saw, Miqdad bin Amr ra bangkit melontar kata-kata wibawa terhadap junjungan besar kita, Muhammad saw. Miqdad bin Amr ra berkata,

“Wahai Rasulullah saw, laksanakanlah apa yang telah Allah perintahkan kepadamu, Demi Allah kami sentiasa bersamamu. Kami tidak akan berkata sebagaimana perkataan bani Israil kepada Nabi Musa as, ‘Pergilah kamu bersama Rabb-mu, dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya duduk menanti di sini saja.” (Miqdad bin Amr ra membacakan sebahagian ayat dalam surah al-Maa’idah ayat 24).

“Akan tetapi kami berkata, “Pergilah engkau bersama Rabb-mu dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami menyertai kalian berdua. Demi Zat yang telah mengutuskanmu dengan kebenaran, seandainya engkau membawa kami menyertaimu ke Birkil Ghimaad(kota Habsyah), nescaya kami akan sentiasa bersamamu dari berangkat sampai engkau tiba di sana”

Diriwayatkan bahawa, muka Rasulullah saw lantas bertukar ceria dan bergitu bermotivasi. Ia bertambah menyakinkan Rasulullah saw apabila pemuka daripada bani Aus di kalangan golongan Ansar, Saad bin Muadz bangkit memberi jaminan taat setia kepada Rasulullah saw.

sebelum peperangan bermula, sepupu Rasulullah, Ali bin Abi Talib dan Ubaidah bin al-Harits serta bapa saudara baginda Hamzah bin Abdul Mutalib tampil ke hadapan menyahut cabaran para Musyrikin Mekah.

 

Jumlah yang sedikit

Keadaan perang semakin meruncing. Musuh yang ingin ditentang terdiri daripada dua golongan. Pertama, kabilah yang membawa hasil dagangan haram(iaitu harta milik orang Islam sebelum berhijrah ke Madinah) di bawah pimpinan Abu Sufyan dan kedua, angkatan perang daripada Mekah berkekuatan 1000 orang pimpinan Amr bin Islam atau lebih dikenali Abu Jahal.

Jumlah tentera Islam pula kurang tiga kali ganda berbanding jumlah tentera Musyrikin. Ada riwayat menyatakan 300 orang dan ada riwayat menyatakan dengan lebih tepat iaitu 313 orang.

Memandangkan jumlah yang bergitu ketara, ia mengundang kegelisahan dan kegusaran di dalam lubuk hati Rasulullah saw. Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas ra, ia berkata bahawa Rasulullah saw berdoa ketika Perang Badar,

“Ya Allah, Aku memohon kepada-Mu, penuhilah janji-Mu. Ya Allah, jika Kau menghendaki, maka Kau tidak disembah lagi”

 

Mendengar rintihan Rasulullah saw, Abu Bakar ra mengambil tangan Rasulullah saw yang mulia sambil berseru, “Cukup wahai Rasulullah saw”. Kemudian Abu Bakar ra bangkit menuju ke arah tentera Musyrikin dan membacakan ayat daripada Surah Al-Qamar ayat 45, “Golongan itu pasti akan dikalahkan dan mereka akan mundur ke belakang”.

 

Jumlah yang sedikit tidak pernah melunturkan semangat Jihad tentera Muslimin pimpinan Rasulullah saw.

 

Pertolongan Tentera Allah

Janji Allah swt sentiasa benar. Melalui ayat 9 sehingga 10 surah Al-Anfaal, Allah swt telah menjanjikan bantuan para Malaikat untuk kaum muslimin semasa Perang Badar. Ia ternyata benar apabila beberapa hadis menyatakan terdapat para sahabat membicarakan perihal ini dengan terperinci. Antara para sahabat yang pernah membicarakannya adalah Ibnu Abbas ra, Umar al-Khattab ra, Ali bin Abi Talib ra dan Rifa’ah bin Rafi’ az Zuraqi ra.

 

Bagaimana Malaikat menolong tentera Perang Badar?

Para tentera Allah iaitu para Malaikat menolong para tentera muslimin dengan bantuan 1000 malaikat yang berturut-turut. Jumlahnya telah mampu mengerunkan tentera musyrikin yang pada awalnya beranggapan mereka mampu menewaskan tentera muslimin dengan mudah.

Daripada 1000 Malaikat tersebut, mereka berpecah kepada dua menjadikan masing-masing adalah 500 malaikat. Setiap pecahan tersebut diketuai oleh malaikat Jibrail as dan malaikat Mikail as. Malaikat Jibrail as mengetuai bahagian kanan manakala malaikat Mikail as mengetuai bahagian kiri. Ia bersesuaian dengan riwayat daripada Ibnu Abbas ra.

Ali bin Abi Thalhah meriwayatkan daripada Ibnu Abbas ra bahawa beliau berkata,

“Allah swt menolong Nabi dan orang-orang yang beriman dengan seribu Malaikat, dan Jibrail as termasuk di dalam golongan kelompok lima ratus pertama yang menyerbu musuh daripada sebelah kanan mereka, manakala Mikail as termasuk di dalam lima ratus kedua yang menyerang dari arah kiri mereka.”

 

Jibrail as juga diriwayatkan menunggang kudanya iaitu Haizum semasa Perang Badar. Malaikat Jibrail as langsung tidak memberi muka kepada tentera kafir musyrikin sehinggakan terdapat tentera musyrikin diriwayatkan terbelah wajah mereka akibat pukulan cambuk.

Imam Abu Jaafar ath-Tabari dan Imam Muslim telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas dari Umar al-Khattab. Dalam riwayat tersebut disebutkan,

 

“Tatkala seorang bersungguh-sungguh melawan orang musyrik yang ada di hadapannya, tiba-tiba dia mendengar suara lecutan cambuk di atasnya dan suara penunggang kuda yang berkata, “Majulah Haizum(nama kuda Jibrail as). Tiba-tiba ia melihat si musyrik telah mati terkapar di hadapannya. Kemudian ia melihatnya dari dekat, ternyata hidungnya telah terpukul dan wajahnya terbelah seperti pukulan cambuk. Mukanya menjadi lebam(akibat pukulan cambuk). Lalu orang Ansar tadi mendatangi Rasulullah saw dan menceritakan kepada  beliau. Rasulullah saw bersabda. “Engkau benar, itu adalah bantuan daripada langit ketiga.” Pada kejadian tersebut, yang terbunu dari orang-orang musyrik sebanyak tujuh puluh orang dan yang ditawan sebanyak tujuh puluh orang”

 

Tanda pengenalan Tentera Allah

Dalam satu ayat yang lain dalam surah Ali Imran ayat 123 sehingga 124, Allah berfirman,

123. (Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): “Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?,” 124. Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.

 

Turunnya para Malaikat untuk bergabung dengan tentera muslimin telah memakai beberapa tanda pengenalan. Bala tentera bantuan Allah swt ini adalah kekuatan sebenar tentera mukmin semasa Perang Badar. Para Malaikat menunjukkan semangat juang yang bergitu tinggi.

Ia diperakui sendiri oleh Malaikat Jibrail as sewaktu datang menanyakan Rasulullah perihal pendapat peribadi Rasulullah berkenaan umatnya yang berperang di Badar. Rasulullah saw lantas menjawab, “Mereka adalah dikalangan yang terbaik”. Jibrail terus menjawab bagi pihaknya, “Bergitu juga yang ikut berperang bagi pihak Malaikat”.

Dalam kekacauan perang tersebut, ramai juga sahabat menyedari kehadiran tentera misteri yang mana mereka langsung tidak mengenalinya sebelum ini. Akibat sibuk membasmi musuh yang menerkam, mereka terpaksa mendiam diri sehingga perang tamat.

Sebaik perang tamat dan mereka telah pun berada di Madinah, timbul beberapa cerita misteri sehingga diriwayatkan dalam beberapa hadis Shahih.

 

Bulu Putih

Antaranya adalah sahabat besar Rasulullah saw dan sepupu baginda, Ali bin Abi Talib ra. Abu Ishaq as-Suddi meriwayatkan dari Haritsah bin Mudhrib, Ali bin Abi Talib ra berkata,“Tanda mereka pada perang Badar adalah bulu putih. Juga ada tanda pada ubun-ubun kuda mereka.”

 

Tanda Imamah

Mak-hul mengatakan, “Bertanda imamah(berserban yang dililitkan di kepala). Tanda para Malaikat pada Perang Badar adalah serban berwarna hitam manakala pada Perang Hunain adalah serban berwarna merah”

 

Serban Kuning

Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari Yahya bin Abbad bahawa Zubair ra pada Perag Badar mengenakan serban kuning dengan melipatnya, lalu turunlah para Malaikat, juga menggunakan serban kuning.

 

Kemenangan mutlak orang beriman

Bergitulah yang berlaku di Perang Badar, perang pertama bagi umat Islam. Walaubagaimanapun, penulis yakin ramai yang tidak tahu bahawa perang ini terjadi hanya kerana Kaum Musyrikin datang untuk menyelamatkan kafilah dagang Abu Sufyan selain daripada usaha untuk menghapuskan syiar Islam daripada muka bumi.

Pada mulanya, Rasulullah saw dan para sahabat lain hanya ingin mencegah kafilah dagang Abu Sufyan yang dipercayai telah dibiayai dengan menggunakan harta kaum Muslimin di Mekah sewaktu sepeninggalan mereka setelah berhijrah ke Madinah. Dek kerana ketidakpuasan hati dengan ketamakan Abu Sufyan, Rasulullah saw bergegas menyekat kabilah tersebut. Namun, seorang utusan Abu Sufyan bernama Dhamdham bin Amr al-Ghifari telah dihantar ke Mekah untuk memohon bantuan.

Lantaran itu, Abu Jahal bangkit bersama rakan-rakannya yang lain untuk menolong Abu Sufyan disamping untuk menghapuskan Islam dan menyelamatkan ‘harta’ mereka yang dibawa oleh Abu Sufyan.

Gerombolan yang dibawa Abu Jahal mencecah 1000 orang yang lengkap bersenjata, berbaju besi,topi baja, pasukan berkuda dengan pelbagai perhiasan sedangkan tentera mukmin hanya berjumlah 313 orang dilengkapi dengan dua ekor kuda dan tujuh puluh ekor unta. Baki yang lain hanya berjalan kaki. Kebanyakan mereka tidak dilengkapi dengan baju besi dan topi.

Dengan saiz kekuatan musuh yang bergitu, amat wajar Rasulullah saw berasa risau kemungkinan kekalahan tentera Islam semasa Perang Badar. Disebabkan itu, Rasulullah saw kelihatan sugul dan bimbang. Namun, Allah swt sudah merancanakan semuanya. Dengan kekuasaan-Nya, diturunkan para gerombolan Malaikat memberi bantuan kudrat kepada Rasulullah saw dan tentera muslimin.

About these ads

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

5 responses to “Pertolongan Malaikat semasa Perang Badar”

  1. nailatun mahang says :

    terima kasih daun keladi… :-)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 856 other followers

%d bloggers like this: