(Gambar) Nolstagia Terengganu zaman dahulu..


Oleh: takusahrisau

 

Terengganu adalah salah sebuah daripada tiga negeri di pantai timur. Ia terletak di bahagian timur semenanjung Malaysia, betul-betul menghadap Laut China Selatan. Negerinya sungguh makmur dan tenteram. Daripada ketiga-tiga negeri di pantai timur, Terengganu boleh dikatakan negeri yang paling kaya dengan hasil lautan dan sumber mineral yang melimpah ruah.

 

Sejarah yang panjang

Sejarah Terengganu adalah amat panjang. Kuala Terengganu dipercayai telah dihuni dan didiami sekurang-kurang pada abad ke-10 masihi. Catatan cendekiawan daripada China seperti ’Ling-wai-Tai-ta’ karangan Cao Cu Fei tahun 1178, menyebut ’Teng-ya-nu’. Buku ’Cu-fan-Cih’ karangan Cao Ju Kua tahun 1226 ada menyebut pula ‘Teng-ya-nung’. Ramai ahli sejarah tempatan berpendapat sama ada Coa Cu Fei atau Coa Ju Kua, kedua dua mereka tersebut merujuk kepada kedua-dua kepada nama Tengganu atau sekarang dikenali Terengganu.

 

Pengaruh Islam

Terengganu dicatatkan sebagai negeri yang menerima pengaruh Islam paling awal di Tanah Melayu. Penemuan batu bersurat oleh seorang pendagang dan pendakwah Islam, Syed Hussein Ghulam al-Bukhari pada 1902 di Kuala Berang telah membuktikan bahawa Islam telah sampai di Terengganu sekurang-kurangnya pada abad ke-12 masihi. Menurut Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas, tarikh sebenar batu ini adalah pada Jumaat, 4 Rejab 702 H, bersamaan dengan 22 Februari 1303 masihi.

 

Negeri alim-ulama

Terengganu memiliki tradisi melahirkan ramai para alim ulama yang bertaraf wali. Antaranya adalah Tokku Pulau Manis(Sheikh Abdul Malik), Sheikh Abdul Qadir Bukit Bayas(Sheikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani), Tokku Tuan Besar (Saiyid Muhammad bin Saiyid Zainal Abidin), Tok Sheikh Duyung(Sheikh Wan Abdullah bin Muhammad Amin al-Fathani), Tuan Guru Cik Umar Besut(Haji Umar bin Cik Ahmad) Tokku Paloh(Saiyid Abdur Rahman bin Saiyid Muhammad al-Aidrus), Tok Ku Melaka(Saiyid Ahmad bin Saiyid Muhammad al-Aidrus) dan Haji Abdul Rahman Limbong.

Di kalangan ulama yang dicatatkan ada yang mempunyai jalur keturunan yang sama seperti Tokku Tuan Besar adalah bapa kepada Tokku Paloh dan datuk saudara kepada Tokku Melaka. Ada pula di kalangan mereka adalah guru kepada ulama-ulama lain. Misalnya, Sheikh Abdul Qadir Bukit Bayas adalah guru kepada Tokku Tuan Besar dan Tokku Paloh adalah guru kepada Haji Abdul Rahman Limbong. Kesinambungan alim ulama di Terengganu masih lagi berjalan sehingga ke hari ini dengan lahirnya beberapa ulama yang digelar ‘Tuan Guru’ seperti Tuan Guru Haji Hadi Abdul Awang, Tuan Guru Haji Mamat Merbau Patah,Tuan Guru Haji Abas Kuala Besut dan ramai lagi.

China Town di Kuala Terengganu.

 

Pemandangan Bukit Puteri daripada seberang laut.

 

Pemandangan kesibukan kapal keluar masuk dari atas Bukit Puteri.

 

Pasar Tanjung

 

Kesibukan menjual beli di tapak pasar kedai payang sekarang.

 

Pemandangan daripada seberang laut kampung Pulau Duyung.

 

Kampung Pulau Duyung

 

Perarakan bunga emas dan perak untuk dihantar ke Bangkok.

 

Kampung Seberang Takir tahun 1947.

 

Feri yang membawa muatan daripada Kuala Terengganu ke Seberang Takir. Sekarang sudah dimodenkan dengan pembinaan Jambatan Sultan Mahmud.

 

Sewaktu banjir besar di Pulau Kambing.

 

Berjual beli di tapak Pasar Kedai Payang.

 

Satu pemandangan di kampung nelayan.

 

Suasana nelayan menarik perahu ke persisir pantai.

 

Kesibukan nelayan yang mencari rezeki di Laut China Selatan.

 

Bandar Kuala Terengganu awal 1950-an.

 

Istana Badariah 1940-an.

 

Istana Maziah tahun 1895.

 

Masjid Abidin atau lebih dikenali Masjid Putih.

 

Istiadat diraja Terengganu tahun 1920-an.

 

Terengganu tahun 1980-an.

 

Tapak Pasar Marang tahun 1980-an.

 

Marang awal 1990-an.

 

Kuala Berang tahun 1950-an.

 

Perlabuhan Chukai dan bandar Kemaman tahun 1940-an.

 

 

Istana Kolam, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Kuala Terengganu

 

Pasar Kedai Payang sewaktu baru dibuka.

 

Kelihatan dengan jelas Bukit Besar di sebelah kanan gambar.

 

 

Kemeriahan pasar Kedai Payang.

 

 

Sekolah Melayu Pulau Duyong.

 

 

Sekolah agama Sultan Zainal Abidin.

 

 

Pemandangan di persisir pantai di Kuala Terengganu.

 

 

Perahu besar di muara Sungai Terengganu.

 

 

Terengganu tahun 1960-an.

 

About these ads

Tags:

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

37 responses to “(Gambar) Nolstagia Terengganu zaman dahulu..”

  1. din says :

    Penah jumpa gambar lama pasar buah-buahan manir, k.trgn..kat carian arkib..

  2. alex says :

    saya sangat suks dengan negara

  3. amy says :

    nice pic….klu ade gmbr mcm cara org tgnu ondhkn rumah pd masa lampau pun cun jgk tu…sy pmnt sej tgnu….

  4. man trg says :

    sedih terengganu dah x macam dulu
    maksiat berleluasa

  5. pok can says :

    behh nyerrr kalu bleh kembali ke zaman 70 & 80an….

  6. panjialam says :

    tanpa AGAMA PEMBANGUNAN AKAN MENEMPAH GEJAL MAKSIAT.

  7. shamfariz says :

    syok jer tengok suasana zaman dulu… ingat waktu dulu2….

  8. joe says :

    sek2 ganu dulu2 main kapal layor doh rupenye. haha

  9. suraya says :

    terengganu dulu sgt indah dengan keasliannya dan keunikan budaya rakyatnya…..pernah sempat dinikmati masa zaman kanak2 di era 70-an…kini semuanya dah tak ada …tinggal gambar2 lama…t.kasih ..

  10. ahmad faris bin abdullah says :

    saya nak tahu sejarah latar belakang keluarga. saya cucu kpd Almarhum Dato’ Seri Andika dRaja dan cicit kpd Dato’ Seri Amar dRaja. ibu bapa saya pernah bermaustatin d kampung Dato’ atau Kmpung Keling blakang Istana maziah.Tanah tapak Bazar Warisan adalah bekas hak milik atuk saya. tq

  11. selasih says :

    rindunya bile tengok gambo2 lama kat sini….tq to tuan tanah….really2 love it

  12. Hassan Othman says :

    Salam sejahtera,
    Ter’amat indah nya masa dulu-dulu, terima kasih atas usaha anda yang mulia ini. Cukup terharu saya dibuat nya.

  13. rosli ali says :

    salam,
    Gambar-gambar Terengganu dahulu sungguh menarik.Negeri yang aman damai.Memang saya berminat dengan sejarah Ganu kita.Kalau boleh tampillkan pula gambar-gambar yang lain pula.

  14. sayang manir says :

    walaupun saya berasal dari Perak, namun saya cintakan juga negeri Terengganu dan sejarahnya , selain itu, orang kesayangan saya turut di sana.. terima kasih atas susah payah letakkan artikel ini..

  15. KT says :

    kuala terengganu sudah banyak berubah

  16. KT says :

    kedai jual buah-buahan tepi jalan dekat pasar manir tak jujur

  17. KT says :

    baik berhati-hati sebab orang zaman sekarang lebih pentingkan keuntungan daripada etika luaran nampak baik tapi hati siapa tahu kalau nak beli buah-buahan gi batu enam jalan nak gi kota bahru kat sana macam-macam buah ada

  18. k.ton says :

    zaman semakiin moden ….banyak perubahan berlaku ,,tak kira di mana …perubahan tetap akan berlaku….banyak kenangan,saya sentiasa pergi k.kuala trg..ketika itu zaman 80 an.naik bas rhumuda,kdg2 naik bas dungun…oooo best sangat,,,maklumlah masa masih solo lagi….

  19. tokoh_sejarah says :

    saya kerja dkt arkib..kalo nak tgk gambar2 bersejarah negara kita jemputlah dtg ke arkib negara di jalan duta KL….

  20. balqiswilson says :

    Assalam Saudara,terima kasih…saya berkongsi gambar nostalgic Kuala Brang dari blog saudara sebagai tatapan…saya muatkan di fb saya.Thanks…

  21. syahirahamzah says :

    bagus..=)

  22. yusof says :

    blog yg bagus…
    saya nak mintak admin cari pulak sejarah dan gambar pasal KEDAI BINJAI, dekat hotel sri malaysia sekarang…tempat tumpuan bot-2 penambang daripada pesisir sungai terengganu, sungai nerus dan pulau-2 di kuala trg.

    • Adnan Abd Malek says :

      Saya pernah mandi bersama beberapa rakan sebaya (sekitar umur 9 tahun) sungai Sungai Trengganu di jeti dekat dengan stesyen pam minyak Shell. Ketika itu airnya amat jernih malah penduduk yang datang membeli belah atau berjualan mengangkat air sembahyang di kaki sungai ini. Saya amat gemar menyelam melalui bawah bot-bot penambang dekat jeti itu. Tempat itu dah didirikan hotel Seri Malsysia da hotel Felda. Masa itu sekitar tahun 1964. Hobi budak bandar ketika itu adalah mengumpul kotak2 rokok kosong seperti 555, manterhorn, goldleaf, consulate, peter styvense (ejaan mungkin salah) dan macam jenama lagi.

  23. Juhari harun says :

    Politik keduniaan membina kemodenan menghancur adat sopan melayu, sejarah kehebatan melayu keagungan islam masa silam hanyut di telan zaman. Sejarah ulama silam di lupakan kemegahan kehebatan islam satu masa dulu. Terengganu dulu hebat megah banggaan kini tenggelam dek keangkuhan.

    • Hamba Allah S.W.T. says :

      Rakyat Terengganu Darul Iman perlu insaf dan sedar tentang dirinya yang berasal daripada satu keturunan, iaitu benih Syeikh Muhammad Al-Baghdadi serta Tun Al-Hamra. Melayu ertinya mulia, di ambil dari huruf Mim, Lam dan Ya. Namun kemuliaan itu tiada ertinya jika tiadanya Iman, Islam dan Ihsan. Ketiga-tiga rangkai itulah yang akan mengangkat kemuliaan manusia, meskipun ia berasal dari suku bangsa mana sekalipun. Rakyat Terengganu yang mulia perlu sedar bahawa di dalam tubuhnya tersemai benih Rasulullah S.A.W., maka peliharalah ia dengan sebaik-baiknya serta dengan penuh kasih sayang.

  24. tieyrah zieyda says :

    uniK wOo!!

  25. Ng Yoong Duong says :

    Really good

  26. Johan says :

    Gambar Kuala Terengganu tahun 60an itu kemungkinannya adalah gambar sekitar awal 80an. Pertama kerana pada tahun 1960an belum ada gambar warna dan sebab yang kedua adalah Jalan Sultan Ismail pada masa tahun 60an belum ada jalan berkembar dan bangunan UMNO ketika itu amat baru lagi. Depan bangunan UMNO rumah batu persendirian dan Jalan Sultan Ismail ketika itu masih lagi dinamakan Jalan Paya Bunga. Ketika itu padang Stadium dinamakan Padang Merdeka…. dan saya masih ingat ketika Stadium sedang dibina, pekerja menggali terjumpa beberapa Jong Mayat Cina tertanam dibawah tanahnya. Ini bermakna kawasan itu terdapat tapak jirat Cina…. Kuala Terengganu adalah bandar kubur yang berselerak merata-rata tempat… Bangunan Perpustakaan pula ada bangunan bunglow Mat Saleh bersebelahan dengan padang permainan kanak-kanak dan kawasan itu penuh dengan pokok Rhu. Ketika itu Sungai Terengganu amat jernih airnya. Saya selalu melihat bot-bot penambang diikat berhampiran jeti yang sekarang terbina hotel Sri Malaysia dan Hotel Felda. Pasar pagi yang ada adalah Pasar Tanjung, manakala Pasar Payang pula adalah waktu petang. Pada zaman 1960an keadaan tanah di Kuala terengganu terbahagi dua, di sebelah pantai tanah kering berpasir manakala kawasan yang mengarah ke kaki Bukit Kecil pula berpaya…. Jadi Di tepi Bandar Terengganu banyak terdapat sawah padi…Sawah padi yang luas adalah di Sungai Ibai iaitu antara Jalan Pasir Panjang dengan Jalan Panji Alam.

    • takusahrisau says :

      begitu teruja dengan komen daripada saudara. Terimakasih kerana sudi memberi komen di sini..

      Semoga bermafaat juga kepada pembaca-pembaca lain.

    • syahrul says :

      tempat bot penambang berlabuh di tapak hotel seri malaysia itu dulunya dikenali sebagai Kedai Binjai…..station utama untuk penduduk pulau duyong/pulau ketam.

  27. suraya says :

    rindu akan Kg Tanjung Surau Besar…di pinggir Sg Terengganu berdekatan Pasar raya Astaka..sudah tidak wujud lagi sebahagian besar kampung tu…kini..sudah terdiri bangunan dan hotel…

    • takusahrisau says :

      betul..kg tersebut sudah tidak wujud lagi..skrg sdh berdiri Astaka..beberapa kampung sudah banyak tidak wujud seperti kawasan berdirinya Maidin dan Giant skrg..perkampungan tersebut sudah tiada kini…

  28. suraya says :

    kg Tanjung Surau Besar tulah tempat saya dilahirkan…bersebelahan sebuah surau…dulu banyak rumah-rumah asli melayu yang berpagar..setiap pagar di dalamnya hampir 4-5 buan rumah…semakin dirobohkan mulai 1980…

  29. kamikaze says :

    jangan salahkan pembangunan kerana maksiat..salahkan mak bapak yg x tahu jaga anak2…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 848 other followers

%d bloggers like this: