(terbaru) Gambar-gambar kedasyhatan Tsunami Jepun!


Oleh: takusahrisau

 

Tidak salah untuk mengatakan bahawa imej dan video yang memaparkan tsunami yang melanda Jepun susulan gempa bumi berukuran 8.9 skala Richter adalah yang terbaik dalam sejarah. Hampir keseluruhan imej-imej kedashyatan bencana ombak gadang tersebut dipaparkan secara meluas di seluruh dunia.

Saintis mendakwa kesan kedasyhatan tsunami terbaru ini sama dasyhatnya dengan bencana yang pernah berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004. Namun, kadar kematian pada pengamatan penulis tidak akan menyamai Tsunami Meulaboh, Acheh disebabkan amaran awal yang telah diberi oleh kerajaan Jepun.

Miskipun demikian, kadar kerugian kemungkinan akan menjadi lebih tinggi daripada yang menimpa masyarakat Indonesia disebabkan oleh kawasan-kawasan yang ditimpa tsunami adalah kawasan pertanian dan industri yang agak besar di Jepun.

Takziah kepada negara matahari terbit. Jangan risau, mereka akan segera bangkit sepertimana yang pernah berlaku di Kobe pada tahun 1995 dahulu.

 

Kereta yang bakal dieksport musnah akibat Tsunami. Imej ini diambil di bandar Hitachinaka.

Gelombang pemusnah(ombak perang) sedang menuju ke bandar Hitachinaka,Ibaraki sejam selepas gempa bumi 8.9 skala Richter berlaku. Kelihatan kereta masih lagi melintasi jambatan di bandar tersebut.

Imej tsunami ini dirakam di Pantai Natori, Miyagi Prefecture. Lihat dan perhati betapa besarnya ombak tersebut.

Runtuhan rumah dikelilingi dengan serpihan kayu dan konkrit namun tidak pula disaksikan mayat-mayat bergelimpangan sepertimana berlaku di Acheh. Imej ini dirakam di Bandar Iwaki,Fukushima Prefecture.

Imej kemusnahan ini dirakam di Kesennuma,Miyagi,utara Jepun.

Kebakaran yang berlaku di wilayah Miyagi.

Jalan berlipat dan pecah di sebuah jalan di Fukushima.

Pusaran air yang berlaku setelah tsunami mula reda di Pelabuhan Oarai, Ibaraki.

Banjir lumpur mula melimpahi kawasan lapangan terbang di Sendai.

Berdozen-dozen rumah dibawa arus deras tsunami.

Kebakaran berlaku di Ichihara setelah digoncangkan oleh gempa bumi.

Gelombang tsunami dilihat daripada kejauhan.

Tiga pekerja melihat kilang tempat mereka mencari nafkah di Sukagawa, Fukushima.

Dua gadis melangkah di sebuah jalan di Bandar Urayasu,Chiba.

Api menjulang beberapa kaki ke udara setelah tempat pemprosesan gas asli meletup di Chiba, berhampiran bandar Tokyo.

Api merebak dengan cepat di kawasan perumahan di Yamada,utara Jepun.

Jalan terbelah di Satte,kepulauan Honshu.

Kedashyatan tsunami dengan ombak gadang mula menghayutkan segala benda yang berada di hadapannya.

 

About these ads

Tags:

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

8 responses to “(terbaru) Gambar-gambar kedasyhatan Tsunami Jepun!”

  1. Ronny says :

    Bencana alam kemurkahan tuhan

  2. Rain says :

    Perasan tak apa yg missing dlm setiap gambar2 atau video baik dimana2 media pun??…kenapa mayat tak kelihatan spt dpt dilihat pd gambar2 tsunami Acheh??..walaupun angka korban tak seramai Acheh, tp 20,000 tetap angka yg agak besar…namun, di mana mayat2 nye?..just curious.

  3. tips-kurus says :

    kiamat kecil.. 20k itu angka yg sgt besar.

  4. Muhammad Nur'Ihsan Berahim says :

    dengar berita tadi. Macam terkini jerk.. tapi setengok semua blog tulis 12 March.
    Apa2 pon nak kata. Malaysia nih duk luar GARISAN GEMPA bumi senang cakap.

    huhuh..cuba duk kat JEPUN.
    baru rasa..ooooo…kite tak SOLEH rupanya..(^_^)v

  5. Aien says :

    hairan la .. nak tengok pic mayat tsunami jepun neyh susah btoll ..

    • takusahrisau says :

      Tsunami di Jepun berlainan berbanding Tsunami di Indonesia. Di Jepun, ketika gempa bumi yang mencetuskan tsunami tercetus, sistem amaran telah terjana secara automatik..sistem SMS juga aktif untuk memaklumkan kepada msyarakat sekitar. Kerana itulah, bilangan nyawa yang sepatutnya memakan korban hingga beratus-ratus ribu dapat dikurangkan kepada berbelas ribu sahaja..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 858 other followers

%d bloggers like this: