(Gambar) Foto-foto mengujakan Perang Saudara Amerika Syarikat 1863..Part 1


Oleh: takusahrisau

 

Perang Saudara Amerika

Perang Saudara Amerika (1861–1865) merupakan peperangan besar di antara dua pihak bertelagah iaitu pihak Gabungan(Confederacy) yang diketuai oleh Jefferson Davis memberontak menentang Pihak Kesatuan(Union). Pihak Kesatuan  diketuai oleh Presiden Abraham Lincoln. Sebanyak 11 buah negeri telah bergabung di bawah panji yang dibawa oleh Jefferson Davis manakala 25 buah negeri pula telah menyokong Presiden Abraham Lincoln. Faktor utama berlakunya peperangan saudara ini adalah penolakan keras Pihak Gabungan terhadap undang-undang pengharaman hamba yang dikelolai oleh Presiden Abraham Lincoln. Pada masa itu, penghambaan adalah salah satu perniagaan yang sangat menguntungkan.

 

Memberontak

Impak kepada ketidakpuasan hati ini menyebabkan pihak Gabungan yang diketuai oleh Jefferson Davis mengistiyharkan keluar daripada Amerika Syarikat. Mereka menubuhkan kerajaan mereka di selatan dengan Richmond, Virginia sebagai pusat pemerintannya. Maka, daripada detik itu berlakulah peperangan saudara paling besar di dunia yang memakan masa selama lima tahun iaitu daripada 12 April 1861 sehingga 9 April 1865. Peperangan ini telah memakan korban seramai 620,000 tentera di kedua-dua belah pihak.

Peperangan ini berakhir dengan kemenangan berada di pihak Kesatuan(Union). Berikutan kemenangan itu, undang-undang pengharaman penghambaan berkuat kuasa di seluruh Amerika Syarikat. Ia termaktub dalam Thirteenth Amendment to the United States Constitution yang menyebut dengan jelas pengharaman penghambaan di kesemua wilayah Amerika Syarikat.

 

Korban Perang

Peperangan ini memakan korban sangat ramai. Kira-kira 620,000 tentera di kedua-dua pihak mati di medan perang. Terdapat di kalangan mereka tidak dapat dicam dan dikenalpasti berikutan sistem pengenalan diri atau dogtag masih lagi belum diperkenalkan. Antara korban-korban perang saudara ini terdapat dua nama yang masih terkenal dan menjadi buah mulut di Amerika Syarikat. Mereka adalah Amos Humiston dan Jenny ‘Ginnie’ Wade.

 

Amos Humiston

Amos Humiston terkenal selepas mayatnya dijumpai dengan gengaman tangannya masih kemas memegang bingkai foto tiga orang cahaya matanya. Mayat beliau langsung tidak dapat dicam.

Namun, disebabkan foto tersebut, balunya, Philinda Humiston telah tampil menuntut suaminya pada 29 Oktober 1863. Menurut isterinya, suaminya hilang khabar berita sejak  bermulanya Perang Gettyburg. Sejak daripada itu, Amos Humiston menjadi ikon keberanian dan setia kepada keluarga kepada seluruh rakyat Amerika Syarikat. Tugunya dibina di Gettysburg berdekatan Stratton Street.

Jenny ‘Ginnie‘ Wade

Seorang lagi korban perang saudara yang terkenal adalah Jenny ‘Ginnie’ Wade atau lebih dikenali dengan Ginnie. Ginnie adalah seorang wanita berusia 20 tahun yang berkerja sebagai tukang jahit. Beliau langsung tidak terlibat dalam perang melainkan merupakan tunang kepada Johnston Hastings Skelly, seorang tentera Kesatuan berpangkat korporal.

Ginnie meninggal dunia akibat ditembak curi oleh tentera Gabungan melalui luar rumahnya. Peluru tentera Gabungan menembusi pintu dan terkena pada belakang bahunya. Ginnie mati serta merta. Kini, rumah di mana Ginnie ditembak mati telah dijadikan muzium dan sehingga pada hari ini, ramai pelawat datang ke sini untuk mengingati Ginnie. Pintu rumah yang ditembusi peluru masih lagi dipelihara dan orang ramai masih boleh melihat lubang sebesar ibu jari pada daun pintunya.

 

Gambar-gambar yang menyayatkan hati

Di bawah adalah gambar-gambar menyayatkan hati yang sempat dirakam. Mayat-mayat bergelimpangan di sana-sini. Paling diingati adalah tragedi yang berlaku di Gettyburg di mana tentera-tentera Gabungan ditembak dengan meriam oleh tentera-tentera artilleri Kesatuan semasa tentera Gabungan sedang berkawad ke arah tentera Kesatuan. 

Disebabkan faktor geografi Gettyburg yang terbuka dan lapang, ia memudahkan tentera artilleri Kesatuan menembak mereka. Akibatnya, suasana di Gettyburg bertukar menjadi medan paling berdarah dalam dekad itu dan tentera Kesatuan berjaya mengubah hala perang bagi kemenangan mereka. 

 

Medan perang Gettyburg

  

Anda mungkin meminati (Gambar) Kapal-kapal Perang Semasa Perang Saudara Amerika!

 

Mayat tentera Gabungan.

Anda mungkin juga meminati 15 Fakta yang Sangat Janggal!

Mayat tentera Gabungan kemungkinan mati akibat terkena serpihan bom.
Tentera Gabungan yang gugur di medan perang Antietam, Maryland.
Kelihatan mayat tentera Gabungan yang gugur di medan perang.

 

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Kelihatan tentera Kesatuan dikebumikan manakala tentera Konferasi tidak dikebumikan.

Suasana di medan perang di Cold Harbour.

Jasad tentera-tentera Kesatuan yang meninggal dunia berdekatan hutan McPherson.

Seorang Negro, William Johnson digantung.

Seorang tentera maut.

Tentera Konfederasi yang berusia 14 tahun ditemui maut di dalam parit yang dibina berdekatan Fort Mahone.

Tentera Konfederasi yang maut di salah satu tempat paling terkenal selepas Perang Saudara Amerika Syarikat iaitu Devil Den.

Mayat yang bergelimpangan. Di sebaliknya adalah gereja di Antietam,Maryland.

Sekujur jasad yang tidak dikenali ditemui mati.

maut di sebuah parit.

Seorang tentera Konfederasi dan Gabungan maut.

Seorang doktor melihat mayat tentera yang akan dibedah oleh beliau.

Himpunan mayat-mayat tentera Konfederasi yang maut di medan perang.

Tentera Konfederasi yang maut di kaki bukit Little Round Top.

Ditemui empat orang tentera mati berdekatan hutan di kaki bukit Little Round Top.

About these ads

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 846 other followers

%d bloggers like this: