Adam as bukanlah Makhluk pertama..


Oleh: takusahrisau

 

Jika pembaca antara salah seorang yang percaya kewujudan Dinasour, pembaca juga adalah salah seorang antara jutaan manusia yang percaya wujudnya hidupan sebelum Nabi Allah Adam as. Kemungkinan ramai antara pembaca semua tidak sedar akan hakikat ini bukan? Ok, kali ini penulis ingin merungkai sedikit mengenai hal ini.

Sepakat daripada ahli arkeologi menyatakan bahawa tamadun pertama yang wujud di muka bumi adalah tamadun Mesopotamia iaitu sekitar 4000BC. Jika sekarang kita berada di tahun 2010, ini bermakna tamadun Mesopotamia adalah berusia:

4000BC+2010AD=6010 tahun

Dan ia juga bermakna, Tamadun Mesopotamia telah mencapai usia 60 abad.!

Manakala, agama pertama di dunia iaitu agama Hindu telah dibentuk seawal 3000BC iaitu ketika permulaan tamadun Indus di India. Disebabkan agama Hindu terlampau awal dibentuk, sehingga kini tidak diketahui siapakah sebenarnya pengasas agama Hindu ini.

Namun ramai ahli cendiakiawan agama menyatakan bahawa agama Hindu adalah asas daripada ajaran Nabi Adam kepada anak-anaknya. Agama Hindu yang terdapat pada hari ini tidaklah sama dengan agama Hindu yang pada mula-mula ia diasaskan. Sepertimana agama lain kecuali Islam, setiap agama mengalami perubahan bahkan terdapat agama yang mengalami perubahan yang ketara sepertimana agama Yahudi dan Kristian. Disebabkan agama Hindu adalah agama tertua di dunia, ahli arkeologi yang ingin menyelidik tamadun-tamadun purba akan mengkaji terlebih dahulu kitab-kitab purba agama Hindu terutamanya Veda.! dan itulah yang berlaku sekarang.

Dalam kitab Taurat dan Injil dalam Book of Genesis, umur nabi Adam as ada dinyatakan. Nabi Adam as dikatakan hidup di bumi selama 930 tahun sebelum wafat. Bergitu juga Hawa yang wafat hampir dengan usia Nabi Adam. Namun, di dalam al-Quran tidak pula dinyatakan usia Adam namun Rasullulah saw pernah menyatakan dalam sabdanya bahawa umur umat terdahulu adalah panjang dan sihat pula tubuh badan mereka.

Rabbi daripada agama Yahudi sepakat menyatakan bahawa umur Adam as diturun ke bumi adalah sekitar 4000BC selari dengan tamadun pertama di dunia di Mesopotamia iaitu juga sekitar 4000BC.

 

 

Zaman Dinosaur?

Jika dari awal tadi penulis berkata bahawa tamadun pertama di dunia adalah berusia 4000BC. Sekarang, pembaca akan terkejut apabila menyedari bahawa zaman Dinasour adalah jauh lebih lama daripada itu.

Penemuan rangka-rangka dinosour di serata dunia membuatkan saintis percaya haiwan ini pernah mendiami bumi ini 61 juta tahun sebelum manusia.

Arkeologi sepakat menyatakan bahawa kepupusan secara besar-besaran Dinasour adalah pada 65 juta tahun yang lampau. Penulis ingin menekankan ayat ini iaitu Kepupusan!. Kepupusan adalah titik di mana sesuatu spesies lenyap tanpa meninggalkan keturunan. Inilah yang berlaku kepada Dinasour.

Eskavasi di tapak arkeologi yang menempatkan tulang-tulang Dinasour kebanyakkannya mempunyai tarikh Karbon-12 yang berusia 65 juta tahun yang lalu. Ia seterusnya membuatkan ahli arkeologi sepakat mengeluarkan kenyataan bahawa Dinasour mula pupus sekitar 65 juta tahun yang lampau.

Namun apa yang mengejutkan sebenarnya adalah tarikh kepupusan iaitu pada 65 juta tahun yang lampau itu. Berbanding dengan permulaan tamadun manusia yang hanya bermula 4000BC, ia bagaikan langit dan bumi berbanding tarikh kepupusan Dinasour.

Seperti penulis tekankan di awal artikel tadi, barang siapa yang percaya Dinasour wujud, maka beliau adalah salah seorang daripada ribuan malah jutaan manusia yang percaya terdapatnya hidupan sebelum wujudnya manusia. Dan tarikh kepupusan Dinasour membuktikan segala-galanya.

Perlu diketahui bahawa ia adalah tarikh kepupusan Dinasour. Bagaimana pula tarikh permulaan hidupan Dinasour?Bagaimana pula dengan usia Bumi? Apabila difikirkan daripada logik akal dan logik nakli, sememangnya terdapat hidupan sebelum turunnya Adam as ke bumi Allah ini. Pernahkah pembaca mendengar perdebatan antara malaikat dan Allah swt semasa Allah mencipta Adam as?

 

Perdebatan antara Allah swt dan Malaikat

“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah dimuka bumi. Mereka(Malaikat) berkata,”Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?Tuhamnu berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”(Al-Baqarah:30)

Ayat “orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah” daripada hujah para Malaikat telah menimbulkan seribu satu persoalan. Bagaimana Malaikat boleh mengetahui tentang rahsia masa depan manusia sedangkan hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui.?

Miskipun malaikat memiliki keistimewaan berada di Syurga dan Arasy Allah namun pembaca jangan lupa bahawa malaikat tidak boleh mengetahui rahsia masa hadapan tanpa izin Allah. Hijab Allah sentiasa tertutup untuk makhluk-Nya kerana ia adalah perancangan Allah swt untuk perjalanan setiap makhluk-Nya.

Jadi, bagaimana malaikat boleh mengetahuinya? Cendiakiawan agama terutama Muhammad Isa Dawud percaya bahawa terdapatnya hidupan sebelum penciptaan Adam. Namun mereka derhaka kepada Allah swt selepas Allah limpahkan kemewahan dunia. Akibat kebiadapan mereka menyekutukan , Allah swt telah mengazab mereka dengan ‘kiamat’ untuk keseluruhan mereka sehingga tidak tertinggal walau sedikitpun.

Adakah makhluk itu Dinasour?atau makhluk lain yang menyerupai manusia namun mempunyai tubuh badan yang menyamai Dinasour?

Itulah persoalannya.

 

Penemuaan yang mengejutkan

 

Rangka berusia 10,000 tahun- Young Hol Chan

Pada 2006, dua orang penyelam Jerman telah tidak sengaja menemui rangka manusia yang mempunyai saiz kanak-kanak. Dua penyelam daripada Jerman ini sebenarnya ingin menjelajah satu Cenote di Mexico. Cenote adalah lubang besar yang ditenggalami air disebabkan oleh luluhawa dan perubahan rupabumi. Rangka kanak-kanak itu ditemui dalam satu gua di dalam Cenote tersebut.

Rangka kanak-kanak ini ditemui di gua bawah tanah dekat Tulum,Mexico.

Rangka kanak-kanak yang digelar Young Hol Chan telah diakui oleh pakar-pakar arkeologi sebagai rangka kanak-kanak tertua yang pernah ditemui di benua Amerika. Rangka itu berusia 10,000 ribu tahun.!

Berbanding dengan usia tamadun pertama iaitu sekitar 6010 tahun, rangka ini sebenarnya telah membuka kunci rahsia tentang ‘manusia’ sebelum kedatangan Nabi Adam as.

Rangka berusia 26,000 tahun- Red Lady

Pada 1823, seorang professor Geologi di Universiti Oxford, William Buckland telah menemui rangka manusia yang dianggar berusia kira-kira 18,000 di sebuah gua di Goat’s Hole Cave di Pavillon, Gower.

Di gua inilah rangka yang berusia 26,000 tahun itu dijumpai.

 

Namun, baru-baru ini para pakar telah sekali lagi membuat kajian mengenai usianya dengan menggunakan alatan yang terkini. Apa yang mengejutkan adalah usianya sebenarnya adalah 4000 tahun lebih tua daripada yang diketahui dahulu iaitu 26,000 tahun.!

Rangka Red Lady dianggarkan berusia 26,000 tahun.

 

Satu yang menarik mengenai rangka purba ini adalah rangka Red Lady sebenarnya adalah rangka seorang pemuda dan bukan rangka seorang wanita sebagaimana namanya.

 

Lain-Lain

Bagaikan Romeo and Juliet..rangka purba ini berusia 6000 tahun dijumpai di Itali.

 

 

 

 

600 lukisan purba di Lascaux Cave di Dordogne River Valley, Perancis telah direkodkan mempunyai usia 17,000 tahun. Ia ditemui tidak sengaja oleh dua orang remaja pada 1940.

Saintis yang menunjuk uranium-uranium yang terurai(lihat batuan kuning) yang dianggarkan berusia jutaan tahun yang lampau.

Manusia Sebagai Wakil di Bumi Allah

Manusia telah awal-awal lagi Allah swt nyatakan bahawa sebagai wakil Allah swt di muka bumi. Sememangnya penulis sangat bersetuju tentang kewujudan makhluk sebelum Adam as namun tidaklah pula penulis bersetuju tentang teori evolusi yang Charles Darwin asaskan. Bagi penulis, makhluk yang dicipta sebelum Nabi Adam adalah makhluk misteri. Ada kemungkinan menyerupai manusia, ada pula kemungkinan menyerupai haiwan akan tetapi yang pasti adalah mereka telah melakukan kerosakkan di muka bumi.

Antara kerosakan yang pernah mereka lakukan adalah peperangan dan perebutan kuasa. Baru-baru ini, saintis dikejutkan dengan penemuaan uranium yang telah siap diuraikan di Afrika. Saintis bergitu terkejut dengan penemuan itu. Bergitu juga dengan penemuaan rangka-rangka manusia yang bergelimpangan di MahajaDaro di Lembah Indus. Apabila diperiksa, rangka tersebut telah dicemari dengan radioaktif akibat letusan nuklear. Apakah makhluk purba pernah menggunakan senjata canggih sehingga menghuru-harakan bumi Allah swt ini?

Bagaimana dengan Dinasour?apa yang penulis boleh simpulkan mengenai haiwan gegantik yang digelar Dinosour ini adalah haiwan ini kemungkinan wujud sebelum wujudnya ‘makhluk’ yang melakukan kerosakan tersebut. Ini bermakna, sebelum wujudnya Adam as sebagai khalifah di muka bumi, telah wujud berpuluh-puluh makhluk yang Allah swt wakilkan di muka bumi ini. Namun, sayangnya, mereka semua leka dengan nikmat Allah swt dan akhirnya musnahlah tamadun mereka diazab Allah swt.

Akhirnya, manusia adalah wakil terakhir Allah swt di muka Bumi ini. Dan kita sebagai umat Muhammad pula adalah khalifah terakhir daripada wakil terakhir Allah swt di muka bumi sebelum Allah swt ‘sediakan’ kiamat untuk kita semua. Sesungguhnya, Adam as bukanlah makhluk pertama tetapi ia adalah manusia pertama di muka bumi. Waallahualam..

 
 

~Nota Kaki: Artikel ini mengandungi pelbagai rujukan termasuk daripada Al-Quran, Al-Hadis, Kitab Injil, Kitab Taurat, Kitab Veda dan Talmud. Diingatkan bahawa penulis tidaklah mengambil rujukan daripada kitab selain daripada Al-Quran dan Al-Hadis sebagai panduan utama dalam penulisan artikel ini. Penulis hanya memetik beberapa isi daripada kitab lain sebagai kepelbagaian rujukan daripada penulis dan ia selari dengan beberapa tulisan daripada ulama Islam terkenal seperti Ibnu Kathir dan Ibnu Hatim. Kemungkinan isi kandungan artikel ini adalah baru bagi sesetengah pembaca. Penulis ingatkan lagi bahawa ia tidaklah menyimpang daripada landasan syariat Islam kerana panduan utama penulis adalah ayat 30 Surah Al-Baqarah.

About these ads

Tags: , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

31 responses to “Adam as bukanlah Makhluk pertama..”

  1. mr dean says :

    saya harap saudara penulis buat kajian juga tentang Ica Stone, kisah peperangan nuklear zaman silam dlm kitab kuno hindu, bateri yg dijumpai di Iraq, gambar kapal terbang,helikopter,kapal selam dan alin2 di hieroglif dan lain2….terima kasih

    • takusahrisau says :

      kisah2 mengenai Bateri Baghdad dan peperangan nuklear dalam kitab veda telah pun penulis sentuh secara tidak langsung dalam beberapa entry sebelum ini..
      Namun, penulis harap saudara dean bersabar untuk menunggu artikel seterusnya daripada penulis..

  2. din says :

    lampirkan ayat drpd AL-QURAN yg jelas mengatakan bahawa ada kehidupan sblm nabi adam.

    • takusahrisau says :

      sebenarnya..sudah ada hidupan sebelum lahirnya adam as..antaranya:
      1. Malaikat
      2. Jin
      3. Iblis

      Dan jikalau saudara kaji elok2 dan baca elok2 artikel yang ditampilkan, memang benarlah bahawa Adam as bukannya makhluk Allah yang pertama..

      • din says :

        mksud saya binatang2 sperti dinosour ini..
        yg tu semua sudah sedia mklum memg wujud sblm nabi adam

        • takusahrisau says :

          Mengenai dinasour tiada pula ayat spesifik mengenainya. Bahkan watak2 popular dalam al-Quran seperti Zulkarnain,LukmanulHakim,ashabul kahfi dan sbgainya langsung al-Quran tak menyentuh secara spesifik mengenai peribadi mereka.

          Akan tetapi, ia tidak bermakna al-Quran tidak menyebut mengenai persoalan yang saudara tampilkan. Al-Quran adalah kitab yang selengkapnya malah jika dikaji dan terus dikaji, ia akan menemui jawapan bagi segala kesulitan. Cuma, sebagai insan yang mempunyai akal, wajiblah kita berfikir dalam setiap inci ayat yang Allah swt turunkan.

          Mengenai pertanyaan saudara. Saudara boleh merujuk kepada ayat 82 surah an-Naml;

          “Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahwa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami”

          Menurut Ibnu Kathir perkataan yang dimaksudkan adalah ketentuaan Allah swt yang datangnya Kiamat.

          Ayat 82 daripada surah al-Naml ini menceritakan petanda-petanda dan peristiwa ketika berlakunya kiamat. Ibnu Kathir menafsir ayat ini bahawa datangnya haiwan yang melata(Dabbatul Ard) yang membawa tongkat Musa dan cincin Sulaiman ketika hari hampir kiamat. Dan haiwan melata ini berkebolehan untuk berkomunikasi. Tugasnya adalah menjaga orang Muslim daripada kejahatan orang Kafir laknatullah.

          Para ahli tafsir zaman moden pula menafsirkan bahawa ayat daripada surah al-Naml telah menyebut mengenai kebangkitan kembali ‘Dinasour’ yang dipanggil oleh Allah Dabbatul Ard atau dalam istilah melayunya Binatang Melata. Ini adalah kerana ayat yang berbunyi ‘Kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi’ yang mirip dengan keadaan Dinosour yang sekarang menjadi tulang-belulang di perut bumi. Dan Allah kemudian meniup roh kembali kepada Haiwan tersebut untuk bangkit di hari Kiamat. Maha Suci Allah yang Berkuasa atas Segalanya.

          Walaubagaimanapun, hanya Allah swt yang mengetahui hal yang sebenar-benarnya. Waallahualam.

          ~DiHarap saudara puas hati dengan jawapan daripada penulis.

      • amirulhussin says :

        adalagi makhluk selain itu yaitu al hin

  3. syafiq says :

    salam..minta copy artikel ye,,,

  4. Freeda says :

    Ermm.. sebenarnya penulis meletakkan satu tajuk yg kontroversi. Boleh menimbulkan kesalahfahaman pada mereka yang tidak meneliti isi kandungan entry tersebut… Namun, saya tetap berpegang adam a.s MANuSIA pertama….. mgkn mmg wujud makhluk lain sebelum manusia di wujudkan. Cuma kita tidak diberi pengetahuan kecuali sedikit. walaubagaimanapun…. entri ni buat saya berfikir….. saya suka blog ni…

  5. heart_beats says :

    rsanya sudah dketahui ramai yg dnyatakan adlh adam itu manusia pertama dmuka bumi..sya berasa hairan dmana timbulnya isu yg mngatakn adam itu makhluk pertama ciptaan Allah swt sedgkn jelas dketahu dlm Al-quran sndiri tentg penciptaan malaikat n sebagainya sblum adam dcipta.walaubgaimanapun,sya memuji artikel ini.

  6. nikcaa says :

    Terima kasih kepada saudara penulis,

    Saya boleh menerima jika ada makhluk lain sudah ada didunia tetapi tidak percaya wujud manusia sebelum Adam. Apa yang saya fahami Allah

    ciptakan manusia pertama adalah Adam as.

    Allah sudah pasti benar dengan apa yg di cerita dalam Al-Quran…apa yg mungkin tidak tepat adalah pengiraan kita(manusia) mengenai Tamadun

    pertama atau bila sebenarnya Adam As diturun di dunia? atau pun tafsiran kita kepada pengetahuan malaikat mengenai manusia. Secara logik akal kita

    memanglah kita berdasarkan kepada sejarah manusia sebelum…tetapi mungkin juga pengetahuan lain yg malaikat tahu…

    Mengenai teknolgi moden yg kita ada kini…kalau mengikut proses evolusi zaman moden kita kini, hingga kita mempunyai pelbagai ciptaan canggih kini

    hanya proses perkembangan lebih kurang 1000 tahun sahaja.

    Jika Adam dikatakan turun pada 6000 atau 30000 BC seperti yg dikaji rangka manusia terawal dijumpai….dengan akal yg sama Allah anugerah kepada

    Adam adalah sama dengan manusia kini….mungkin dunia ini telah mengalami beberapa kali proses zaman moden ini…dan apa yg kita tahu….jika

    berlaku kemusnahan besar pada dunia seperti bah di zaman nabi nuh as….manusia mungkin ramai yang mati….mungkin sebilangan yg

    hidup….teknolgi akan lenyap hanya dalam masa yg pendek dibandingkan maklumat2 yg di pahat di batu2 seperti di gua2.

    Walallahualam….saya hanyalah ingin berkongsi pandangan saya dan tidak mahu mengkritik sesiapa, mungkin saya salah….cuma apa sahaja yg di kaji sentiasa ingat Allah, Al-Quran
    dan Al-Hadis adalah yg sentiasa BENAR.

    • takusahrisau says :

      terima kasih nikcaa kerana memberi pandangan di takusahrisau..

      penulis faham apa yang nikcaa ingin utarakan..penulis pernah menulis sedikit mengenai tamadun yang pernah wujud sebelum BANJIR BESAR NABI NUH yang digelar tamadun ANTEDELUVIAN di http://www.takusahrisau.com..

      mmg betul bahawa tamadun silih berganti..apabila satu2 tamadun musnah..datang pula tamadun lain..akan tetapi tamadun yang baru tidak pernah sama dengan tamadun yang lampau..ilmu pengetahuan tamadun lampau hilang bergitu sahaja.. ini banyak berlaku seperti tamadun mesir(hilangnya ilmu pengetahuan membuat bangunan besar spt Piramid, Sphinx etc)..tamadun mesopotamia(hilang ilmu untuk membuat bangunan spt zigurat etc)..dan banyak lagi..

      Penggiraan Tamadun

      Mengenai penggiraan tamadun..kepada yang tidak mengkaji memang mereka senang sahaja meletakkan bahawa tamadun yang dikira pada hari ini adalah tidak benar dan salah.. ye benar..sains kadang kala karut dan tidak betul..tetapi mengenai penggiraan usia tamadun, ia sangat terperinci dan bergitu saintifik. Islam tidak pernah menyatakan masa dan usia satu2 tamadun diasaskan seperti tamadun Mesir. Allah tidak ada menyatakan tarikh ia diasaskan.cuma diceritak pengajaran kepada kisah2 musa dan firaun laknatullah.

      Usia sesuatu tamadun dikira melalui artifak yang paling lama usianya. Seperti artifak yang ditemui di Mesopotamia..di sana ditemui artifak yang berusia 6000 tahun.Oleh itu, ia dikira sebagai tarikh permulaan tamadun tersebut. Bergitu juga di China, India(lembah Indus), Mesir dan sebagainya. Di Mesir, Babylon..terdapat catatan Hiroglif dan Cuneform yang menyatakan tamadun tersebut dicipta pada tarikh sekian-sekian..

      Ini kerana tamadun tersebut mempunyai kalendar mereka sendiri. Jadi untuk pengiraan usia tamadun, ia menjadi bertambah mudah..

  7. dzul says :

    SALAM.. SAUDARA, HENDAKLAH KITA MENGKAJI DENGAN LEBIH MENDALAM DALAM SOAL INI.. AYAT AL-QURAN TELAH MENYEBUT, TIADA KEHIDUPAN MELAINKAN NABI ADAMLAH YANG PERTAMA DIMUKA BUMI INI.. SUNGGUHPON BENAR APA YANG SAUDARA CAKAP BAHAWASANYA ADA DINASOR SEBELUM NABI ADAM, SAYA INGIN BERKONGSI DENGAN SAUDARA BAHAWASANYA, TERDAPAT PERUBAHAN YANG BESAR ATAS STUKTUR MUKA BUMI KITA SELEPAS ZAMAN NABI NUH, IAITU BANJIR BESAR.. DAN DIDALAM AL-QURAN JUGA HANYA MENYEBUT GAJAH ADALAH BINATANG TERBESAR ATAS MUKA BUMI, DAN PAUS (NUN) ADALAH BINATANG TERBESAR DIDALAM LAUTAN.. SAMA2LAH KITA MENGKAJI, DAN JANGANLAH TERPEDAYA DENGAN PUTAR BELIT YAHUDI LAKNATULLAH..

  8. fm says :

    selepas Allah ciptakan Adam , malaikat pernah berkata , bukankah manusia akan melakukan kerosakan di muka bumi , berperang sama sendiri . mungkinkah sebelum adam , Allah sdh ciptakan beberapa manusia dan mereka hidup dalam bumi Allah dan Allah kiamatkan beberapa bumi serta mematikan manusianya . sbb itu malaikat berkata sedemikian . takkan mallaikat boleh berbicara sedemikian tanpa pengalaman yang pernah dilalui . terhadap manusia sebelum itu yang banyak melakukan kerosakkan dan berperang sesama sendiri .

    • takusahrisau says :

      Melihat kepada bukti yang ditemui oleh para pengkaji dan ahli arkeologi, sememangnya telah terbukti bahawa terdapatnya hidupan yang telah mendiami muka bumi lebih 100,000 tahun dahulu..

      Baru-baru ini telah ditemui rangka manusia yang berusia 8,000 hingga 11,000 di Gua Bewah, Kenyir, Terengganu yang dikebumikan dalam keadaan mengiring. Ini bermakna, sudah terdapat hidupan yang jauh lebih lama sebelum Adam as. Namun penulis yakini bahawa ia bukanlah spesies ‘manusia’ sepertimana yang Allah swt ungkapkan di dalam al-Quran.

      Setakat ini, banyak misteri di dunia masih belum dapat dibuktikan.. dan kita sebagai hamba Allah swt perlu terus ‘menggali’. Akan tetapi sebagai umat Islam, kita perlulah berlandaskan al-Quran dan sunnah Rasulullah saw.

  9. etern says :

    mungkin, nama adam adalah nama yang khusus@ spesifik untuk khalifah yang diutuskan di muka bumi

  10. adam says :

    mantap..sy ska blog ni

  11. Din says :

    Slm saudara penulis,sy de persoalan..kenapa dikatakan agama Hindu sbg agama yg pertama di dunia..?minta jasa baik saudara penulis untuk kongsikan ilmu..

  12. Boy J says :

    1. Jin
    2. Bin
    3. Jan

  13. DATO' NIZAM says :

    Artikel ni mmg jadi kontroversi untuk didebatkan.saya tidak sebelah pada mana2 pihak , sbb teori yg dikemukakan pun boleh pakai cuma belum sahih saja . Jd kena lah terus study and do some researches dlmAl Quran.mesti ada jawapan .

  14. atiq says :

    saya suka blog ini. kajian saudara sangat menyeluruh dan tidak berat sebelah pandangannya. Tidak salah kita membuat kajian berdasarkan kitab Injil dan Taurat kerana perlu kita ingat bahawa sebelum turunnya Al-Qur’an, Allah tela menurunkan kitab-kitab tersebut. Dan kitab-kitab itu mempunyai huraian terperinci tentang setiap isu yang dibincangkan. Semoga masyarakat Islam tidak terlalu ekstrim sehingga menyebabkan mereka menentang dan melupakan kitabullah yang terdahulu.

  15. Syed sirajuddin says :

    torbaek penulis.. ..byk lagi kajian2 yg x terugkai.. atlantis yg dinyatakan terletak di pentas sunda nusantara.. dalam bukuAtlantis, The Lost Continent Finally Found oleh Prof. Arysio Nunes dos Santos.. tapi mungkin kerana barat x mahukan kebangkitan atau kesedaran ini..prof ini dibunuh tidak berapa lama selepas menerbitkan buku tersebut..oleh itu..harap kita dapat membongkar rahsia sebenar..mungkin terdapat umran yg maju peradabannya di nusantara ini.. membuktikan bangsa mim..bgsa yg hebat..harap penulis consider syor..tq..:)

  16. rda says :

    Assalmualaikum..
    Sy tertarik pada penghujung cerita…
    Apabila makhluk terdahulu (makhluk sblm adam)/tamadun lalai dgn nikmat Allah & melakukan kerosakan di bumi, maka Allah ‘kiamat’ kan bumi pd waktu itu…dan zaman kita sekarang lg byk kelalaian & kerosakan yg manusia buat…maka bersedialah utk menerima azab Allah… Allahualam…

  17. neifif says :

    Allah swt pernah menciptakan manusia sebelum kita sebelum2nya jg ada, qt (manusia skarang) bkan yg pertama/trakir diciptakan, kalo ilmu agama ngag tinggi bertanya2 dan membuat penyimpangan kepercayaan.

  18. Erdi saja says :

    Seandai’y ada makluk dengan jasad persis seperti manusia tapi hanya punya akal dan tidak memitiki hati/nurani apa anda juga menyebut’y manusia.??? Kita semua mungkin tidak sadar kalau disekitar kita banyak binatang bertubuh manusia… Tolong bedakan antara maklhuk dan manusia.!!! Suatu contoh:TUHAN menciptakan ULAR..ada ular cobra,piton.dan lain-lain..dan dari golongan ular cobra ada begitu banyak jenis..? Adam diciptakan dari Tanah” kalo saya kaji dari sudut pangdang saya pribadi bermakna saya harus belaja dari alam karena seluruh maklhuk/benda dibumi semuanya ada diatas tanah..jadi alam lah tempat saya merenung.

  19. hafiz says :

    Askum, bagus article ini..mcm ad saudara kita yg ckp kita jg prlu rujuk kitab2 yg sblm ini dn sbg ny..bkn lah kita menolak al kitab,tp kita bimbang akan terpesong pegangan kita..al kitab yg ad di zamn ini semua ny telah di ubah..klu msuh ad yg kte msh ad al kitab yg asli siapakah yg boleh membuktikan kitab itu masih asli?? Sbb itu rasullullah menegaskan kamu berpegang pd 2 yakni al quran dan hadis..pendapat sy mngkin ad makhluk yg hidup di muka bumi sblm turun ny nabi adam di muka bumi ini yg pasti ia bknlah makhluk seperti manusia dan yg paling penting ia pasti tdk berakal..dalil utk perkara yg saya maksdkan ini boleh kita lihat smbungan dr ayat yg saudara bentangkan..yg pasti sblm wujud ny adam di muka bumi ini pasti la ad makhluk perosak yg wujud di muka bumi ini.ketika allah berfirman aku hndk mnjadikan khalifah di muka bumi ini (manusia).malaikat mnyambut knp hndk mnjadikan perosak (makhluk) maknanya semua hidupan yg ad di muka bumi ini adalah perosak!! Dan allah berfirman sesungguhnya aku mengetahui pe yg kamu tidak ketahui..(sblm tercipta ny adam

  20. hafiz says :

    Sblm tercipta ny adam makhluk perosak ad di muka bumi sdngkan makhluk yg sentiasa beribadah kpd allah berada di alam malakut..yakni iblis dan malaikat. (Sblm allah melaknati iblis) kemudia slps allah mnciptakan manusia ia mngajarkan ny nama2..yg malaikat sndri tdk ad pengetahuan sprtinya maka sjudlah malaikat kecuali iblis kerana keegoan iblis itu sndri…pengajaran yg ad disini allah betapa allah ni pngasih n penyayang ia tdk membezakan di antara makhluk2nya..melainkan makhluk itu sndri yg menzali diri mereka sndri..binatang2 yg ad di zaman ini semuany memuji allah..kecuali manusia kerana kesombangan mereka pd pncipta..jadilah manusia ini sbg perosak di muka bumi ini..bkankah telah allah brfirman sesungguhnya aku mengetahui apa yg kamu tdk ketahui??? Mknany btl la pe yg malaikat kta kan itu yg manusia ini perosak???:)
    Soalan ny? Jika tdk adanya hasutan iblis laknatullah ini pd ank adam adakh akan berlaku semua ini?? Nafsu boleh di kawal dgn akal yg allah bg..tp jika nafsu+hasutan bkan kah itu sukar kecuali pd org2 yg beriman n beramal soleh..sbb itu setiap nabi sntiasa mengingatkat hal2 iblis n syaitan serta fitnah dajal ni..jgn lah kita mnjadi sprti makhluk2 yg sblm manusia diciptakan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 847 other followers

%d bloggers like this: