(Gambar) Kartun Disney dan Mesej Tersembunyi Illuminati!


Oleh: takusahrisau

 

Konspirasi melibatkan Iluminati sangat halus. Malah ada yang tidak pernah percaya bahawa mereka sanggup bersusah-payah menghasilkannya. Sebenarnya, untuk menghuraikan satu-satu taktik halus Iluminati tersangatlah panjang. Oleh sebab itu, penulis hanya fokuskan kepada satu sahaja taktik Iluminati iaitu Subliminal Messages.

 

Apakah itu Subliminal?

Subliminal Messages dalam bahasa melayu membawa maksud pesanan tersembunyi. Namun daripada segi istilahnya, ia membawa maksud sesuatu pesanan yang cuba disampaikan secara tersembunyi dan halus atas tujuan tertentu yang tidak diketahui.

 (Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook. Klik SINI)

 

Disney di sebalik Iluminati

Umum mengetahui Disney adalah syarikat produksi bagi puluhan filem bercorak kekeluargaan dan kartun. Antara filem yang popular di bawah bumbung Disney adalah Aladdin, Little Mermaid, The Hutchback of Notre Dame, The Lion King, Mickey Mouse dan banyak lagi. Genre kartun sebergini sering ditonton oleh kanak-kanak yang kebanyakan di bawah usia 13 tahun. Malah, tidak salah untuk mengatakan bahawa mereka semua membesar dengan menonton puluhan kartun-kartun terbitan Disney.

Walaubagaimanapun, kepada ibubapa semua, anda perlu risau bahawa kartun terbitan Disney juga mempunyai ciri-ciri tontonan golongan dewasa. Lihat sahaja kartun seperti Little Mermaid. Si duyung betina dan si duyung jantan hanya memakai pakaian separuh bogel. Apakah ia sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak berusia di bawah 13 tahun?

Itu yang dilihat pada zahir. Jadi, bagaimana pula yang tidak dapat dilihat secara zahir atau dengan kata lain, tersembunyi?

Ok, pembaca semua terutama yang bergelar bapa dan ibu, sila lihat gambar-gambar yang penulis paparkan di bawah, moga-moga ia memberi sedikit panduan kepada anda semua. InsyaAllah.

 

Salah satu adegan dalam The Lion King. Lihat bintang-bintang yang membentuk perkataan S.E.X!

Sudutan dalam Wizard of the Oz. Cuba lihat bulatan kuning.

Sudutan daripada kartun The Little Mermaid. Lihat Paderi(kanan) di bahagian seluarnya. Alat sulitnya seperti mengalami sedikit 'perubahan'.

Sudutan daripada kartun The Little Mermaid. Perhatikan apa yang dipaparkan.

Sudutan daripada salah sebuah kartun Disney. Apa pendapat anda?

Sudutan daripada filem Rescuer. Perhatikan bulatan merah.

Sudutan daripada salah sebuah kartun Disney. Sangat tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak mahupun remaja belasan tahun.

Petikan daripada kartun Little Mermaid. Perhatikan baik-baik apa yang ingin disampaikan oleh 'Disney'.

Petikan poster daripada kartun Tangled. Sila perhatikan baik-baik tulisan apa yang terbentuk daripada simpulan tali.

 

Ralat: Kartun Alice in the Wonderland telah ditukar kepada Wizard of the Oz. Kesalahan fakta amat-amat dikesali. Kepada pembaca yang telah memberi nasihat kepada penulis berkenaan ralat berkenaan, penulis amat-amat hargai. Keep it up dude..

About these ads

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

5 responses to “(Gambar) Kartun Disney dan Mesej Tersembunyi Illuminati!”

  1. din says :

    walt disney ni disabotaj masa die tgh sakit jantung..dulu sume kartun die de unsur2 baik je..sebab die ni btol2 white man..bukannya yahudi..

  2. eddy says :

    gambar kartun alice in wonderland tu sebenarnya salah, sepatutnya dari cerita wizrad of the oz

  3. MOHD ZAIDI BIN IBRAHIM says :

    Aku rasa korang je yang memandai2 mencantumkan dan mencari2 benda yang tak elok. Saya bukanlah menyokong yahudi atau orang kafir. Cuma pelik ada orang islam sentiasa menyalahkan orang kafir atas kelemahan orang islam diri sendiri. Adakah korang ingat orang yahudi ni berbincang dalam bilik gelap menjatuhkan islam menggunakan katun cth pokemon atau benda lain seperti colgate. Teori2 illuminati, teori2 conspirasi ni orang bodoh je yang percaya. Kerana tak dapat terima hakikat yang orang islam ni ada yang jahat dan menyangka orang islam ni semuanya baik2 belaka dan yang jahat hanyalah orang kafir. Lalu mencipta pelbagai teori untuk mereka berpegang apa yang ingin mereka percaya.

    Cth. Jika dulu orang buat pelbagai teori tentang Dajal, sehingga berjuta-juta buku dijual. Buku tersebut menunjukkan sebanyak 50 bukti bahawa USSR adalah Dajal. Sehingga ulamak2 pun bercerita dalam kuliah agama. Ramai orang sangat [percaya semasa itu. Tetapi akhirnya USSR jatuh, dan kemana bukti2 yang mereka yang menyatakana USSR itu Dajal? Bukti memang nampak seperti betul, ada hadis ada ayat quran. Tapi Teori tetap teori. Selepas itu Sai Baba pula Dajal. Bukti dikemukakan. Yang lebih mengecewakan lagi professor2 dari pusat pendidikan tinggi pun turut menforward email tentang Sai Baba adalah Dajal beserta bukti2, hadis2 dan macam lagi bukti. Tapi Akhirnya, Sai Baba Mati.

    Dan janganlah anda jadi salah sorang dari mereka yang perasan unik bersusah payah mencantum benda2 sehingga jadi ayat lucah, membuat pembesaran gambar di bahagian kemaluan yang ntah hape2 ntah tu.

    Contoh terbaik ada dalam politik kita, terdapat orang yang tak dapat terima hakikat yang pemimpin mereka pernah melakukan kesalahan dahulu dengan segera mencipta pelbagai teori yang kononnya kesalahan tersebut sengaja direka. Di kemukakan pelbagai bukti termasuk penyamaran luar negara dan pelbagai lagi agar dia dapat percaya dan ingin orang lain juga percaya. Tapi tahukah anda, itu sekadar teori yang dicipta dari kepala hotak orang yang tak dapat terima hakikat tadi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 860 other followers

%d bloggers like this: