(Video) Kemunculan bandar ‘hantu’ di Timur China!


Oleh: takusahrisau

 

Antara percaya atau tidak, imej dan video di bawah bakal membuatkan pembaca bingung.

 

Pemandangan yang sangat menakjubkan telah muncul di kaki langit di Tunxi District, Huangshan City, Anhui Province, East China, China pada waktu awal bulan Jun 2011. Kelihatan dengan jelas terdapat sebuah kota yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan pencakar langit. Turut kelihatan adalah gunung-ganang, perpohonan yang menghijau persis dalam tontonan di layar perak.

 

Imej bandar mega ini tiba-tiba muncul pada waktu senja di timur China.

 

Pemandangan itu mengundang tanda tanya besar bagi penduduk tempatan di daerah Tunxi khususnya kerana sebelum ini mereka tidak pernah melihat bandar mega tersebut daripada seberang sungai sepertimana hari berkenaan.

 

Video dan imej bandar terapung tersebut tersebar dengan pantas di media massa dan internet. Ramai pengkaji berpendapat bahawa bandar ‘hantu’ tersebut dapat dilihat akibat kesan kelembapan air sungai yang telah menyebabkan mata manusia ‘tertipu’(optical illussion).

 

 

Extra

 

Menurut istilah, mirage membawa maksud fatamorgana dalam Bahasa Melayu. Ia diambil daripada kata akar ‘Mirari’ yang berasal daripada Bahasa Latin. Fatamorgana adalah fenomena optikal yang terjadi secara semulajadi. Ia kebiasaan terjadi akibat cuaca yang terlampau panas atau terlampau lembap. Di padang pasir, ramai pengembara sering tertipu dengan fatamorgana kerana fenomena tersebut seakan-akan membentuk oasis dan tasik.

 

Sebenarnya, imej bandar misteri di China bukan pada kali ini sahaja yang berlaku. Pada 8 Mei 2005, China Press dan akhbar-akhbar online China telah melaporkan kemunculan bandar ‘hantu’ di seberang laut di Penglai City, Shandong, East China Province. Fenomena pelik tersebut telah mengundang ramai masyarakat dan pelancong untuk melihat sendiri keajaiban yang terpapar di depan mata mereka. Ia berlangsung selama lebih kurang empat jam.

Imej yang muncul di Penglai City.

 

Sebelum fenomena ini terjadi, Bandar Penglai telah dilaporkan menerima hujan selama dua hari tanpa henti. Ia membuatkan hari ketiga terasa sangat lembap dan berembun.

 

Adakah ia kota misteri atau kesan daripada fatamorgana?

 

Fenomena tersebut telah membentuk dengan jelas bandar-bandar mega dilengkapi lampu-lampu serta perpohonan yang menghijau. Sehingga hari ini, adakah benar fenomena tersebut terjadi kerana Fatamorgana masih lagi menjadi misteri.!

 

About these ads

Tags: , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

4 responses to “(Video) Kemunculan bandar ‘hantu’ di Timur China!”

  1. amenz says :

    Pelik2,pd pdngn penulis 2 ilusi@mmg kota btl?

    • takusahrisau says :

      Waallahualam..semua ini adalah rahsia Allah swt..
      Jika mengikut kepada sains, ramai berpendapat ia adalah ilusi atau fatamorgana akibat suasana sejuk yang berkabus. Waallahualam..

      Dan kepunyaan Allah-lah segala apa yang tersembunyi di langit dan di bumi. Tidak adalah kejadian kiamat itu, melainkan seperti sekejap mata atau lebih cepat (lagi). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (An-Nahl 16:77)

      • shahrul says :

        salam.. ini sekadar pendapat saya.. saya rasa kota itu mungkin imbasan kepada alam satu lagi.. kemungkinan alam bunian.. setahu saya, makhluk2 bunian pun mempunyai tamadun yang tersendiri.. Waallahualam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 856 other followers

%d bloggers like this: