(Gambar) Kad Pengenalan bekas-bekas Perdana Menteri Malaysia..


Oleh: takusahrisau

 

Pengenalan

Kad pengenalan mula diperkenalkan sejak Malaysia belum merdeka lagi. Tujuan utama diperkenalkan kad pengenalan adalah untuk menyelesaikan masalah pengecaman pengganas komunis. Dalam tempoh itu, Malaysia masih lagi dihantui pengganas komunis yang ingin menuntut kemerdekaan daripada jajahan British. Pengenalan kad pengenalan atau Identity Card oleh penjajah  British ini telah menyukarkan sedikit-sebanyak penyamaran pengganas komunis.

Dari masa ke semasa, kad pengenalan mengalami evolusi yang mendadak. Bermula dengan kad pengenalan yang dibuat daripada kertas keras, seterusnya kad pengenalan plastik(laminated) dan akhirnya pada tahun 2001, kerajaan telah perkenalkan kad pengenalan pintar atau lebih dikenali sebagai Mykad. Idea ini pada asasnya diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Mahathir bin Mohamad pada 1996 namun diperkenalkan kepada umum semasa penggal pemerintahan Tun Abdullah bin Ahmad Badawi. Pelancaran Mykad tersebut merupakan satu pencapaian besar kepada inovasi Malaysia Super Corridor(MSC) negara kerana ianya merupakan aplikasi yang pertama dilancarkan secara rasmi.

Kad pengenalan bekas Perdana Menteri Malaysia:

Pasti ramai yang ingin melihat kad pengenalan orang-orang ternama di Malaysia bukan. Ok, untuk kali ini, penulis sediakan beberapa kad pengenalan bekas-bekas PM kita bagi tatapan semua.

 

1. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah

Perdana menteri Malaysia yang pertama ini dilahirkan pada 8 Februari 1903. Beliau memegang tampuk pemerintahan negara sejak negara merdeka pada 1957 sehingga tahun 1970. Beliau adalah keturunan raja daripada kedah yang mana bapa Tunku sendiri adalah sultan kedah ketika itu.

Tun Abdul Rahman al-Haj

Tunku meninggal dunia pada 6 Disember 1990.

 

2. Tun Abdul Razak bin Hussein

Beliau adalah perdana menteri kedua Malaysia. Beliau memegang tampuk pemerintahan negara pada tahun 1970 sehingga tahun 1976. Beliau dikenali perdana menteri Malaysia paling banyak berjasa kepada negara terutama kepada bangsa Bumiputera dan Melayu dengan pengenalan Dasar Ekonomi Baru, Rancangan Buku Hijau dan banyak lagi. Sepertimana perdana menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak juga daripada keturunan ‘Orang-Orang Kaya’ daripada Pahang. Salur galurnya sampai kepada bangsa Bugis di kepulauan Indonesia.

 

Tun Abdul Razak meninggal dunia pada usia 54 tahun pada tahun 1976 akibat penyakit Leukemia. Beliau meninggalkan legasi anak-anak yang bergiat cergas dalam politik dan dunia perniagaan. Antara paling terkenal adalah perdana menteri sekarang, Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak, pengarah Ancom Berhad, Courts Mammoth Sdn Bhd and Daiman Development Berhad, Hong Leong Industries Berhad, Nylex (Malaysia) Berhad, Daiman Golf Berhad and Deutsche Bank (Malaysia) Berhad , Dato’ Ahmad Johari bin Tun Abdul Razak dan pengarah CIMB Bank, Mohamed Nazim bin Tun Abdul Razak .

 

3. Tun Hussein bin Dato’ Onn

Beliau adalah perdana menteri Malaysia yang ketiga selepas Tun Abdul Razak kembali ke rahmatullah pada tahun 1976. Beliau memegang tampuk pemerintahan secara rasmi pada tahun 1976 sehingga 1981. Tun Hussein dikenali sebagai Bapa Perpaduan kerana tegasnya beliau menangani isu-isu perpaduan kaum selepas tercetusnya insiden berdarah 13 Mei. Sepertimana Tun Razak, beliau berjasa kepada bangsa Melayu dan Bumiputera kerana memperjuangkan nasib mereka yang jauh ketinggalan berbanding bangsa ‘pendatang’ yang lain. Daripada salur- galur keturunan, ketiga-tiga perdana menteri iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn sendiri mempunyai persamaan iaitu mereka daripada keturunan bangsawan. Tun Hussein adalah adalah anak kepada pengasas UMNO, Dato’ Onn bin Jaafar. Susur-galur keturunan Tun Hussein sampai kepada bekas menteri kesayangan sultan Johor, Maharaja Abu Bakar iaitu Datuk Salleh bin Perang.

Tun Hussein Onn meninggal dunia pada usia 68 tahun pada 22 Mei 1990 akibat serangan jantung yang telah lama dideritainya. Beliau meninggalkan legasi anak-anak dan keturunan yang bergiat dalam politik seperti Datuk Seri Hishamuddin bin Hussein dan anak saudaranya, Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

 

4. Tun Mahathir bin Mohamad

Tun Mahathir Mohamad atau lebih dikenali dengan nama penanya, Che Det adalah perdana menteri Malaysia ke-4 selepas Tun Hussein Onn meletak jawatan pada tahun 1981. Beliau dikenali sebagai perdana yang paling berjasa dan berjaya kepada bangsa Malaysia kerana ideologi pembangunan dan pemodenannya yang jauh ke depan. Walaupun dikritik sebagai seorang yang autokratik, diktatorisme, dan kronisme, ia tidak menghalang Tun Mahathir daripada menjadi perdana menteri paling lama memerintah di Asia Tenggara.

 

Miskipun Tun Mahathir telah meletak jawatan daripada kerajaan, namun suaranya tetap didengar oleh segenap lapisan masyarakat. Beliau menggunakan medium internet iaitu blog untuk menyebarluaskan idea dan kritikannya. Blognya boleh dibaca dan dilayari di www.chedet.cc.

 

5. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi

 

Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi adalah perdana menteri Malaysia ke-5 setelah Tun Mahathir melepaskan jawatan pada tahun 2003. Tun Abdullah memegang tampuk pemerintahan selama tiga tahun iaitu daripada tahun 2003 sehingga 2009. Kini, beliau dilantik sebagai pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia(IKIM).

 

 

 

 

 

 

About these ads

Tags:

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 857 other followers

%d bloggers like this: