(Gambar)Binaan di Area 51 yang mengejutkan!


Oleh: takusahrisau

 

Melalui perisian GoogleEarth™, pengkalan tentera udara Amerika Syarikat di lokasi yang dikenali Area 51 telah berjaya dirakamkan. Namun, apa yang mengejutkan adalah pengkalan tersebut langsung tidak menunjukkan sebuah pengkalan tentera udara Amerika Syarikat. Tiada langsung kelibat kapal terbang, jet pejuang mahupun helikopter. Cuma yang dapat dilihat adalah tiga buah binaan yang mempunyai binaan yang pelik; sebuah piramid dan dua buah bangunan yang janggal.!

Area 51 sememangnya bereputasi sebagai sebuah tempat yang misteri. Orang perseorangan yang tiada pas tentera tidak dibenarkan masuk. Ia adalah lokasi yang cukup berahsia. Ramai mempercayai kerajaan Amerika Syarikat membina pelbagai alatan ketenteraan canggih terutama membabitkan tentera udara di Area 51.

Ini dapat dibuktikan apabila ramai saksi kerapkali melihat jet pejuang Stealth Bomber lama sebelum Stealth Bomber diperkenalkan secara rasmi semasa Perang di Afghanistan. Itu belum lagi cerita-cerita mengenai kemunculan piring terbang yang terlampau kerap di Area 51. Ini menguatkan teori bahawa Area 51 sememangnya lokasi bagi pembuatan alatan canggih ketenteraan Amerika Syarikat.

 

Lokasi bawah tanah

Desas-desus menyatakan kerajaan Amerika Syarikat telah membina tapak pembinaan di bawah tanah yang cukup canggih dan berteknologi tinggi. Ia diperkuatkan dengan lokasi Area 51 dilihat daripada udara langsung tidak menunjukkan sebuah pengkalan tentera udara Amerika Syarikat. Dengan kata lain, ia langsung tidak menunjukkan sebuah pengkalan yang sering diwar-warkan sebagai antara sebuah pengkalan tentera udara yang tercanggih di dunia.

Sekarang, pembaca boleh lihat sendiri gambar yang dirakam menggunakan GoogleEarth™ di Area 51. Apakah benar mereka membina rangkaian pangkalan bawah tanah yang serba canggih dan moden?

 

 

Sebuah bangunan berbentuk piramid.

 

Salah sebuah daripada dua bangunan yang mempunyai bentuk yang agak janggal.

Adakah bangunan ini pintu masuk ke binaan bawah tanah yang jauh lebih besar?

About these ads

Tags: , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

3 responses to “(Gambar)Binaan di Area 51 yang mengejutkan!”

  1. sharoshah says :

    kemungkinan di sini lah berpangkalan dajjal al masih..siapa tahu…

    • takusahrisau says :

      Daripada Imam Ahmad melalui jalur Ibnu ‘Abbas telah meriwayatkan bagaimana Rasulullah saw telah diperlihatkan oleh Allah swt sekujur tubuh yang digelar Dajjal semasa peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Ketika ditanya mengenai Dajjal, Rasulullah saw telah berkata bahawa Dajjal berbadan besar, berkulit putih, salah satu matanya tetap berada di tempatnya(tetapi tidak berfungsi) bagaikan bintang bercahaya dan rambutnya seperti dahan-dahan pokok.

      Dajjal yang sebagaimana kita ketahui adalah musuh Islam semasa hari hampir kiamat kelak. Beliau tidak diketahui di mana berada tetapi akan muncul di tengah-tengah umat manusia kelak. Dajjal secara umum disepakati akan bersengkokol dengan Yahudi laknatullah sebagaimana mereka bersengkokol dengan Firaun(ahli-ahli sihir Firaun yang berketurunan bani Israil) atau dengan Romawi(Raja Herodus dan rabbi-rabbi Yahudi yang munafik).

      Tempat tinggal Dajjal tidak dapat disandarkan mana-mana Hadis kecuali satu hadis menceritakan pengalaman Tamim al-Dari yang terdampar di sebuah pulau misteri. Ramai cendiakiawan berpendapat Tamim telah terdampar di sebuah pulau terpencil di Caribbean. Di situ Tamim al-Dari telah terjumpa makhluk yang pelik terikat kemas. Tamim al-Dari percaya bahawa yang dilihat itu adalah Dajal sepertimana yang Rasulullah saw ceritakan setelah beliau memeluk Islam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 856 other followers

%d bloggers like this: